Recent Post

Saturday, July 02, 2016

Enam projek bawah JPS siap dilaksana - Utusan Malaysia

KUCHING 1 Julai - Sebanyak enam daripada 208 projek bernilai lebih RM12 juta yang diluluskan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di seluruh negara siap dilaksanakan setakat ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada masa sama, terdapat 106 projek kini dalam proses pelaksanaan terma­suk 42 projek yang dijanjikan kepada rakyat Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) sebelum ini.

Beliau berkata, sepanjang program tinjauan mesra diadakannya pada PRN-11 lalu, sebanyak 126 projek di bawah JPS dengan peruntukan sebanyak RM119,586,000 diluluskan oleh kerajaan khas untuk Sarawak.

"Berdasarkan maklumat terkini, sebanyak 42 daripada 126 projek yang diluluskan itu telah dilaksanakan, manakala 22 projek dalam proses sebut harga dan 62 lagi berada di peringkat perancangan serta reka bentuk.

"Bagi negeri-negeri lain, sebanyak RM62,430,000 diperuntukkan oleh kerajaan untuk melaksanakan 79 projek di bawah jabatan sama di Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Bersama Sekolah Tunku Putra di Sekolah Tunku Putra di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, daripada 79 projek diluluskan untuk tiga negeri berkenaan, enam projek sudah siap dilaksanakan, 64 projek di pe­ringkat pelaksanaan, manakala sembilan lagi merupakan projek baharu yang dipohon untuk dilaksanakan di bawah Pelan Pu­singan Kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurutnya, projek baharu itu merangkumi skop kerja kecemasan luar jangka sebelum dan selepas banjir, pemuliharaan sungai, pantai serta pencegahan banjir.

Tambahnya, mengikut perancangan JPS, status kemajuan pelaksanaan projek di Sarawak sehingga akhir Julai ini ialah 72 projek dijangka akan siap, manakala 17 projek bakal berada di peringkat sebut harga dan selebihnya iaitu 37 projek di peringkat perancangan serta reka bentuk.

"Sehingga akhir 2016, sebanyak 119 projek di Sarawak akan siap dilaksanakan, manakala tujuh projek pula dilaksanakan pada 2017.

"Projek ini merangkumi kerja-kerja kecemasan luar jangka sebelum dan selepas banjir, pemuliharaan sungai, pantai, muara sungai dan pencegahan banjir di kawasan Santubong dekat sini, Betong, Bintulu, Sibuti, Miri, Batang Sadong, Sri Aman, Serian, Kota Samarahan, Mukah dan Batang Lupar," jelasnya.

Read more ...

Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia

Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 74, meninggal dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang dekat sini pada Jumaat akibat kanser prostat.

Anaknya Muhammad Daniel Aziz, 24, berkata, arwah meninggal dunia kira-kira pukul 11.10 malam Jumaat di samping keluarga.

"Ayah berada dalam keadaan nazak semasa dirawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya dan kira-kira pukul 10 malam, kami memutuskan untuk membawa dia pulang ke rumah.

"Kira-kira sejam berada di rumah, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir," ujar Muhammad Daniel ketika dihubungi mStar Online.

Kata Daniel, Allahyarham akan dimandikan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira pukul 8 pagi Sabtu dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan sebelum solat Zohor pada Sabtu.

Allahyarham menghidap kanser prostat sejak beberapa tahun lalu dan sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ditanya apakah pesanan terakhir arwah, Muhammad Daniel berkata, ayahnya banyak bercakap mengenai keluarga mereka.

Aziz Singah yang popular pada era 1980-an pernah membintangi banyak drama namun lakonannya dalam PJ Holding antara karya yang diingati sehingga ke hari ini.

Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuklah Maria Mariana terbitan Skop Productions.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Khatijah Abu Hassan dan dikurniakan tiga orang anak namun hubungan itu tidak bertahan lama.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed dan hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan anak jumlah yang sama.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 770 Bacaan
Read more ...

Isteri Maut Ditusuk Besi Penghadang Jalan

DUNGUN, 1 Julai: Seorang wanita maut manakal suami dan anaknya cedera ringan selepas kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan di KM 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, disini hari ini.

Nur Mahidah Mohd, 22, yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, lapor BH Online.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang itu, kereta Proton Waja yang dipandu suami mangsa, Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, dipercayai terbabas ke kiri jalan selepas menuruni kawasan berbukit di situ.

Kereta yang dinaiki mangsa itu kemudian melanggar besi penghadang jalan sehingga menembusi kereta itu dan menikam isterinya.

Jenazah mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun. Suami dan anak mangsa pula dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka selepas membeli barang keperluan ha rian di bandar Dungun. - Siakapkeli.my

Read more ...

Kumpulan bersenjata serang restoran di Dhaka, IS dakwa bertanggung jawab

Pasukan keselamatan Bangladesh bersiap sedia untuk membebaskan kira-kira 20 tebusan, termasuk beberapa warga asing, dari sebuah restoran di kawasan mewah di ibunegara Dhaka awal hari ini, selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu bangunan itu, membunuh sekurang-kurangnya dua anggota polis.

Gowher Rizvi, penasihat kepada Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, memberitahu Reuters bahawa pasukan keselamatan cuba untuk berunding bagi menamatkan krisis, dan jika gagal, mereka akan melancarkan serangan untuk menamatkan kepungan itu, mungkin sebaik sahaja fajar menyinsing.

Polis berkata lapan hingga sembilan lelaki bersenjata menyerang restoran Holey Artisan di daerah Gulshan di Dhaka yang popular di kalangan warga asing.

Penyerang, yang dipercayai bersenjatakan rifel dan bom tangan, melepaskan tembakan sekali-sekala dengan polis di luar selama beberapa jam selepas serangan itu, yang bermula sekitar jam 9 malam waktu tempatan semalam.

Negara Islam (IS) telah mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu dan berkata 24 orang maut. Polis Bangladesh menafikan dakwaan itu, dan berkata dua pegawai polis terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 orang cedera.

Warga Itali dan India adalah antara yang menjadi tebusan, kata seorang pegawai bertugas di bilik gerakan Tindakan Batalion LRapid (RAB).

Duta Itali ke Bangladesh, Mario Palma, memberitahu stesen televisyen kerajaan Itali bahawa tujuh orang warga negara itu antara yang dijadikan tebusan.

"Ia adalah serangan berani diri. Mereka mahu melancarkan operasi berdarah dan tidak ada ruang untuk rundingan," kata Palma.

[Baca berita penuh] 

Read more ...

2 rentung kereta rempuh tiang lampu, terbakar

MELAKA: Dua rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar tiang lampu sebelum terbakar di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Polis Malim, di sini, malam ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *