Recent Post

Sunday, July 17, 2016

Wanita Didakwa Sebagai Isteri Kedua Adi Putra Enggan Berikan Sebarang Komen Lanjut

Beberapa hari ini memang hangat dengan berita pelakon Adi Putra sudah berkahwin buat kali kedua. Malah, foto perkahwinan beliau bersama seorang wanita janda anak satu itu sudah tersebar luas di Internet.

Lebih panas lagi, bekas suami wanita berkenaan turut mendedahkan perkara sebenar menerusi satu luahan di akaun Facebook miliknya.

Namun, Adi dan juga isteriya Aida Yusof sehingga kini masih berdiam diri dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

Adi juga khabarnya membatalkan majlis Aidilfitri bersama peminatnya yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di Casa Ombak, Ampang dek kerana kontroversi yang sedang melanda dirinya kini.

Masih lagi ingin mendapatkan cerita yang sebenar, pihak media berusaha untuk menghubungi wanita yang didakwa sebagai isteri kedua Adi.

Walaubagaimanapun,  usaha mereka untuk merungkai segala persoalan gagal kerana wanita itu juga enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.

Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini.

Pada kami Adi Putra tidak perlu lari daripada isu ini kerana tiada sebarang perkara yang akan selesai. Kalau benar sudah bernikah, apa salah untuk berterus-terang.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

32 antara rakyat Malaysia terkandas di Turki selam... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 17 Julai 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Itulah yang dirasai oleh kalangan 32 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Atartuk,Istanbul yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 5.10 pagi Ahad.

Mereka adalah antara lebih 120 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Istanbul dan Ankara semasa kejadian itu.

Lapangan Terbang Atartuk di Itanbul adalah antara yang dibuka semula tidak lama selepas kerajaan Presiden Erdogan berjaya patahkan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan tentera Turki.

Ia merupakan sebuah lapangan terbang yang sibuk dan menjadi salah satu pusat transit popular dikalangan penumpang pesawat dari Malaysia.

Mereka yang selamat pulang itu menceritakan pelbagai detik cemas dna menakutkan.

Antaranya mendengar bunyi tembakan dan letupan sekitar lapangan terbang itu serta orangramai kelam kabut berlari.-17/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey – THE SHALLOWS

Hello semua pembaca Budiey.com, sedar tak sedar kita dah pun berada di bulan Julai 2016. Cepat betul kan masa berlalu. Budiey percaya ramai yang menantikan premiere setiap minggu.

Sempena dengan kedatangan musim panas ini banyak sekali filem hebat akan berada di pawagam. Termasuklah sebuah filem yang suspen arahan Jaume Collet-Serra berjudul THE SHALLOWS.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem THE SHALLOWS yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 27 Julai 2016.

Kepada yang nak tonton filem lakonan Blake Lively ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 28 Julai 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi suspen yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis THE SHALLOWS

Filem ini asalnya berjudul  In the Deep bercerita tentang kisah yang agak ganas yang dilakukan oleh seekor ikan yu berwarna putih dan berbadan besar. Hal ini asalnya dari seorang gadis yang sangat menggemari aktiviti selancar dan dia pun melakukan aksi selancar di suatu pulau terpencil. Ketika asik menikmati aktivitas berselancarnya di pulau tersebut, tiba-tiba suasana berubah dan gadis memutuskan untuk menjauhi bibir pantai namun hal yang tak terduga muncul dengan datangnya seekor yu raksasa yang mencoba mendekati gadis tersebut.

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

27 Julai 2016 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE SHALLOWS – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheShallows

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter. 3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pelakon utama filem THE SHALLOWS.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem THE SHALLOWS kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem THE SHALLOWS

Tarikh tutup peraduan:

26 Julai 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 28 Julai 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Tak Tahan Nak Buang Air, Lelaki Buka Seluar & Cuba Mencangkung Dalam Mahkamah di Sebelah Hakim

Zheijiang, China - Ia mungkin satu perlakuan yang tidak masuk akal, namun ia benar-benar terjadi di sebuah mahkamah di China.

Seorang lelaki dari wilayah Zhejiang bertindak menuju ke satu ruang di penjuru bersebelahan meja hakim di dalam mahkamah, sebelum membuka seluar dan cuba untuk membuang air besar.

Menurut Sohu, insiden aneh itu berlaku pada 11 Julai di dalam sebuah mahkamah di Bandar Quzhou.

Lelaki itu, yang dikenali dengan nama Mao, tampil ke mahkamah itu bagi memberi keterangan sebagai defenden dalam satu kes kemalangan trafik.

Ketika prosiding sedang berlangsung, dia tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan bergegas menuju ke penjuru di sebelah meja hakim.

Foto memaparkan Mao membuka seluarnya dan cuba untuk membuka seluar pendek bagi buang air besar sebelum hakim menghalangnya dan menangguhkan perbicaraan itu.

Selepas kejadian, Mao berkata dia sangat-sangat meminta maaf dan malu dengan perbuatannya. Dia berkata punca dia berbuat sedemikian kerana kekurangan ilmu mengenai etika dalam mahkamah.

Mao didenda 1,000 yuan (RM600) kerana mengganggu perbicaraan mahkamah. - Siakapkeli.my

Sumber : shanghaiist.com

Read more ...

Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan

Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah pesakit yang semakin bertambah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat hanya 300 doktor pakar kecemasan di seluruh negara dan jumlah itu jauh lebih kecil berbanding jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital.

"Kita sasarkan untuk melahirkan 900 doktor pakar kecemasan tetapi jumlah itu sukar dicapai dalam masa terdekat kerana setiap tahun hanya 60 doktor sahaja yang berjaya dipilih berikutan jumlah kuota yang sedikit," katanya kepadapemberita selepas merasmikan program Heart Wars First Malaysia Mass Costume CPR di Aman Central, semalam.

Masalah itu kata Hilmi, disebabkan setakat ini hanya tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut.

"Jika diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih," katanya.

"Saya berharap lebih banyak universiti negara dapat mewujudkan kursus yang bertepatan bagi membolehkan kita mencapai sasaran melahirkan 900doktor pakar kecemasan dalam masa yang lebih cepat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menyokong sekiranya Kementerian Pendidikan ingin mewajibkan pelajar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya.

"Sehingga kini tiada undang-undang yang mewajibkan ibu bapa untuk memberikansuntikan imunisasi kepada anak-anak, namun sekiranya pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk mewajibkan suntikan vaksin tersebut, kita sentiasa menyokong usaha mereka," katanya.

Terdahulu, Hilmi ketika merasmikan program tersebut berharap lebih ramai masyarakat dapat mempelajari cara untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) bagi membantu pesaki t yang dalam kesusahan.

"Kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain sekiranya kita mempunyai ilmu berkaitan memberi bantuan CPR yang betul dan usaha menyampaikan ilmu CPR perlu diteruskan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar seawal sekolah rendah lagi," katanya.

Pada program hari ini, seramai 500 peserta telah menyertai cara memberi bantuan CPR dengan memakai kostum watak adiwira seperti Batman, Superman, dan Star Wars.

Program yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu berjaya dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records.

Penyakit Hydroceplus

Sementara itu, lebih 1,000 kanak-kanak dan bayi di negara ini dikesan menghidap penyakit Hydroceplus (lebihan air dalam kepala) bagi tempoh lima tahun lalu, kata Timbalan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Azmi Alias.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus berjaya dirawat dengan menjalani pembedahan memasukkan Ventriculo-Peritonel atau VP-Shunt iaitu sejenis tiup yang diletakkan di serambi otak untuk mengalirkan Celebrospinal fluid (CSF)iaitu cecair putih yang mengelilingi otak ke abdomen.

"Kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan biasanya boleh sembuh dan dalam tempoh lima hingga enam tahun mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan rutin tetapi kesihatan mereka sentiasa dipantau," katanya kepada pemberitaselepas majlis amal Aidilfitri Persatuan Pesakit Hydrocephalus (PPH), di Selayang Capitol Complex semalam.

Katanya, penyakit ini disebabkan antaranya oleh jangkitan kuman semasa mengandung, kurang pengambila n vitamin dan jangkitan meningitis selepas bayi dilahirkan.

Dr Azmi berkata, Hydrocephalus boleh didefinisikan sebagai air di dalam kepala dan kebanyakan pesakit mempunyai saiz kepala yang besar serta boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Sementara itu, Pengerusi PPH Azah Hana, yang juga mempunyai anak menghidap penyakit itu berkata, persatuan yang ditubuhkan tahun lalu bertujuan membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan membiayai kos rawatan anak mereka.

Katanya, kos bagi setiap rawatan boleh mencecah lebih RM3,000 dan menyebabkan ibu bapa yang kurang berkemampuan tidak dapat menghantar anak mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.

Beliau berkata, pada peringkat awal penubuhan persatuan itu hanya mempunyai kira-kira 50 ahli yang berdaftar dan kini telah bertambah lebih daripada 100 ahli dari seluruh negara.

"Sebagai persatuan yang baharu ditubuhkan, adalah menjadi harapan kami supaya orang ramai dapat menyalurkan sumbangan melalui akaun PPH iai tu Ambank 8881009257572," katanya.

- Bernama

Read more ...

Keadaan di Turki luar biasa, rakyat M'sia cerita detik cemas

KUALA LUMPUR: Keadaan di Istanbul menakutkan, kereta kebal berkawal di merata tempat dan bunyi jet pejuang kedengaran setiap masa, kata seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Turki, berhubung cubaan rampasan kuasa di negara itu.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *