Recent Post

Saturday, July 09, 2016

Keris buat report polis Nga Kor Ming hina sambutan Aidilfitri - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 08 Julai 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Kecewa dengan penghinaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming terhadap sambutan Aidilfitri, NGO Kelab Warisan Malaysia (Keris) membuat laporan polis mendesak pemimpin DAP itu meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kepala Batas, pagi Jumaat.

Setiausaha Agung Keris, Azman Hassan (gambar) berkata, pihaknya kesal kerana tokoh politik berkenaan mengaitkan pemberian duit raya sama seperti memberi dedak dan rasuah.

Katanya, adalah tidak wajar menyamakan pemberian duit raya seperti memberi rasuah kerana ia amalan umat Islam sejak dulu menjelang hari lebaran.

"Amalan memberi duit raya tidak boleh disamakan dengan rasuah sebaliknya ia sedekah untuk menceriakan kanak-kanak ketika sambutan Aidilfitri.

"Kami rasa terhina dengan kenyataan beliau dan menggesa dia meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan," katanya.

Sementara itu, BNBBC.my melaporkan semakan di facebook Nga Kor Ming pada Jumaat mendapat beliau sudah membuang ucapan hari raya Aidilfitri berlatar-belakang gambar bendera Amerika Syarikat itu.

Ucapan hari raya yang dimuat-naik pada 5 Julai tersebut sudah tidak lagi kelihatan di akaun Facebooknya apabila ia mula viral dan menerima kecaman daripada orang ramai.

Gambar yang dimuat-naik Kor Ming tersebut diambil daripada laman web seorang mubaligh konservatif Kristian di America, Dr James Dobson, yang dapat dilhat dengan jelas bawah kiri gambar.

Dalam gambar akaun Facebook Kor Ming itu, beliau menyampaikan mesej : "We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!"

Rata-rata pengguna Facebook menghentam Kor Ming dengan menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak sensitif dan bodoh kerana tidak tahu membezakan antara bendera Amerika dengan Malaysia.

Seorang pengguna Facebook dengan nama, Ganesan Subramaniam membidas Kor Ming dengan menulis komen diruang gambar berkata : "Hey YB get out of Malaysia and go to America! Are you just plain stupid or you don't know how our flag looks like (Hey YB sila keluar Malaysia dan pergi ke Amerika! Adakah kamu cuba buat bodoh atau kamu tidak tahu bagaimana bentuk bendera kita)."

Lagi seorang pengguna Facebook, Eka Hasnan pula berkata tindakan biadap Kor Ming tersebut menjadi punca mengapa parti DAP ditolak majoriti penganut Muslim dan juga orang Melayu.

Pengguna Facebook, Tama Saravanan Panisevam pula mengingatkan Kor Ming supaya tidak lupa asal usulnya dan menghormati perasaan pengundinya.

"You are (a) MP from Taiping. Not from Texas. Respect your voters feelings first (Kamu MP Taiping. Bukan Texas. Hormat perasaan pengundi kamu dahulu)."

Malah, terdapat juga pengguna Facebook menyamakan Kor Ming dengan calon presiden Amerika kontroversi, Donald Trump yang sering menghina Islam.

"Nga Kor Ming dan Donald Trump berpisah tiada!" kata pengguna Facebook, Wen Huey Kelly Fong.

Tindakan Kor Ming yang sering menghina ini bukan kali pertama dilakukannya, malah beliau juga sebelum ini disaman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sehingga beliau terpaksa meminta maaf ke atas tulisan di akaun Facebooknya kerana membuat tuduhan tidak berasas kepada pemimpin utama negara.-8/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey รข€“ GHOSTBUSTERS

Hello semua pembaca Budiey.com, sedar tak sedar kita dah pun beraya dan berada di bulan Julai 2016. Cepat betul kan masa berlalu. Budiey percaya korang sekarang masih bercuti di kampung dan ada juga yang sudah memulakan kerja di pejabat.

Sempena dengan kedatangan musim panas ini banyak sekali filem hebat akan berada di pawagam. Termasuklah sebuah filem hebat yang dibintangi oleh pelakon ternama berjudul GHOSTBUSTERS.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem GHOSTBUSTERS yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 13 Julai 2016.

Kepada yang nak tonton filem lakonan Melissa McCarthy, Kristen Wiig, Kate McKinnon, Leslie Jones, dan Chris Hemsworth ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 14 Julai 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi komedi yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

GHOSTBUSTERS

Sinopsis GHOSTBUSTERS

Ghostbusters makes its long-awaited return, rebooted with a cast of hilarious new characters. Thirty years after the beloved original franchise took the world by storm, director Paul Feig brings his fresh take to the supernatural comedy, joined by some of the funniest actors working today – Melissa McCarthy, Kristen Wiig, Kate McKinnon, Leslie Jones, and Chris Hemsworth. This summer, they're here to save the world! The film is produced by Ivan Reitman and Amy Pascal, and written by Katie Dippold & Paul Feig, based on the 1984 film "Ghostbusters," an Ivan Reitman film, written by Dan Aykroyd and Harold Ramis.

GHOSTBUSTERS

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

13 Julai 2016 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GHOSTBUSTERS – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #GhostbustersMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter. 3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pelakon utama filem GHOSTBUSTERS. Namakan dua orang sahaja.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem GHOSTBUSTERS kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem GHOSTBUSTERS

Tarikh tutup peraduan:

12 Julai 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 14 Julai 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

GHOSTBUSTERS

GHOSTBUSTERS

GHOSTBUSTERS

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Penyelidik UM Berjaya Tanam Saffron di Malaysia, Rempah Bernilai RM32,000/kg

KUALA LUMPUR, 9 Julai ― Sekumpulan penyelidik Falkulti Sains Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah apabila berjaya menanam dan menghasilkan buga saffron atau za'ffran yang juga merupakan rempah termahal di dunia di Malaysia.

Bunga saffron - yang juga digelar raja segala rempah - hanya boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah. Bunga itu digunakan sejak ribuan tahun dahulu terutama di Asia Barai sebagai rempah dalam masakan.

Lebih mengujakan, harga bunga itu boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 sekilogram.

Menerusi usaha yang diketuai oleh Professor Dr. Rosna Mat Taha bersama Nordiyanah Anuar, Noraini Mahmad, Asif Khan, Dr Sadegh Mohajer, Nor Amirah Md. Nor, pokok saffron itu berjaya ditanam secara in vivo dalam bilik kultur dan ia berbunga buat pertama kainya dari November hingga Januari lepas.

Tanaman unik yang dianggap "emas merah" dunia ini digunakan sejak turun temurun dalam masakan dan kini semakin meluas digunakan sebagai bahan pewarna, minyak wangi dan dalam bidang perubatan serta sebagai campuran dengan madu untuk makanan kesihatan.

Mengandungi safranin, ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara khasiat saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia bagi membantu menguatkan daya ingatan.

Banyak tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam mengenai khasiat dan kebaikan saffron yang turut diperakui oleh ahli perubatan barat moden. Saffron merupakan tumbuhan yang sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Ia membiak melalui umbisi pada tanah dan akan mengeluarkan bunga pada awal musim luruh pada suhu antara 11 dan 18 darjah Celcius.

Di dalam penjagaannya, suhu, jenis tanah dan juga rawatan awal pada umbisi memainkan peranan yang penting bagi setiap pertumbuhan bunga tersebut.

Sumber : TMOSumber : 

Read more ...

Noh kecam Nga muat naik gambar tak hormati Islam

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mengecam tindakan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming memuat naik gambar ucapan Aidilfitri di akaun Facebook miliknya yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat Selasa lepas.

Noh berkata tindakan biadap itu bukan sahaja tidak menghormati kesucian agama Islam malah menunjukkan pemimpin DAP itu tidak mempunyai semangat patriotik.

"Meletakkan bendera Amerika yang kita sedia maklum tidak senang dengan kebangkitan sesetengah negara Islam menunjukkan Nga Kor Ming tiada semangat patriotik.

"Mampaknya beliau lebih mengagungkan negara lain daripada negara sendiri," katanya.

Anggota Parlimen Tanjung Karang itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan rumah terbuka bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baharu Datuk Hamdi Abu Bakar di sini, hari ini.

Gambar ucapan itu dimuat naik pada pukul 11.30 malam raya dengan tulisan: In God We Trust, v ideo Aidilfitri: We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya! Turut disertakan sekali link video.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng menyifatkan tindakan Nga itu sebagai tidak sensitif dan tidak peka dengan budaya serta amalan rakyat Malaysia.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *