Recent Post

Tuesday, August 02, 2016

Sikap Memahami Hafiz Dan Keperibadian Dia Buat Saya Terpikat – Fara Fauzana

Selebriti popular Fara Fauzana semalam telah mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan bernama Hafiz pada 17 September depan.

Ramai yang gembira mendengar berita berkenaan dan Fafau tidak henti mendapat ucapan tahniah dan doa daripada peminat agar majlis raja sehari beliau nanti berjalan dengan lancar.

Namun, masih ada yang kecewa kerana Fafau tidak memperkenalkan jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu kepada umum.

Walaubagaimanapun, Fafau ada berkongsi sedikit mengapa beliau memilih Hafiz untuk dijadikan teman hidupnya.

Menurut Fafau, Hafiz berjaya membuka pintu hatinya kerana mempunyai sikap yang memahami serta pegangan agama yang baik.

Hafiz seorang yang pendiam, penyabar dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia 'kurang gila'.

Dia juga seorang yang memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri nanti.

Saya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi.

Fafau memberitahu Hafiz menghantar rombongan merisik pada bulan Februari lepas. Tiada majlis pertunangan yang diadakan kerana mereka akan terus bernikah sahaja.

Kita tidak boleh ramal soal jodoh kita bukan? Ada yang cepat ada yang lambat. Kami tahu ramai yang mendoakan kebahagiaan Fafau dan seronok apabila beliau akhirnya bakal berkahwin tidak lama lagi. Semoga segala rencana berjalan dengan lancar buat mereka berdua.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Raikan perbezaan pendapat di media sosial, elak sentimen kebencian - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, media sosial yang menjadi saluran popular rakyat masa kini dalam menyampai dan menyalurkan maklumat perlu digunakan secara berhemah, termasuk 'meraikan' segala perbezaan pendapat tanpa menjurus kepada sentimen kebencian.

Salleh Said Keruak

Salleh Said Keruak

Salleh, yang genap setahun menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 3 Ogos ini berkata, rakyat perlu bijak mengurus perbezaan pendapat itu dalam menentukan kelangsungan kestabilan dan kesejahteraan negara.

"Ilmu pengetahuan, pemikiran yang matang, pandangan dan kritikan yang membina serta masyarakat yang bermaklumat boleh membantu menggerakkan agenda negara dalam meningkatkan semangat patriotisme, perpaduan, keharmonian, toleransi dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

"Saya adalah seorang yang percaya bahawa perbezaan pendapat itu adalah perkara biasa malah ia boleh diraikan. Tetapi perbezaan pendapat tidak sepatutnya membawa kepada perpecahan dan menimbulkan perasaan benci membenci," katanya dalam satu temubual eksklusif bersempena genap setahun beliau menerajui kementerian itu, di sini.

Salleh, 59, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Politik dan Kerajaan, Universiti Putra Malaysia, adalah seorang pemimpin Sabah yang berpengalaman luas dalam politik tanah air.

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dari 28 Disember 1994-27 Mei 1996, selain memegang pelbagai portfolio penting dalam Kabinet Sabah dan terkini dilantik sebagai Bendahari UMNO menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletak jawatannya dalam parti pada Jun lepas.

Mengenai keluhan rakyat terhadap isu capaian dan kepantasan Internet, Salleh berkata, kerajaan terus berazam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana ia bukan sahaja penting dalam menghubungkan orang ramai melalui saluran komunikasi, tetapi juga menjadi asas pembangunan ekonomi menerusi industri berintensifkan pengetahuan.

"Saya memberi penumpuan untuk mempertingkatkan capaian internet melalui projek pembinaan jalur lebar berkelajuan tinggi Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 2 (HSBB 2) dan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB).

"Sehingga kini, kelajuan perkhidmatan jalur lebar telah meningkat dengan tersedianya sejumlah 1.9 juta port dalam Projek HSBB dan HSBB2 yang memberi liputan dan manfaat kepada 3.1 juta premis di kawasan-kawasan yang terlibat," katanya.

Katanya, untuk peluasan liputan Jalur Lebar Mudah Alih 3G pula, sebanyak 1,392 lokasi telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 3G di seluruh negara.

Katanya, peluasan rangkaian fiber optik atau Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang melibatkan pembinaan kabel rangkaian dasar laut yang menghubungkan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dapat meningkatkan jaringan komunikasi dengan lebih pantas.

"Saya merasa bangga kerana inisiatif ini telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia di rantau Asia-Pasifik dalam Indeks Pembangunan ICT (IDI) dari tangga ke-9 pada tahun 2014 ke tangga ke-8 pada tahun 2015.

"Kadar penembusan jalur lebar turut mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan apabila lebih daripada 30 juta langganan jalur lebar dicatatkan pada 2015, iaitu peningkatan 50 peratus daripada 20 juta pada 2014," katanya.

Di kawasan pedalaman pula, Salleh berkata, Pusat Internet 1Malaysia atau PI1M yang berfungsi sebagai pusat ilmu dan menawarkan capaian asas internet dan latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta keusahawanan secara percuma telah dan sedang dibina.

Sehingga suku pertama tahun ini, sebanyak 675 PI1M telah siap dibina manakala 164 yang lain dalam proses pembinaan yang memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna, katanya. - BERNAMA

Read more ...

Bomba Selamat Dua Beradik Terkunci Dalam Rumah 30 Minit

Klang, 1 Ogos: Dua beradik yang masing-masing berusia tiga dan empat tahun terperangkap selama kira-kira 30 minit dalam rumah mereka selepas pintu utama rumah itu terkunci di Tmaan Meru Indah, Meru di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, ibu kepada dua beradik itu keluar ke halaman rumah sebelum pintu utama tertutup dan terkunci.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, mohd Sani Harul, ibu mangsa kemudian menghubungi sumainya namun kunci rumah tiada padanya.

"Kami menerima panggilan pada jam 4.50 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang ke lokasi kejadian. "Bomba mengambil masa 10 minit memotong besi tingkap di tepi rumah dan kanak-kanak itu tidak cedera sepanjang terperangkap," katanya. - Siakapkeli.my

Harian Metro

Read more ...

Zam dedahkan Utusan sedang 'sakit'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu itu sedang 'sakit'.

Dalam blognya, Zainuddin memetik kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan 'sakit'.

"Ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini.

"Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016," petik Zainuddin sambil memuat naik satu memorandum pekeliling berkenaan apa yang dikatakan Raja Ahmad.

Mengulas lanjut, Zam memberitahu, Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekas-bekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan anggota KVUM seramai 271 orang amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja Utusan akibat kelewatan pembayaran gaji itu.

"Kalau peha kanan dicubit, peha kiri terasa sakitnya. Peha kiri itu adalah KVUM." kata Raja Ahmad, dipetik Zam.

Kesakitan ini, kata Raja Niza, memerlukan 'doktor pakar' untuk mengubati atau membedahnya kerana dikhuatiri akan bertambah teruk.

"Kami juga bersimpati dengan pengurusan Utusan sekarang kerana diserkup oleh suasana yang terpaksa dihadapinya.

"Penyelesaian jangka pendek dan panjang perlu dicari dengan segera kerana masa tidak pernah menunggu kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, Raja Niza memberitahu, KVUM akan menghantar memorandum kepada Utusan yang mengandungi cadangan langkah pemulihan syarikat itu yang diharapkan tidak akan disalah ertikan.

Malaysiakini sedang cuba untuk pihak pengurusan syarikat tersebut untuk mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan Zam ini.

Malaysiakini juga akan menghubungi Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Taufek Razak untuk menyatakan pendirian kesatuan mengenai hal ini.

NUJ Utusan Melayu adalah badan yang diiktiraf oleh syarikat untuk menjadi saluran menyuarakan pandangan kakitangan bukan eksekutif syarikat berkenaan selain memeterai perjanjian bersama (CA).

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia , Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Beberapa tahun yang lalu, Utusan pernah membuang kerja dua pemimpin NUJ, Hata Wahari dan Amran Ahmad yang lantang mengkritik isu kebebasan media dan pengurusan syarikat tersebut. 

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *