Recent Post

Tuesday, August 30, 2016

Warkah Da’i Wan Untuk Uqasha Senrose Buat Netizen Persoalkan Niatnya Untuk Berdakwah Ataupun Mengorat

Keputusan mengejut Uqasha Senrose yang membuka hijabnya selepas 3 tahun menutup aurat bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi pendakwah Da'i Wan yang telah menulis surat terbuka buat Uqasha menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Nukilan itu pada asalnya hanya ingin menegur dan memberi nasihat kepada Uqasha tetapi ada yang berpendapat surat terbuka itu seakan menunjukkan Da'i Wan ingin mengorat Uqasha.

Jom baca surat terbuka berkenaan dibawah :-

'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya. 3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,

maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

  • Kecaman manusia
  • Fitnah manusia
  • Cakap belakang manusia
  • Dengki & cemburu manusia
  • Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

    Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

    Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

    Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

    Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham.

    Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

    Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

    Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

    Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

    Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.

    Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

    Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

    Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.

    Nak tahu kenapa?

    Kerana Allah swt telah berfirman:

    'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'

    Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

    Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

    Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.

    Siapa tahu? Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

    Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.

    Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.

    Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.

    Ikhlas, Da'i Wan.

    Berikut pula antara komen netizen :-

    Apa pula pendapat anda? Adakah cara Da'i Wan menegur Uqasha ini seiring dengan jiwa muda anak sekarang?

    Sumber Berita : Facebook Da'i Wan

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    Rapid KL lanjut operasi LRT, monorel, bas sempena ambang Hari Kebangsaan - Kosmo!

    Rapid KL lanjut operasi LRT, monorel, bas sempena ambang Hari Kebangsaan

    30/08/2016 12:31pm

    KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara iaitu sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas bandar kelolaan Rapid KL akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambut ambang Hari Kebangsaan 2016 malam ini di Dataran Merdeka, di sini.

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata, stesen LRT Masjid Jamek dan Hang Tuah bagi Laluan Sri Petaling; stesen LRT KLCC dan Masjid Jamek bagi Laluan Kelana Jaya; dan stesen Bukit Bintang dan Hang Tuah bagi laluan monorel akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi nanti.

    "Stesen lain akan ditutup seperti biasa, pengguna boleh keluar di kesemua stesen LRT dan monorel untuk meneruskan perjalanan mereka. Pusat kawalan operasi kami di Subang dan Ampang akan memantau rapi pergerakan penumpang di stesen untuk memastikan sama ada waktu operasi perlu dilanjutkan jika perlu," menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu menyatakan Rapid KL juga akan menambah kekerapan tren di ketiga-tiga laluan LRT dan monorel dari pukul 8 malam hingga 1 pagi.

    Selain itu, perkhidmatan bas Rapid KL dari Hab Bas Pasar Seni untuk beberapa kawasan perumahan juga akan dilanjutkan perkhidmatannya dengan bas terakhir akan berlepas selepas tren terakhir berlepas. - Bernama

    Read more ...

    Lagu HELLO DUNIA Buah Tangan Sulung Natasha Sass

    Tanpa sebarang bantuan dari program realiti TV yang boleh memberi laluan bagi artis untuk mencipta nama di persada seni, pendatang baharu, Natasha Sass menyusun langkah mulanya dengan cara tersendiri.

    Dia masih yakin dengan strategi menjadi artis naungan syarikat rakaman secara langsung tanpa mempercatur bakat dengan menyertai program realiti televisyen.

    Muncul dengan single sulung diberi judul Hello Dunia, gadis berdarah campuran Melayu dan Jerman ini memilih Universal Music Malaysia sebagai 'rumah' tempat dirinya berteduh dan membesar dalam industri hiburan tempatan.

    Natasha Sass

    Meletakkan nama-nama besar dunia hiburan antarabangsa seperti Michael Jackson, Celine Dion dan Selena Gomez sebagai inspirasi, kata Natasha, besar harapan kehadirannya dalam persada muzik tempatan agar mampu menjadi inspirasi kepada peminat dan khalayak pencinta muzik.

    "Saya meminati dan mula menyanyi semenjak kecil lagi kerana muzik merupakan kecintaan saya. Apabila mempunyai peluang untuk melebarkan kecintaan ini secara komersial, harapan saya agar karier ini mampu memberi inspirasi buat semua peminat dan khalayak, sama seperti saya berinspirasi dengan bintang bintang hebat dunia seperti Michael Jackson, Celine Dion dan Selena Gomez," ujar Natasha mengenai langkah awalnya dalam bidang muzik.

    Berbicara mengenai Hello Dunia, karya ilham Omar K tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, seperti pembawaan dirinya. Memilih genre Pop, R&B dan Balada, Hello Dunia memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur rap yang disifatkan sesuai dengan Hello Dunia, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda.

    "Saya dan Universal Music Malaysia mempunyai hala tuju yang sama terhadap penghasilan Hello Dunia. Keinginan tersebut kemudian direalisasikan oleh komposer berkaliber, Omar K.

    "Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcy. Sewaktu memperbaiki lirik, datang pula idea untuk memasukkan unsur rap bagi menambah warna yang lebih menarik. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini," ujar Natasha.

    Tambah Natasha, ironinya ini merupakan percubaan keduanya menulis sendiri lagu dalam bahasa Melayu. Selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , Natasha juga boleh bertutur dan menyanyi dengan fasih dalam Bahasa Jerman

    Sememangnya, Natasha hadir dengan pakej unik untuk melengkapkan kehadirannya dalam radar hiburan tempatan. Selain menjadikan bakat aslinya sebagai senjata menawan peminat, Natasha hadir dalam imej pan Asian dan fesyen rambutnya yang menarik akan membuat khalayak lebih mudah mengenali Natasha Sass.

    Natasha Sass

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    Read more ...

    Beratus Terperangkap Dalam Kesesakan di Jalan Lapangan Terbang Subang Akibat Banjir Kilat

    KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Beratus pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila banjir kilat melanda di NKVE - Jalan Lapangan Terbang Subang pagi ini.

    Menurut jurucakap Bomba berkata, air telah meningkat dengan mendadak dari 0.3 meter kepada 0.6 meter antara 7.30 pagi dan 8.20 pagi susulan hujan yang tidak berhenti.

    Beliau berkata banjir berlangsung selama kira-kira sejam dan surut di 08:20 apabila hujan akhirnya berhenti.

    Sumber : NST

    Read more ...

    Pemuda PAS Perak kecam penghinaan pada Harussani

    Pemuda PAS Perak mengecam pemberian anugerah 'menghina intelektual' terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria oleh gabungan NGO wanita di Petaling Jaya kelmarin.

    Menyifatkannya sebagai penghinaan dan biadab, ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin berkata penganjur yang sebenarnya "menghina intelektual atas kejahilan mereka".

    "Pemuda PAS Perak memandang serius atas kekerapan penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

    "Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang," katanya.

    Anugerah negatif dinamakan Aiyoh Wat Lah itu itu dianjurkan oleh Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI).

    Acara tahunan itu sudah lima kali dianjurkan sebelum ini.

    Harussani mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat dua pencalonan dalam kategori sama, setelah undian dibuat.

    Anugerah terhadap mufti kanan itu diberikan susulan kenyataannya pada April tahun lalu bahawa tiada istilah rogol dalam perkahwinan dan isteri mesti taat pada permintaan seks suami jika tidak uzur, tidak sakit atau bersalin.

    Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

    Dalam kenyataan hari ini, Mohd Akmal mempertahankan kenyataan Harussani yang menurutnya berhujah atas landasan ilmu dan kebenaran.

    "Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak," katanya.

    Pemuda PAS Petak juga menyeru kepada semua pihak supaya berani tampil untuk "membela Islam", selain menyatakan kesediaan mereka bertemu dengan penganjur bagi merungkai kekusutan.

    Anugerah itu mengetengahkan komen-komen seksis, misoginistik (antiperempuan), homofobik (antihomoseksual), transfobik (antitransgender).

    Kategori 'menghina intelektual' dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.

    Read more ...

    Rasuah: Pengerusi bank berpangkat Tan Sri pula ditahan

    KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank tempatan berpangkat 'Tan Sri' menjadi individu terbaru ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah bernilai RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku biografi tokoh politik negara.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *