Recent Post

Tuesday, October 18, 2016

Saya Tidak Kisah Dengan Pendedahan Anis, Tiada Apa Yang Saya Sembunyikan – Raja Afiq

Pelakon Raja Afiq memberitahu beliau tidak gentar dengan pendedahan yang bakal dilakukan oleh bekas kekasihnya, Anis Al Idrus tentang kisah putus cinta mereka kerana beliau tidak menyembunyikan sebarang rahsia.

Terpulang kepada dia (Anis) untuk memberi penjelasan atau mendedahkan punca kenapa hubungan kami putus. Saya tiada apa-apa perkara yang ingin ditakutkan. Bagi saya, adalah lebih baik penjelasan tentang perpisahan itu dibuat secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak pun.

Raja Afiq juga menafikan perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga dan pelakon Neina Baharun juga tidak ada kena mengena dengan isu  beliau dan Anis.

Niena tiada kena mengena dengan hubungan kami, dia pun tahu tentang hubungan kami putus melalui akhbar seperti orang lain juga.

Kami memang baik atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah ada kekasih.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam apa-apa acara, Raja Afiq berkata, beliau  akan cuba mengelak supaya tidak mahu timbul rasa kurang senang antara kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun beliau akan sentiasa bersikap profesional jika ia berkaitan soal kerja.

Pada kami kalau sudah tiada jodoh, untuk apa lagi hendak dedahkan punca perpisahan. Kadang-kadang lebih baik untuk diri kita sahaja tahu apa yang berlaku. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kolej kediaman bukan sekadar tempat tidur - Berita Harian

MELETAKKAN iltizam melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sebagai lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPM-PT) menzahirkan pentingnya peranan mahasiswa untuk masa depan negara.

Bagi merealisasikan lonjakan ini, semua pihak perlu berperanan secara kolektif dan melakukan penambahbaikan berterusan supaya usaha ini tidak terhenti di pertengahan jalan.

Menyedari hakikat ini, selain fakulti yang lazimnya berperanan sepanjang pengajian mahasiswa di universiti, watak kolej kediaman jangan sesekali dikesampingkan. Melihat kolej kediaman hanya sebagai tempat tidur, mandi atau menukar pakaian adalah sangat keterlaluan.

Kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua adalah pelengkap kepada fakulti. Seawal menjejaki tangga menara gading, mahasiswa menjadi warga kolej kediaman pada dua semester pertama dan ada juga universiti menetapkan pada sepanjang tempoh pengajian. Ini menjadikannya umpama rumah kedua pelajar.

Terkini, apabila sindrom 4K (Kuliah, Kafeteria, Katil dan Komputer) dibincang pada segenap peringkat, kolej kediaman mesti melakukan transformasi agar laungan semangat 'Soaring Upwards' (peningkatan berterusan) dicetuskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, terus direalisasi.

Perkukuh fungsi

Sebagai pusat pembelajaran kedua, kolej kediaman perlu mengukuhkan fungsinya menerusi tiga peranan utama berikut:

Kolej kediaman perlu berperanan sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar bagi pasaran kerjaya. Tugas melatih bakal graduan universiti awam (UA) agar boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setanding dengan dengan graduan lulusan luar negara memerlukan kerjasama semua pihak. Jika program CEO@Faculty, iaitu usaha positif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memberi pendedahan dunia sebenar pekerjaan melalui sudut pandangan CEO/tokoh industri, kolej kediaman juga mesti melakukan sesuatu.

Selain bengkel kemahiran dan persediaan kerjaya pada peringkat universiti oleh Jabatan Kerjaya, kolej kediaman boleh memainkan peranan berfokus kepada tiga elemen, iaitu kemahiran kepemimpinan, kerja berpasukan dan kebolehan menyesuaikan diri. Semua ini diperlukan oleh bakal majikan. Tiga elemen ini tidak akan tajam jika hanya menunggu pada saat akhir, iaitu tahun akhir pengajian, sebaliknya perlu diasah seawal tahun pertama.

Hari ini, majikan mempunyai jangkaan lebih tinggi iaitu mahukan bakal pekerja yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, tetapi juga mereka yang boleh menjadi ketua, berintegriti tinggi, hebat berkomunikasi, ada elemen humor dan boleh menjadi ahli pasukan yang baik.

Kolej kediaman perlu merealisasikan cabaran melahirkan graduan seimbang ilmu dan akhlak. Selain elemen kemahiran insaniah (KI) yang digariskan, PPPM (PT) juga menjelaskan keberhasilan diinginkan semua pihak, merangkumi etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.

Aspirasi melahirkan graduan seimbang antara akhlak dan ilmu, sangat mencabar. Bagi menyahut cabaran sebagai pusat pembelajaran kedua, Kolej Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), merintis jalan menerusi Pelan Transformasi Mahasiswa Holistik, bermula September 2013 dengan menampilkan tiga polisi iaitu 1Penghuni Muslim 1Al-Quran, 1Penghuni 1Sukan dan 1Penghuni 1Kemahiran.

Pembentukan sahsiah

Al-Quran, sukan dan kemahiran diletakkan sebagai kerangka pembentukan diri mahasiswa. Mendekatkan diri dengan al-Quran, masjid dan aktiviti kerohanian membantu mereka menangani kejutan budaya dan meningkatkan kematangan. Isu rasuah yang hangat mutakhir ini juga adalah duri dalam daging kesan kegagalan mengangkat paradigma tauhid. Ini menjadi isyarat agar semua mahasiswa mesti dididik menjunjung tinggi integriti setiap masa. Sukan membentuk mahasiswa seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kemahiran pula adalah faktor 'wow' yang mesti dimiliki untuk menyaingi cabaran globalisasi yang begitu menekan.

Kolej kediaman perlu berperanan merapatkan jurang polarisasi kaum. Hidup sebagai rakyat Malaysia dengan pelbagai agama dan kaum memerlukan pengetahuan, kefahaman dan toleransi tinggi. Walaupun jurang polarisasi kaum semakin surut, ia perlu sentiasa dicanai kesepakatannya. Anasir negatif perkauman seperti suka memandang rendah peranan dan sumbangan bangsa dan agama lain, perlu dibuang jauh.

Menyelami falsafah kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua, pelbagai aktiviti bagi meraikan kepelbagaian perlu digiatkan. Bengkel Silang Budaya yang menceritakan falsafah khusus berkaitan sesuatu agama, bangsa dan tradisi perlu dilaksanakan secara terpimpin merentasi pelbagai bangsa agar kita lebih faham dan terdidik. Salah faham banyak didorong oleh anggapan dan bukanlah didasari ilmu.

Rumusannya, lonjakan pertama PPPM (PT) seiring bersama aspirasi pelajar yang dihasratkan iaitu seimbang ilmu dan akhlak adalah sasaran jelas KPT bagi menyediakan generasi Malaysia yang bukan sahaja hebat mindanya, kuat fizikalnya malah luhur pekertinya.

Peranan kolej kediaman mestilah dihargai dan diperkasakan agar kekal relevan dan dihormati, seiring dengan keperluan semasa selain menjadi pemangkin kepada kecemerlangan mahasiswa. Pastinya, hasil tarbiah kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua akan memberi impak maksimum dalam membangunkan pemimpin negara, demi Malaysia yang kita cintai.

Read more ...

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar, Kekal No.1 di Hati Rakyat Malaysia!

Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.1 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2, 2016 baru-baru ini.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mengukuhkan kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia.

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar

Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm meraih 5.8 juta pendengar eksklusif seminggu. Dari sudut kandungan radio, Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.3 juta pendengar.

Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.

Menduduki tangga ke-2 radio yang digemari di Malaysia, Sinar FM dengan nafas baharunya berjaya menarik 4.7 juta pendengar seminggu. Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sepahtu Sinar turut mencatatkan 2.6 pendengar seminggu. Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondoli kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang stesen ini diperlihatkan sebagai sebuah kejayaan mendadak apabila meraih 2.8 juta pendengar seminggu.

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio berkata, "Radio terus berkembang maju, selari dengan pertumbuhannya mengikut permintaan masa kini. Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar. Para selebriti Astro Radio yang menggendalikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkatan pendengar.

Antara yang turut menyumbang adalah seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar. Kehidar trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan prestasi yang cemerlang. Gandingan penyampai radio Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial" katanya.

Sumber : Dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2, 2016

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar

Related

Komen via Facebook

Komen

— 229 Bacaan
Read more ...

NGO Buat Laporan Polis Berhubung Cadangan Solat Jumaat Pada Hari Sabtu

KUALA LUMPUR -  Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini membuat laporan polis berhubung satu cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada hari Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan itu yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya timbul kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama. Beliau berkata, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
Read more ...

Cadangan solat Jumaat pada Sabtu: NGO buat laporan polis

Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.

Katanya, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *