Recent Post

Tuesday, June 14, 2016

(7 FOTO) Awal Ashaari Sekeluarga Tunai Umrah Di Tanah Suci Mekah

Beberapa hari lepas, Awal Ashaari sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Malah, Awal juga membawa anaknya Lara Alana.

Sudah berada di tanah suci dan sedang menjalankan ibadah disana, Awal dan Scha sempat untuk berkongsi beberapa foto sekitar menunaikan umrah.

Gambar yang paling mendapat perhatian ramai adalah kecomelan Lara memakai tudung dan telekung ketika berada di sana.

Kami doakan ibadah mereka berjalan dengan lancar disana dan mendapat seribu satu keberkatan bulan Ramadhan.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar Awal Ashaari sekeluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Polis dan masyarakat setempat mampu kurangkan kadar jenayah - Kosmo!

Polis dan masyarakat setempat mampu kurangkan kadar jenayah

14/06/2016 9:36am

SANDAKAN - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kerjasama erat dan berterusan antara polis dan masyarakat setempat mampu mencegah dan mengurangkan kadar jenayah semasa.

Titah baginda, masyarakat setempat harus sentiasa bersedia menyahut seruan polis dalam program dan aktiviti pencegahan jenayah demi kepentingan bersama.

"Masyarakat yang prihatin dan aktif seharusnya sentiasa mencari ruang dengan menganjurkan aktiviti serta menanam kesedaran pentingnya membasmi jenayah dan masalah sosial di sekitar mereka.

"Malah, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu sentiasa erat dengan polis dengan pelaksanaan program dan rondaan berkala di perumahan masing-masing secara efektif," titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sini semalam.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun. - K! ONLINE

Read more ...

Gambar Pelawak Acappan Peluk Islam Jadi Viral

Menurut berita yang disiarkan di Mstar Online, pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

Accapan

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.

Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Accapan

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan. Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kes Motor C70 Merah Hilang Jadi Viral, Mangsa Terharu Apabila Biker Ini Tampil Untuk Hulur Bantuan

13 Jun - Hari ini, laman Facebook Siakap Keli Press berkongsi satu kes kehilangan motor C70 milik seorang makcik yang berlaku di Kuantan. Posting tersebut menjadi viral dengan lebih 5,000 perkongsian dan seterusnya mencetus rasa hiba netizen terhadap apa yang menimpa makcik tersebut.

Bagaimanapun, kesedihan makcik tersebut bakal terpadam dan diganti dengan kegembiraan apabila seorang biker tampil ingin memberi bantuan kepada makcik tersebut.

Biker tersebut, yang dikenali sebagai Rafi, berkata beliau akan membantu makcik tersebut mendapatkan motosikal terpakai yang baru menerusi keratan perbualan mesej yang dikongsi olehnya di laman Facebook Rafi Superbike.

Beserta posting tersebut, Rafi berkongsi keratan mesej sayu antara beliau dan makcik berkenaan. Menurut keratan mesej terbabit, difahamkan pada awalnya Rafi ingin memberikan sebuah motor C70 miliknya yang sudah tidak digunakan lagi secara percuma.

Namun disebabkan kesukaran untuk menghantar dan masalah masa, Rafi yang tinggal di Melaka berkata beliau akan ke Kuantan untuk membelikan makcik itu sebuah motosikal terpakai supaya boleh digunakan oleh makcik itu secepat mungkin. Pihak Siakapkeli telah menghubungi makcik terbabit dan dia mengesahkan keratan perbualan mesej tersebut.

Apa yang lebih mengharukan, ada dalam kalangan-kalangan geng bikers di page itu turut terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam proses menjayakan usaha oleh Rafi itu.

Zul Cebi menulis : "Terbaik bro...bg no akaun bro,aku bg duit minyak sikit....#TumpangPahala".

Diharap agar segalanya berjalan lancar dan dimudahkan buat Rafi. - Siakapkeli.my

Read more ...

Komedi 'Wan MDB' dan 'Sex in the Siti'

Sebuah komedi yang memaparkan pelawak Allan Perera melakonkan watak sebagai Encik Wan MDB dan juga watak transgender 'Sex in the Siti'akan dipentaskan mulai esok.

Pementasan komedi yang mempersendakan perkembangan ehwal semasa negara bermula dari kebangkitan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik yang dilihat dari kaca mata Wan MDB.

Dalam pementasan itu, Wan MDB digambarkan sebagai peminat besar dan pengikut Dr Mahathir dan akan mendendangkan lagu "penghormatan untuk Che Det".

"Encik Wan Bedek Wan Temberang adalah Wan MDB," kata Allan, sambil menambah, "Ia adalah satu skandal jika terlepas menyaksikan pementasan ini!"

Allan yang melakonkan watak transgender Siti akan memaparkan bagaimana dirinya menggunakan ilusi jantina untuk melepaskan diri tanpa disedari ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pementasan komedi itu juga akan menyentuh mengenai isu hudud dan larangan ke atas wakil rakyat pembangkang daripda ke Sarawak semasa pilihan raya negeri Mei lalu.

Pelakon lain yang akan menjayakan pementasan itu termasuk Elvis Tan dan Basha Abdul Malik, seorang warga Bangladesh di Malaysia yang kedua-dua mereka terbabit dengan lakonan 'Malaysia Got Scandal' musim pertama.

Tiga persembahan dijadualkan bermula jam 9 malam bermula esok, 15 Jun hingga Jumaat dan tiket dijual pada harga RM75, RM55, RM35.

Acara ini akan diadakan di PJ Live Arts @ Jaya One.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Isma Aliff mahu peminat beri ruang kepada Acappan

KUALA LUMPUR: Pelawak, Isma Aliff berharap orang ramai memberi ruang kepada Acappan berhubung isu pelakon komedi itu memeluk Islam yang menjadi viral di laman sosial, sejak pagi tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *