Recent Post

Monday, June 20, 2016

Empat Wanita Tampil Dakwa Dirogol Pelakon Popular Korea, Park Yoo-chun

Dakwaan serangan seksual terhadap pelakon popular Korea Park Yoo-chun- 30, semakin bertambah apabila dua orang lagi wanita tampil dengan dakwaan telah dirogol pelakon itu. Yoo-chun kini dikatakan telah merogol empat orang 'mangsa'.Media Korea melaporkan, menurut polis pada 18 Jun, pengadu ketiga dan keempat telah tampil untuk memfailkan pertuduhan berasingan terhadap Yoo-chun. Seorang wanita mendakwa Yoo-chun merogolnya dalam bilik air di sebuah pusat karaoke pada Februari 2015, manakala seorang lagi mendakwa dirogol Yoochun di bilik air rumah pelakon itu pada Jun 2014.

Kes-kes ini muncul hanya beberapa hari selepas seorang wanita berusia 20-an memfailkan laporan polis ke atas penghibur itu pada 10 Jun, mendakwa diserang secara seksual oleh Yoo-chun awal bulan ini dalam bilik air sebuah bar yang merupakan tempat kerja wanita itu.

Walaupun selepas itu wanita itu menarik balik pertuduhan, mengatakan 'tiada paksaan dalam melakukan seks dengan Yoo-chun', polis memberitahu akan meneruskan siasatan, memaklumkan bahawa yang dituduh masih boleh berhadapan pertuduhan jenayah. Polis turut memaklumkan pengadu boleh dihukum sekiranya membuat dakwaan palsu.

Walau bagaimanapun, pemfailan pertama membawa kepada kesan domino, di mana wanita kedua mendakwa dia akhirnya menemui semangat untuk membuat laporan polis setelah mengetahui tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap Yoo-chun. Wanita kedua memberitahu Yoochun menyerangnya secara seksual di sebuah bar tempat dia bekerja di Gangnam–serupa dengan dakwaan wanita pertama.Sementara itu, lukisan berupa kartun sebuah tandas, seorang lelaki, serta beberapa watak dan objek yang tidak dapat dikenal pasti, dipercayai dilukis sendiri oleh Yoo-chun beberapa tahun lepas, telah menjadi viral di media sosial. Begitu juga dengan imej komen yang dibuat oleh seorang peminat luar Korea yang menulis, "kenapa Yoo-chun suka sangat lukis gambar tandas, LOL, apa motifnya?"

Yoo-chun merupakan seorang pelakon sangat popular di negara Asia, antaranya Jepun dan China.

Pegawai dari agensi bakat beliau, C-JeS Entertainment, terus menafikan tuduhan terhadap Yoo-chun, mempertahankan yang pelakon itu tidak bersalah. Mereka berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah Yoo-chun secara lisan mahupun bertulis. Mereka berkata Yoo-chun memberitahu akan meninggalkan dunia hiburan sekiranya ada antara tuduhan ke atasnya didapati benar.

Yoo-chun buat masa ini sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Gangnam-gu di Seoul kerana menjalani khidmat ketenteraan.-beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

IGP: Tak perlu inkuri siasat mana wang tebusan RM12 juta - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Tidak ada keperluan bagi menubuhkan sebuah inkuiri bagi menyiasat ke mana wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan empat individu yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayaaf di perairan Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.

Ini kerana menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari apa yang terjadi dengan wang berkenaan.

"Pasal apa pula kita nak buat inkuiri, saya dah jelaskan apa jadi dengan duit itu.

"Tak ada sebab untuk kita buat apa-apa inkuiri kerana kita (polis) tidak terlibat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis sumbangan bungkusan kuih raya PDRM.

Khalid juga disoal sama ada pihak berkuasa lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat mengenai wang tebusan itu.

"Saya tak tahu, tapi polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu.

"Saya sudah jelaskan sebelum ini, jadi saya tak perlu ulang balik apa yang saya cakap," katanya.

Khalid pada sidang medianya, Jumaat lalu berkata wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan empat individu yang diculik itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga.

Menurutnya, polis tidak tahu langsung mengenai wang terbabit kerana keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

Khalid pada sidang media hari ini mengulangi kenyataannya menafikan polis menerima dan membayar wang tebusan berkenaan seperti didakwa oleh ahli keluarga empat mangsa.

16 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang kutipan RM12 juta itu telah disalurkan kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Sebelum ini keluarga empat kelasi Sarawak yang diculik pada 1 April lalu mendakwa mereka telah menyerahkan semua wang yang dikumpul bagi pembebasan mangsa culik itu kepada polis Cawangan Khas di Sandakan, Sabah pada 24 Mei lalu.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.

Pada sidang media hari ini, Khalid juga mengesahkan bahawa dakwaan berlakunya penculikan terbaru yang membabitkan empat lagi warga Malaysia di perairan Sabah adalah hanya khabar angin.

"Tak ada, itu semua berita angin saja, kita pun tak dengar bahawa adanya rakyat kita yang diculik di perairan sana.

"Pihak Filipina juga tidak dapat memberi kita apa-apa pengesahan, jadi sehingga hari ini mereka tidak dapat memberi apa-apa pengesahan.

"Jadi saya anggap itu sebagai berita angin dan tidak ada kejadian itu berlaku," katanya

Read more ...

HBO Lancar Trailer Siri Terbaru WESTWORLD

HBO today released a trailer for WESTWORLD (#Westworld), in global anticipation for the premiere of the network's new drama series, slated to debut this October in Asia the same time as the US, exclusively on HBO (Astro Ch 411 / 431) late this year (fall of 2016). The series will also be available on Astro On The Go (in territories where applicable).

This ten-episode hour-long HBO Original drama series is a dark odyssey about the dawn of artificial consciousness and the evolution of sin. Set at the intersection of the near future and the reimagined past, it explores a world in which every human appetite, no matter how noble or depraved, can be indulged.

The new series premieres in Asia this October same time as the US exclusively on HBO

WESTWORLD's all-star cast includes Anthony Hopkins, Ed Harris, Evan Rachel Wood, James Marsden, Thandie Newton, Jeffrey Wright, Tessa Thompson, Sidse Babett Knudsen, Jimmi Simpson, Rodrigo Santoro, Shannon Woodward, Ingrid Bolsø Berdal, Ben Barnes, Simon Quarterman, Angela Sarafyan, Luke Hemsworth and Clifton Collins, Jr.

Inspired by the motion picture "Westworld," written and directed by Michael Crichton. Production companies, Bad Robot Productions, Jerry Weintraub Productions and Kilter Films in association with Warner Bros. Television. Executive producer/writer/director, Jonathan Nolan; executive producer/writer, Lisa Joy; executive producers, J.J. Abrams, Jerry Weintraub, Bryan Burk.

Watch the trailer: https://youtu.be/W6B47syjtP4

Related

Komen via Facebook

Komen

— 78 Bacaan
Read more ...

Penyamun Tergamak Tumbuk Muka, Potong Kaki Nenek 89 Tahun

Pasir Mas, 19 Jun: Seorang penyamun tergamak memotong kaki kiri seorang warga emas sehingga putus selepas cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang, Lemal dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku ketika jam 6 petang tadi, mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan yang berusia 55 tahun.

Harian Metro melaporkan, penyamun yang berusia 19 tahun itu difahamkan merupakan jiran sekampung mangsa.

Ketika kejadian, suspek menceroboh rumah Mek Som dan meminta wang. Bagaimanapun suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai sejenis pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa telah dihant ar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah. - Siakapkeli.my

Read more ...

PAS, AMANAH ibarat rebut pingat perak, kata menteri

Penyertaan PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan empat penjuru di Kuala Kangsar semalam membawa bencana besar kepada pembangkang apabila gagal membuktikan keupayaan masing-masing.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa kegagalan pembangkang itu juga menunjukkan ketidakupayaan kedua-dua parti untuk mentadbir negeri dan negara.

"Kita dapat lihat kehilangan keyakinan rakyat terhadap pembangkang yang mana kita lihat perpecahan pembangkang dengan pertandingan tiga penjuru yang meletakkan dua parti yang mewakili pembangkang dan ini adalah merupakan satu bencana besar buat pembangkang," katanya.

Kalau parti itu dalam keadaan porak peranda dan tidak berupaya menguruskan perbezaan sesama mereka sudah tentu kemampuan mereka untuk menguruskan sebuah negeri dan sesebuah negara diragui katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sempurnakan Ramadan dan Raikan Aidilfitri Parlimen Kemaman di Pasaraya Giant di Kemaman, semalam.

Shabery berkata kredibiliti AMANAH dilihat masih lagi diragui pengundi dan tidak mempunyai sasaran penyokong yang tetap kerana bergantung kepada jentera dan pengundi DAP.

"AMANAH dilihat diragui sokongannya dan kebergantungannya hanya pada undi dan jentera DAP, ini jelas dilihat walaupun mendapat undi yang banyak...sekarang ini kita lihat PAS dan AMANAH ibarat tidak merebut pingat emas tetapi mereka merebut pingat perak dan gangsa.

"Sekiranya kalau salah satu parti yang bertanding adalah DAP, nyata semua orang dapat menggambarkan bahawa AMANAH bukan sahaja tidak mendapat mendapat pingat gangsa tetapi akan mendapat tempat lebih tercorot lagi...ertinya PAS ada kekuatannya, AMANAH adalah parti yang dilihat sangat terlalu bergantung kepada DAP dan AMANAH masih tiada identiti," dakwanya.

"Umno misalnya sasarannya adalah kepada pengundi Melayu, MCA pula bergantung pada pengundi Cina, PAS juga pengundi Melayu tetapi AMANAH kita tak tahu apa identitinya sebab mereka tak boleh cakap saya kuat berdasarkan pengundi Cina kerana pengundi Cina itu adalah daripada DAP," kata beliau.

Ahmad Shabery berkata kemenangan besar yang diperoleh BN di Kawasan Parlimen Sungai Besar dengan majoriti undi 9,191 dan 6,969 di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN.

"Kemenangan tersebut membuktikan keyakinan kembali rakyat terhadap BN yang mana dahulunya pada PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dikatakan keyakinan rakyat terhadap BN merosot...tetapi hari ini kita lihat rakyat kembali kepada BN sebagai parti yang kekal memerintah.

Kemenangan BN ini juga menunjukkan 'defisit keyakinan' rakyat terhadap pembangkang yang mana keyakinan rakyat terhadap pembangkang semakin merosot seperti di Selangor," katanya.

-Bernama

Read more ...

Warga emas mati ketika solat Tarawih

TUMPAT: Seorang jemaah lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Tarawih di Masjid Mukim Kutan, di sini, malam tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *