Recent Post

Tuesday, September 13, 2016

Hero Sekarang Tidak Berkualiti, Sesiapa Sahaja Boleh Berlakon Jika Wajah Kacak – Ako Mustapha

Ako Mustapha, kami yakin jika anda peminat drama tegar tentu anda masih ingat dengan pelakon ini yang dahulunya menjadi kegilaan wanita diluar sana. Namun, beliau kini jarang muncul didalam mana-mana drama bukan?

Namun, Ako baru-baru ini ada memberikan pendapat beliau tentang kualiti pelakon zaman sekarang yang hanya berbekalkan paras rupa tetapi kurang berbakat dalam bidang lakonan.

Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting.

Buat Ako, apa salahnya untuk membuka peluang bagi mereka yang mempunyai asas dalam lakonan ataupun mempunyai ijazah dalam bidang berkenaan untuk tampil secara "mainstream".

Ramai graduan yang ada ilmu tentang seni persembahan dan lakonan tapi tidak diberi peluang kerana kekurangan pakej rupa paras.

Bukan sahaja pelakon, malah pekerja-pekerja di belakang tabir juga saya lihat ramai yang tiada ilmu. Siapa pun boleh bekerja sebagai juru kamera atau pengarah.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Ako itu ada betulnya. Memang ketampanan seseorang itu agak penting untuk menjadi pelakon kerana ingin menarik perhatian, tetapi penonton sekarang sudah pandai menilai kualiti pelakon dan drama. Mereka juga mengharapkan kualiti yang  lebih baik dari segi lakonan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Tahap keselamatan dipertingkat sempena Hari Malaysia - Kosmo!

Tahap keselamatan dipertingkat sempena Hari Malaysia

13/09/2016 11:07am

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman menjelang Hari Malaysia yang akan disambut pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seluruh anggota telah diarahkan untuk mempertingkat tahap keselamatan di semua tempat demi menjamin keselamatan orang awam pada sambutan tersebut.

"Polis sentiada dalam keadaan siap siaga bukan sahaja di satu tempat malah di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari militan Daesh atau pihak yang sengaja mengganggu-gugat kelancaran Hari Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman pagi tadi. - K! ONLINE

Read more ...

Mini Konsert Amal & Pelancaran Album DANGDUT ASIA

'Dangdut Asia' Merupakan Kompilasi Dangdut Terkini Yang Di Terjemahkan Di Dalam Bentuk Audio Cd & Konsert Mini. Neway Dengan Kerjasama D'or Entertainment (Penerbit Album) Akan Merealisasikan Konsert Mini 'Dangdut Asia' Yang Bertemakan 'One Asia' Sebagai Pemangkin Kepada Industri Muzik Tempatan, Terutama Di Arena Dangdut Malaysia.

Program Ini Juga Dilihat Dapat Menggalakkan Anak – Anak Muda Berkarya Selain Itu Juga Sebagai Platform Untuk Industri Muzik Tempatan Melangkah Lebih 'Asia' Dengan Menggabungkan Semua Artis Dangdut Dari 4 Negara Iaitu Malaysia , Indonesia , Singapura Dan Brunei.

ARTIS YG HADIR DI HARI PC farez adnan, ellisan tan, rozita rohaizad, elda susanti, anis aneesa, dior, fauzi hamzi, amin mahzun

'Muzik Dangdut Telah pun Berakar Umbi Di Malaysia Sejak Sekian Lama & Sangat Popular Di Setiap Lapisan Masyarakat'

'Masyarakat Asia Dahagakan Perkembanagan Dangdut Terbaharu Dari Malaysia,Indonesia,Singapura&Brunei , Dengan Adanya Kompilasi Album Dangdut , Akan Menyemarakkan Lagi Muzik Industri Malaysia Secara Am Nya'

Mini Konsert Amal 23 September 2016Antara Barisan Artis Yang Akan Terlibat Di Mini Konsert Ialah :-*Ayda Jebat *Dior *Rozita Rohaizad *Farez Adnan *Elda Susanti *Anis Aneesa *Ellisan Tan *Fauzi Hamzi *Amin Mahzun *Rubisa Tiasin.

Artis Dangdut Asia Yang Datang Memberi Sokongan:Indonesia: Qemil, Nong Niken & Jelia IskandarSingapura: Lynn Malik. Brunei: Dzuf Lee.

Tiket:Percuma (Dengan Pembelian Album Kompilasi)Tiket Dijual Dari 13-23September 2016 ,Hanya Di Neway One Utama & Pintu Masuk Konsert Pada 23 September. Album Kompilasi Akan Diserahkan Hanya Pada Hari Konsert..

Acara Bermula7-8Pm : Red Carpet Theme Black & Gold8:15-10:15Pm : Concert10:15-11Pm : After Party & Lucky Draw

Lagu-Lagu Di Dalam Kompilasi Album Dangdut Asia (Rm19.90) Yang Akan Dijual Di Online Shopping Centre(Lazada) Selepas Hari Konsert:

Malaysia*Ayda Jebat – Pencuri Hati (Versi Dangdut)*Dior – Goyang Sampai Ke Lantai*Rozita Rohaizad – Anak Ikan*Farez Adnan Feat Elda Susanti – Rindu Sakit*Anis Aneesa – Terusik*Ellisan Tan – Ku Putih*Fauzi Hamzi – Kasorga*Amin Mahzun – Senyum Sokmo*Rubisa – Mengapa

Singapura*Lynn Malik – Baper (Bawa Perasaan)

Indonesia*Erie Susan – Muara Kasih Bunda*Qemil – Mabuk Kepayang*Novy Ayla – Cintai Aku Kerana Allah (Jaipong Vers)*Nong Niken – Hijrah*Jelia Iskandar – Bidadari Pun Cemburu* Ivan Gunawan Feat. Trio Ubur Ubur- Pedes Merem

BruneiDzuf Lee – Malu Malu Kucing

Related

Komen via Facebook

Komen

— 79 Bacaan
Read more ...

Jambatan Tertinggi Di Dunia Siap Dibina

BEIJING 12 Sept: Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia di mana, kedua-dua bahagian jambatan itu telah dihubungkan pada Sabtu lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou dalam satu kenyataan berkata, jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 565 meter di atas sebuah sungai.

Jambatan Beipanjiang akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia, tambah kenyataan tersebut.

Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini, sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam, menurut stesen televisyen.

Read more ...

5 jemaah haji Malaysia tidak dapat laksana wukuf

Lima jemaah haji Malaysia tidak dapat melaksanakan ibadat wukuf berikutan masalah kesihatan yang serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata semua mereka berusia antara 39 tahun dan 87 tahun, membabitkan empat lelaki dan seorang wanita.

"Mereka mengalami masalah pernafasan dan pendarahan otak. Mereka kini menerima rawatan rapi di hospital Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Syisyah, di Makkah, hari ini.

Jamil Khir berkata, TH memberi jaminan semua pesakit itu akan diberikan keutamaan untuk mengerjakan ibadat haji sekali lagi pada masa hadapan.

Selain itu, Jamil Khir berkata, jumlah kematian jemaah haji negara yang direkodkan sehingga hari ini adalah 10 orang.

Daripada jumlah itu tujuh kematian itu berlaku di Makkah, dua ketika di Madinah, manakala seorang ketika di tanah air.

Katanya, kematian terbaharu dilapaorkan semalam membabitkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mabit di Muzdalifah.

Penerbangan pulang haji bermula Sabtu ini

Pada sidang media itu, beliau juga memberitahu wartawan bahawa penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia dijadualkan, Sabtu ini.

Jamil Khir, berkata mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02.

"Semua jemaah haji pertama itu akan berlepas dengan penerbangan Saudi Arabia SV5644.

"Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada jam 10 malam waktu tempatan (3 pagi, Ahad waktu Malaysia)," katanya.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan haji pada musim haji kali ini.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *