Recent Post

Wednesday, July 20, 2016

Memang Badan Akan Naik Ketika Hamil, Saya Terima Segala Kritikan – Almy Nadia

Sedang hamil enam bulan anak kedua hasil perkahwinan dengan Fizz Fairuz, pelakon Almy Nadia kali ini mahu lebih tenang dan tidak lagi mempedulikan segala komen negatif dan kritikan masyarakat tentang bentuk tubuh badannya yang sudah kembali besar.

Buat Almy, ia adalah perkara biasa apabila berat badan wanita yang sedang hamil meningkat dan Almy lebih mengutamakan kesihatan bayi didalam kandungan beliau.

Jelas Almy, beliau tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Saya kini tidak mahu lagi mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap diri saya. Lumrah, badan akan naik ketika hamil dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka. Biarlah apa yang ingin orang kata, asalkan saya bahagia.

Lagipun, saya tidak mahu menyekat pemakanan demi memuaskan hati pihak tertentu saja. Bagi saya, kesihatan bayi dalam kandungan lebih penting daripada segala-galanya.

Korang ni, macam tidak biasa lihat wanita hamil yang sedikit gempal tubuh badannya. Biasalah, semua itu kerana perubahan hormon apa yang penting ialah kandungan sentiasa sihat. Janganlah asyik hendak menghina orang sahaja….

Sumber Berita : BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Pelajar Malaysia cedera di Nice lepasi tahap kritikal - Kosmo!

Pelajar Malaysia cedera di Nice lepasi tahap kritikal

20/07/2016 12:05pm

Chuah mengalami keretakan pada belakang dalam serangan itu.

SINGAPURA - Pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dari Malaysia yang cedera dalam serangan di Nice baru-baru ini dilapor tidak menujukkan tanda-tanda pendarahan dalaman atau kerosakan neurologi serta melepasi tahap kritikal.

Memetik SUTD, portal berita Channel NewsAsia melaporkan bahawa para doktor sedang mengkaji hasil ujian perubatan Esmond Chuah, pelajar tahun tiga universiti itu.

Chuah mengalami keretakan pada belakang dalam serangan itu.

Laporan tersebut menyebut pelajar tersebut akan dibenarkan keluar selepas pihak hospital membenarkannya untuk melakukan perjalanan.

Seramai 12 pelajar SUTD berada di bandar raya percutian Perancis itu bagi menyertai program musim panas. - Bernama

Read more ...

10 Kereta Terbaik Bagi Tahun 2016 Menurut laporan Consumer Report

Setiap tahun, Consumer Reports dan pasukan pakar pengujian automotifnya akan menguji kereta-kereta yang dijual di US dan memilih sebuah kereta terbaik yang dikenali sebagai 'Top Pick' untuk setiap kategori.

Untuk menjadi 'Top Pick', kereta tersebut perlu lulus beberapa ujian termasuklah ujian di trek, ketahanan, ujian kemalangan dan juga mendapat rating yang tinggi dari para pemilik menerusi survey Consumer Report.

Ini kereta-kereta yang tersenarai dalam Consumer Report's Top Picks of 2016

1 - Kereta Saiz Sederhana Terbaik : Toyota CamryHarga : $24,089 - $32,603Markah : 84

Laporan : "Camry memberikan ketahanan tahun demi tahun dengan cemerlang, yang mana apabila digabungkan dengan keputusan ujian kemalangan yang memberangsangkan, ia menjadi kereta sedan yang hampir sempurna.

2 - Kereta Sub-Kompak Terbaik : Honda Fit (Jazz)Harga : $19,025Markah : 67

Fit menjadi juara dalam kategori sub-kompak terbaik kerana kereta tersebut memberikan penjimatan minyak, pengendalian yang bagus dan keluasan dalaman yang mengagumkan.

3 - Kereta Kompak Terbaik : Subaru ImpreazaHarga : $21,345 - $22,345Markah : 79

Comsumer Report memilih Subaru Impreaza sebagai juara dalam kategori ini kerana keselesaan, pengendalian, keluasan dalaman, kawalan yang intuitif, teknologi keselamatan, dan hasil ujian kemalangan yang bagus.

4 - SUV Mewah Terbaik : Lexus RXHarga : $51,630 - $57,565Markah : 81

Consumer Report menyifatkan Lexus RX sebagai kereta yang tersangat selesa dengan berkata "ianya sangat senyap dan mempunyai ruang kabin yang selesa, pemanduan yang lancar dan rekaan dalaman yang sangat seni dan mewah.

5 - Kereta Sports Terbaik : Mazda MX-5 MiataHarga : $29,905Markah : 79

Consumer Report menyifatkan kereta Mazda Miata ini sebagai kereta yang sempurna buat mereka yang minat memandu dan sangat sempurna untuk kereta hujung minggu.

6 - SUV Saiz Kecil Terbaik : Subaru ForesterHarga : $27,145Markah : 83

Subaru Forester dipuji kerana sistem all-wheel-drivenya yang cemerlang , dalaman yang luas, pemanduan yang selesa dan memberikan pemanduan yang amat dinamik.

7 - SUV Saiz Sederhana Terbaik : Kia SorentoHarga : $37,915Markah : 84

Siapa sangka kali ini kereta buatan Korea berjaya memasuki senarai Consumer Reports. Menurut laporan itu, Sorenta dipilih kerana ia memberikan rasa elegan kelas atasan pada harga yang murah.

8 - Minivan Terbaik : Toyota SiennaHarga : $35,810 - $38,201Markah : 80

Consumer Report tertarik dengan ciri 'dalaman pelbagai fungsi' - pemanduan selesa, powertrain yang bertenaga dan keluasan dalaman untuk 8 orang yang diberikan oleh Toyota Sienna.

"Sienna adalah kenderaan sangat boleh dipercayai ditambah dengan ciri-ciri moden."

9 - Trak Pikap Terbaik : Ford F-150Harga : $45,750 - $46,755Markah : 77

Selain ruang kabin yang senyap, Consumer Report menyifatkan F-150 mempunyai ketahanan terbaik sebagai trak domestik.

10 - Kereta Saiz Besar Terbaik : Chevrolet ImpalaHarga : $39,110Markah : 81

Laporan : "Impala sangat dinamik dan selesa, dengan kombinasi pengendalian yang responsif, mengalahkan beberapa kereta sedan mewah yang elit".

**Harga yang dipaparkan adalah harga di US.

Sumber : www.consumerreports.org

Read more ...

Caj parkir naik, ada pengguna rasa 'terkepung'

Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa terbeban dengan kenaikan kadar caj letak kereta.

Ia ekoran tindakan DBKL menaikkan kadar caj parkir sehingga 150 peratus di beberapa kawasan termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Dengan peningkatan caj parkir, terdapat juga pengguna yang merasa 'terkepung' dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi termasuk kadar tol serta harga minyak petrol yang meningkat.

Seorang pengurus bank di Taman Tun Dr Ismail Mohd Haizal Yakub, 41, berkata, pihak berkuasa tempatan sepatutnya memberikan notis terlebih dahulu dan tidak menaikkan caj secara tiba-tiba.

Malah, beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kenaikan caj tersebut yang dianggap turut menjejaskan perbelanjaan seharian.

"Sedikit sebanyak kenaikan caj parking ini akan beri kesan seperti kami yang parkir di sini sehari suntuk. Terang-terang ia naik 150 peratus dan ia hanya untuk belanja parkir sahaja.

"Dengan kadar tol lagi. Ia sedikit sebanyak jejaskan perbelanjaan harian. Saya rasa bukan semua orang boleh naik bas, ada yang perlu bawa kereta. Jadi alasan itu (supaya guna pengangkutan awam) macam tak kena," katanya kepada Malaysiakini.

Rata-rata pengguna yang ditemui Malaysiakini menggunakan kawasan letak kereta di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar dan Bukit Damansara.

Seorang lagi pengguna, Awang Mokhtar, 35, mempersoalkan kenaikan caj tersebut yang dianggap sebagai tidak relevan memandangkan sistem parkir yang sedia ada masih lagi lemah.

"Atas dasar apa mereka nak naikkan caj mahal? Adakah tempat itu eksklusif? Adakah keselamatan kereta akan terjamin? Apa rasionalnya?

"Matlamat tak halalkan cara. Ada yang guna parkir untuk aktiviti harian. Ada yang bekerja yang wajib menggunakan kereta," katanya yang turut berpendapat bahawa tindakan DBKL yang menaikkan caj tersebut akan menyebabkan orang ramai meletakkan kereta secara haram di ibu negara berleluasa.

Wan Saiful Azman, 41, pula berpendapat kenaikan caj parkir tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandaraya.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu berkata, apa yang perlu dilakukan pihak DBKL ialah memperbaiki sistem parkir serta menyediakan parkir yang secukupnya.

"Kadang-kadang ada orang yang mempunyai keperluan untuk bawa kereta. Tak semestinya mereka boleh naik pengangkutan awam.

"Saya ini pemandu dan sangat faham, ia menyukarkan. Saya rasa menaikkan caj tidak akan selesaikan masalah. Kawasan parkir kurang, lepas tu naikkan harga. Macam tak sesuai," katanya.

Seorang lagi pemandu, Syed Shah Hafiz Syed Umar, 39, berkata, tindakan menaikkan harga tidak relevan dan ia membebankan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, sekiranya pihak DBKL ingin menaikkan harga, pihak berkuasa tempatan itu perlu menyediakan ruang parkir bagi memastikan tiada parkir haram.

"Parkir kurang kemudian menaikkan harga, tak relevan. Nak naik harga boleh tapi parkir kena lebih juga. Biar seimbang. Tetapi kenaikan ini membebankan rakyat. Dah lah kos sara hidup semua tinggi, semua harga mahal," katanya.

'Setuju tetapi bersyarat'

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna yang bersetuju dengan kenaikan caj parkir tersebut tetapi bersyarat.

Farizul Hafiz, 23, berkata, beliau bersetuju dengan kenaikan caj parkir yang dibuat DBKL tetapi pada masa sama meminta supaya sistem pengangkutan awam ditambah baik.

Beliau turut mencadangkan supaya disediakan pas parkir kenderaan bagi mereka yang perlu menggunakan kereta.

"Saya setuju tetapi pada masa sama kena betulkan juga pengangkutan awam. Ia juga cara untuk orang kurangkan bawa kereta dan galakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"DBKL juga mungkin boleh buat pas tertentu bagi pihak yang perlu membawa kenderaan," katanya.

S Ravi, 47, pula menganggap kadar tersebut masih lagi murah memandangkan DBKL telah lama tidak menaikkan kadar caj letak kereta.

Ravi yang merupakan seorang pesara, turut mencadangkan supaya diadakan zon larangan kenderaan mengikut masa-masa tertentu bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

"Sebenarnya harga itu masih lagi dianggap murah. Sesuai dengan keadaan di Kuala Lumpur dan ia bukan dibuat di pekan kecil.

"Saya juga berpendapat DBKL boleh buat zon tanpa kenderaan. Mungkin pada masa tertentu tiada kenderaan dibenarkan masuk di kawasan tertentu," katanya.

Razali Hassan, 34, pula berpendapat kadar tersebut wajar dinaikkan terutamanya di kawasan yang berlaku kesesakan lalu lintas.

"Saya bersetuju ia dinaikkan terutamanya di tempat dan kawasan yang sesak. Ia patut. Dan macam di kawasan Taman Tun Dr Ismail ini pun saya rasa patut harga dinaikkan. Kalau nak naik harga perlu ikut kawasan," kata pengawal peribadi itu.

Bermula kelmarin, orang ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir DBKL akan menyaksikan caj parkir yang meningkat.

Caj tempat letak kenderaan setiap jam di pusat bandar komersial dinaikkan daripada 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama.

Kadar caj juga dinaikkan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 untuk jam berikutnya. Jika meletak kenderaan dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang, maka pengguna terpaksa membayar sebanyak RM32 sehari.

Read more ...

Filipina sahkan 5 rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf

MANILA: Penasihat Damai Presiden Filipina Jesus Dureza hari ini mengesahkan laporan bahawa lima kru bot pukat tunda dari Malaysia diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di Sabah.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *