Recent Post

Monday, August 01, 2016

Saya Sayangkan Emma Dan Akan Selamatkan Hubungan Ini Selagi Terdaya -Kamal Adli

Tiba-tiba sahaja,kenyataan Emma Maembong yang menyatakan beliau akan berbincang mengenai hala tuju hubungannya dengan Kamal Adli menjadi perhatian ramai.

Ada yang mengatakan hubungan cinta mereka sedang berantakan dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.

Namun, ia tidak bermakna Kamal Adli akan berputus asa begitu sahaja. Mengakui masih sayangkan Emma dan berniat mahu hubungan mereka berakhir dengan baik. Kamal akan sedaya upaya mempertahankan cintanya itu.

Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong. Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya.

Pada masa yang sama, Kamal menjelaskan masalah antara mereka timbul bukan kerana orang ketiga tetapi kerana sikap beliau sendiri.

Kamal memohon maaf atas apa yang berlaku dan berkata beliau bersungguh-sungguh mahu memperisterikan Emma.

Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik. Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya bukan main-main malah serius dalam perhubungan ini selain ingin memperisterikannya.

Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini. Beri masa kepada kami. Saya minta peluang dan doakan yang baik untuk kami berdua.

Kita beri ruang untuk Kamal dan Emma berbincang mengenai hubungan mereka berdua. Kalau ada jodoh ada lah. Kita doakan terbaik buat pasangan tersebut.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Petugas media dibawa ziarah tempat bersejarah - Utusan Malaysia

MADINAH 1 Ogos - Masjid Qurba' dan Lembah Bukit Uhud merupakan lima lokasi utama yang menjadi kelaziman kepada jemaah haji untuk diziarahi pada musim haji. Pembimbing Ziarah, Mohamad Abdul berkata, kedua-dua lokasi itu akan memberi peluang kepada jemaah haji untuk beribadah dan mengambil iktibar.

Masjid Qurba' contohnya adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW untuk solat berjemaah.

"Masjid itu merupakan masjid keempat yang mempunyai fadzilat khusus bagi sesiapa yang beribadah di dalamnya iaitu mendapat ganjaran pahala sama seperti orang menunaikan umrah dengan syarat mereka mestilah berwuduk dari tempat asal," katanya.

Lembah Bukit Uhud pula akan memberi kesempatan kepada jemaah untuk menziarahi makam para syuhada termasuk bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah ra yang terkorban dalam peperangan uhud.

Tiga lagi tempat yang diziarahi oleh jemaah ialah ladang kurma, masjid tujuh dan Masjid Qiblatain atau masjid dua kiblat.

Video oleh ZULKIFLEE BAKAR

Masjid Qiblatain merupakan tempat di mana Rasulullah SAW menerima wahyu daripada Allah SWT untuk mengubah kiblat umat Islam dari arah Baitulmaqdis ke Masjidilharam.

Beliau yang sudah enam tahun tinggal di sini bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah berkata, jemaah haji juga perlu menggunakan sepenuhnya kesempatan berada di kota ini untuk memperbanyakkan ibadah khususnya menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi.

"Madinah adalah kota penuh keberkatan hasil daripada doa Rasulullah SAW yang memohon agar Madinah mendapat dua kali lebih keberkatan dari kota Mekah," katanya.

Seramai 11,796 daripada 22,320 jemaah Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah manakala selebihnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah. Kumpulan pertama bakal tiba pada 4 Ogos. - UTUSAN ONLINE

Read more ...

Penyanyi Indonesia Mike Mohede Meninggal Dunia

Indonesia dikejutkan dengan berita penyanyi solo Mike Mohede meninggal dunia.Hingga berita ini diturunkan, sejumlah ucapan duka mengalir begitu deras di Twitter untuk Mike Mohede. Salah satunya datang dari penyanyi muda Kunto Aji.

Mike Mohede dikabarkan meninggal dunia pada usia 32 tahun, Minggu (31/7).

Berdasarkan informasi yang dihimpun detikHOT, Mike meninggal karena serangan jantung. Saat ini jenazahnya berada di Rumah Sakit Bintaro. 

Beberapa teman musisi Mike semasa perjuangan di salah satu ajang pencarian bakat bermusik, Judika, turut menyampaikan berita duka itu lewat media sosial. Begitu juga dengan musisi lain yang pernah bekerjasama dengannya.

"Ya Tuhan..ga percaya dapet kabar sahabatku mike mohede meninggal..Tuhan kasih kekuatan buat mamanya mike dan keluarga besar yang ditinggalkan..Rip brader.." kicau Judika.

"I feel honored to sing with you at #RaisaKonser. thanks @MikeMohede , for your great voice and talent. i will miss you. #RIPMikeMohede," tulis Raisa. (ich/ich)

Mike Mohede pertama kali meluncurkan album di tahun 2005. Penyanyi jebolan ajang pencari bakat yang lahir pada 7 November 1983 ini juga sempat berkolaborasi dengan sejumlah penyanyi ternama Indonesia seperti Badai eks Kerispatih, Saykoji dan Maria Shandi lewat sebuah album rohani bertajuk Kemenanganku.

Pada 12 Juni 2015 lalu, Mike Mohede meluncurkan album kedua. Salah satu singlenya, "Sahabat Jadi Cinta", sukses mengantarkannya ke sejumlah tangga musik di Radio Tanah Air.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 882 Bacaan
Read more ...

Nelayan Terkejut Jumpa 'Paus Kembung' Di Tengah-Tengah Lautan

Australia, 31 Julai - Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu objek berbentuk seperti bola terapung di perairan Australia barat sebelum objek itu dimakan oleh sekumpulan jerung.

Mark Watkins dan bapanya ketika itu sedang menangkap ikan 25 batu nautika dari Bunbury, selatan Perth apabila mereka menemui objek terbabit.

Pada mulanya, Watkins, 36, menyangka objek itu sebuah bot atau belon udara panas namun sangkaannya itu meleset apabila mendekati objek itu yang rupa-rupanya bangkai seekor ikan paus yang telah mengembung.

"Bila kami semakin dekat, baru kami tahu ia mesti seekor ikan paus yang telah mati kerana baunya yang teramat busuk", kata Watkins.

Ikan paus itu kelihatan seolah-olah berwarna pink kerana kulitnya yang menegang.

Menurut Watkins lagi, bangkai itu kemudiannya mengecut semula selepas dipercayai digigit jerung memandangkan ada sekumpulan jerung berada di kawasan itu dan bekas gigitan di bangkai berkenaan.

Sumber : Dailymail
Read more ...

Dzulkifli mula tugas sebagai ketua SPRM yang baru

Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM.

Beliau yang tiba tepat pada 8 pagi disambut barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.

Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Datuk Alias Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau kemudiaannya mengetip kad perakam waktu sebelum masuk ke pejabat.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

- Bernama

Read more ...

DAP batal cadangan adakan PRN tergempar

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini mengumumkan pembatalan cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tergempar di negeri ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *