Recent Post

Wednesday, June 22, 2016

Zainol Macwilson Akui Terpaksa Tipu Perkahwinan Atas Permintaan Keluarga Pihak Perempuan

Selepas bekas suami isteri barunya yang dikenali sebagai Rizal mengesahkan Zainol Macwilson sudah berkahwin di Kangar, Perlis pada hari Ahad lepas,  bapa Zahirah Macwilson itu akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Zainol akui beliau terpaksa menipu tentang perkahwinannya itu atas permintaan keluarga pihak perempuan yang enggan pernikahan mereka diketahui umum.

Saya tidak niat untuk menipu tentang perkahwinan yang berlangsung pada Ahad lalu, namun itu adalah permintaan pihak perempuan yang tidak mahu diketahui umum.

Kalau ikutkan saya lebih suka perkara yang baik itu tersebar, tapi dia minta saya rahsiakan sampai satu masa yang dia sudah bersedia. Namun malangnya gambar kami sudah tersebar lebih pantas.

Bercerita lanjut mengenai isteri barunya itu, Zainol memberitahu isterinya merupakan seorang janda beranak dua dan bekerja sebagai seorang guru. Majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Pada masa yang sama, Zainol menafikan wanita berkenaan sebagai punca rumah tangga beliau dengan bekas isteri musnah. Mereka bercerai kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.

Dia bukan punca perpisahan saya dengan ibu Zahirah, hubungan saya dengan bekas isteri memang sudah lama bermasalah dan tidak sefahaman dalam banyak perkara termasuk membenarkan Zahirah menjadi artis. Dalam masa yang sama dia (isteri ketika ini) juga mempunyai masalah dengan suaminya dan telah terinaiya selama 13 tahun mereka berkahwin.

Zainol juga memohon maaf jika penafian beliau sebelum ini tentang perkahwinannya telah mencetuskan spekulasi dan mengelirukan ramai pihak.

Saya harap orang doakan yang baik-baik buat kehidupan baru saya ini, janganlah kecam atau hukum saya tanpa mengetahui berita yang sebenar.

Lebih mudah untuk berterus-terang daripada awal agar tiada sebarang kontroversi tercetus. Lagipun kedua-dua sudah bercerai dan tidak wujud isu rampas merampas.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kerajaan benar PATI balik secara sah elak tragedi ... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 22 Jun 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Tidak seperti kebiasaan... kerajaan Malaysia julung-julung kalinya memberi kelonggaran kepada pendatang tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal masing-masing bagi menyambut Aidilfitri, berkuatkuasa serta-merta.

Ini bagi membolehkan PATI terutamanya dari Indoensia pulang dengan laluan yang selamat bagi mengelak tragedi bot karam kerana lebih muatan seperti yang sering dilaporakan media.

Kali teraklhir adalah pada September 2015 dimana 14 mayat PATI ditemui kerapung oleh nelayan kerana bot karam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelonggaran itu diberikan dengan syarat mereka mendapatkan dokumen sah atau dokumen perjalanan sementara daripada pejabat kedutaan masing-masing.

"Langkah ini dilakukan atas dasar peri kemanusiaan bagi mengelakkan mereka menggunakan tekong atau ejen balik di laluan tidak sah, yang berisiko dikenakan tindakan atau menggunakan bot yang tidak ikut spesifikasi sehingga membahayakan nyawa," katanya pada sidang media di Bagan Datok Selasa malam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan Kementerian Dalam Negeri dengan kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi negara PATI terbabit di negara ini khususnya Indonesia dan Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua PATI supaya tidak menggunakan tekong atau ejen tidak sah kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.

"Tekong atau ejen tidak sah akan menghadapi tindakan penguatkuasaan atau mungkin bot atau kapal penumpang yang disewa tidak memenuhi spesifikasi seterusnya membahayakan nyawa penumpang.

"Kepada tekong, jangan ambil peluang PATI nak pulang ke kampung. Ingat, nyawa itu penting walaupun mereka bukan warganegara tapi kita atas dasar kemanusiaan berikan kemudahan kepada mereka," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata persetujuan untuk memberi dokumen perjalanan sementara itu dibuat dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh serta kedutaan beberapa negara Islam lain yang berada di Malaysia.

"Saya dapat tahu pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Indonesia akan menyediakan kapal terbang khas untuk membawa pulang PATI di Malaysia ke negara itu," katanya.

Ditanya mengenai jumlah PATI Indonesia yang mungkin balik ke kampung halaman mereka tahun ini, Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat namun berdasarkan rekod tahun lalu terdapat 250,000 PATI dari negara jiran itu berbuat demikian.

Ahmad Zahid memberi jaminan tiada tindakan akan diambil ke atas PATI yang pulang ke negara asal untuk menyambut Syawal sekiranya mereka mempunyai dokumen serta menggunakan jalan dan pengangkutan yang sah.

"Tapi masuk kembali (ke Malaysia) perlu dengan cara yang sah, ada pasport dan kalau bekerja di Malaysia, perlu mempunyai permit kerja," katanya.-22/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran di 11street Menguntungkan!

Melihat pada keadaan zaman sekarang, Budiey rasa, dah tiba masanya Budiey nak membeli belah secara bijak. Maklumlah ekonomi dah gawat ni. Semua barang dah naik melambung. Berbanding tahun lepas, Budiey biasanya akan shopping raya di bazaar dan festival.

Tapi tahun ini, memandangkan masa yang sangat terhad sebab sibuk sangat dan banyak kerja lain nak kena selesaikan sebelum cuti raya. Terpaksalah tahun ini Budiey shopping baju raya dan segala kelengkapan untuk raya secara online sahaja. Jimat masa dan tenaga, betul tak?

Portal yang Budiey selalu layari ialah 11street, layari: www.11street.my. Memang dari dulu lagi dah obses dan jadi peminat fanatik dengan portal membeli belah e-mall 11street ni.

Semua barang kelengkapan hari raya ada dijual. Tak payah nak susah-susah keluar rumah pergi kedai, start kereta, membazir masa dan kekadang tu kita pun boleh tersesat semata-mata nak cari barang yang kita nak.

11street menawarkan macam-macam kategori produk yang berkualiti dengan harga yang kompetitif. Dari fesyen, barangan elektronik, barangan rumah, barangan sukan, kesihatan, kanak-kanak & bayi, barangan runcit dan perkhidmatan dan buku. Pendek kata, memang perfect la sebab semua barang ada kat 11street ni. Bukan hanya produk dalam Malaysia je ada kat dalam 11street malah, produk luar negara pun ada.

street

Bersempena dengan kedatangan Syawal tahun ini, 11street melancarkan kempen 'Manis Ramadhan, Meriah Lebaran' untuk memeriahkan lagi dan menjadikan pembelian kita tu lebih bermakna dan menyeronokkan. Tang mana seronoknya? Haa, baca sampai habis okay, Budiey akan cerita.

Dengan adanya Kempen 'Manis Ramadhan, Meriah Lebaran' ini, 11street merancang pelbagai tawaran seperti Ramadhan Lowest Price Shocking Deals, Do Good Deals, Beli Sambil Memberi, 11street Raya Sales [Unlimited Coupons Giveaway] dan Lebaran Luster Raya Collection dan banyak lagilah.

  • Ramadhan Lowest Price Shocking Deals!
  • Bulan puasa sebenarnya bulan untuk kita berjimat, bukan bulan untuk kita membazir. Jadi, tawaran harga rendah sempena bulan Ramadan di 11street memang ohsem sangat dan sesuai dengan gaya hidup kita sekarang yang perlu berjimat cermat dan bijak mencari mana yang lebih murah dan terbaik untuk kita beli.

    Bukan satu, bukan dua, tapi banyak jugaklah kategori barang yang ditawarkan dengan harga paling murah. Pendek kata, harga jatuh sampai ke lantai dengan 110% kredit (ke-atas perbezaan harga) dikembalikan kalau korang dapat tahu ada laman online shopping lain yang tawarkan pada harga lebih rendah. Memang menjimatkan. Kalau tak caya lagi, korang boleh cuba layari Ramadhan Shocking Deals di 11street.

    Tapi dalam banyak-banyak tawaran tu, ada dua barang atau items yang menarik minat Budiey untuk membelinya. Pertama, Budiey beli baucer buffet berbuka puasa ASEAN ASAL PEDAS SWISS GARDEN HOTEL dengan harga RM59.90 di mana harga asalnya RM118.00. Boleh jimat sebanyak 49%. Fuh! Untung! Barang kedua yang Budiey beli ialah Tefal Essential di mana harga asal RM450.00 tapi Budiey boleh dapat dengan harga RM279 sahaja di 11street.

    Korang jangan lagi nak paranoid tak tentu pasal atau risau dengan harga yang mahal dah sekarang ni. Sebenarnya, kalau korang beli di 11street lagi murah. Nak-nak kalau korang beli voucher buffet berbuka puasa di hotel tu kan. Bayangkan harga seorang untuk berbuka RM169 akan jadi 99.90 sahaja. Untungkan? Bukan hanya voucher berbuka je, malah banyak lagi barangan yang ditawarkan dengan harga menjimatkan seperti gajet dan perhiasan rumah serta kelengkapan hari raya yang lain.

    11STREET RAYA

  • Do Good Deals. Beli Sambil Memberi
  • Sepanjang Ramadhan ini, anda boleh beli pada harga lebih tinggi untuk memberi sedekah kepada kanak-kanak yang memerlukan. Setiap wang ekstra daripada pembelian anda itu akan digandakan oleh 11street sebelum disumbangkan!

    11street bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk menyediakan hidangan paling penting kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi satu kempen kebajikan atas talian.

    Sikit sebanyak Kempen Do Good Deals 11street membawakan senyuman kepada pelanggan atas setiap ringgit tambahan yang dikeluarkan. 11street akan mendermakan wang tersebut untuk membantu kanak-kanak di Malaysia, ketika pelanggan membeli-belah keperluan Raya mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016.

    11STREET RAYA

    Budiey dah pun jenguk di laman 'Do Good Deals' kat 11street, di mana kita boleh memilih untuk membayar harga sumbangan ke atas beberapa produk terpilih di mana harganya sedikit tinggi berbanding harga runcit yang dicadangkan.Ini bermakna, apa jua wang tambahan yang disumbangkan oleh pembeli akan disalurkan dengan sebaiknya oleh 11street. Semua hasil sumbangan kemudian akan didermakan untuk membantu menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekolah luar bandar di Malaysia.

    Pilihan produk dari pelbagai kategori – daripada Fesyen, gajet, barang hiasan rumah dan juga barangan runcit! Sebagai contoh, Budiey membeli electric stainless steel lunchbox dengan harga RM64 di mana harga asalnya RM7 lebih murah.

    Jadi wang RM7 itu sebenarnya akan diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Lebih bagus lagi, 11street akan gandakan pula jumlah yang kita sumbangkan sebagai pembeli. Jadi, menggunakan contoh yang sama, 11street akan sumbangkan juga RM7 untuk menghasilkan jumlah keseluruhan sebanyak RM14 untuk disumbangkan.

    PC_RayaSale_01062016

  • 11street Raya Sales (Pemberian Kupon Tanpa Had)
  • Untuk persiapan Raya ini, jangan ketinggalan untuk dapatkan kupon Raya di 11street sebanyak 50% diskaun. Kupon Untuk Semua sebab unlimited!

    Budiey dah pun download atau muat turun kupon ini. Haa, ini dia, dapat 11% potongan harga untuk mana-mana barang yang Budiey beli di 11street. Jadi, korang apa tunggu lagi, cepat pilih barang di 11street dan terus download kupon ini. Korang kena cepat download sebab tawaran kupon diskaun ini akan tamat pada 30 Jun ini.

    11STREET RAYA

  • Lebaran Luster Raya Collection
  • Lebaran Luster Raya ni apa pula ya? Okay, senang. 11street menawarkan kepada anda koleksi fesyen terkini dari pereka fesyen dan jenama fesyen terkenal seperti rekaan daripada Adam Liew Melbourne, Ruzz Gahara, Gupta PLUS by SyomirIzwa dan VARIANTE. Koleksi Lebaran Luster 11street ini menawarkan seleksi pilihan fesyen Raya untuk wanita, dalam pelbagai saiz.

    'LEBARAN LUSTER' memenuhi pelbagai gaya dan saiz yang boleh dimiliki dari batik moden, gaya chic Perancis hinggalah keanggunan klasik, menghasilkan kepelbagaian kepada pelanggan

    Jadi inilah masanya untuk meriahkan gaya Raya anda dengan Lebaran Luster ni.

    fesyen

    fesyen u

    Selain ianya produk atau jenama yang eksklusif 11street menawarkan promosi harga istimewa di mana pelanggan dapat menikmati 50% potongan untuk jenama VARIANTE dan Gupta PLUS by SyomirIzwa. Bukan itu sahaja, anda juga diberikan penghantaran percuma. Tak perlu bayar lagi dah untuk khidmat kurier penghantaran tu.

    Dengan hanya beberapa klik, miliki rekaan fesyen ekslusif dan serlahkan gaya Raya anda dengan lookbook 'LEBARAN LUSTER'. Pelanggan boleh menyemak-imbas lookbook tersebut dan mencontohi gaya idaman dari profesional ataupun menonton video pertunjukan fesyen 'Out-of-the-box' di laman promosi 11street. Pelanggan 11street boleh memilih pelbagai pakaian dari harga RM169 sehingga RM1,250.

    11STREET RAYA

    Hari raya tinggal dua minggu je lagi. Jadi, Budiey rasa ada masa lagi untuk Budiey shopping di 11street ni sebab khabarnya ada banyak lagi tawaran barangan yang akan berubah setiap minggu. Jadi, nak tak nak kenalah layari laman web 11street ni setiap hari. Sebab tak nak terlepas tawaran dan potongan harga yang cukup menjimatkan. Korang jangan lupa untuk mendaftar jadi ahli dan sentiasa akan menerima notifikasi di emel korang tu.

    Bagi mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya anda, sila layari laman web 11street.my atau muat turun applikasi 11street dari Google Play store ataupun Apple App store.

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    Read more ...

    Pelakon Linda Helmi Meninggal Dunia

    KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pelakon pada era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, Perak kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.

    Al-Marhumah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya itu.

    Pelakon itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-Mimpi.

    Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintangi olehnya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

    Al-Marhumah pergi meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.

    Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok, lapor BH Online.

    Read more ...

    MAHB: Guna nama lain selain klia2 satu kesalahan

    Penggunaan nama lain menggantikan jenama rasmi, klia2 adalah satu kesalahan kerana menyalahi undang-undang penerbangan, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali.

    Beliau berkata kempen yang dijalankan oleh syarikat tambang rendah AirAsia untuk menjenamakan klia2 sebagai LCCT2 menyalahi peraturan di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan AwamAntarabangsa (ICAO).

    "Kita tidak boleh sesuka hati menamakan terminal, ia telah didaftarkan dan kerajaan yang menamakannya sebagai klia2, bukan MAHB," katanya kepada media selepas menemani 108 anak-anak asnaf di sekitar Sepang membeli-belah keperluanraya di pusat beli-belah Alamanda, di Putrajaya semalam.

    "Bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang mereka untuk menyebutnya sebagai LCCT2, itu adalah kebebasan bersuara, tetapi tidak boleh meletakkannya di tiket dan papan kaunter mereka," katanya.

    Mengenai rungutan kerosakan yang terdapat pad a landasan dan kebocoran di klia2, Badlisham mengakui masih menghadapi masalah itu sehingga ke hari ini.

    "Tetapi jika dibandingkan pada masa-masa lalu, kerosakan itu semakin berkurangan dan kami masih melakukan kerja pemulihan secara berterusan," katanya.

    Mengenai pelan pembangunan klia2, katanya pembinaannya dibuat hasil daripada perbincangan bersama pihak berkepentingan termasuk AirAsia sama seperti pembinaan Terminal Penerbangan Tambah Rendah (LCCT) dahulu.

    "Lapangan Changi, Singapura dan Don Muaeng, Bangkok juga mempunyai terminal tambang murah, tetapi mereka tidak panggil terminal tambang murah. Mereka gelar terminal 1, 2 dan 3," katanya.

    - Bernama 

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *