Recent Post

Monday, May 16, 2016

Belasah Pengkid: Pelakon Lydiawati Dihadapkan Ke Mahkamah

Sebelum ini pada bulan Mac, dua video yang menunjukkan pelakon Lydiawati 'membelasah' seorang wanita di sebuah premis telah menjadi viral. Dua video itu telah dimuat naik ke laman Facebook Lydiawati olehnya sendiri.

Lydiawati mendakwa melakukan begitu sebagai pengajaran kepada pengkid tersebut yang sering mengganggunya, dan juga untuk keselamatan keluarganya kerana pengkid itu menghantar ratusan mesej berunsur ugutan dan lucah kepadanya.Perkembangan terbaru, menurut Sinar Harian, Lydiawati akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan menyebabkan kecederaan pengkid tersebut yang merupakan warga Brunei.

Lydiawati atau nama sebenarnya, Salina Zaimon, bagaimana pun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, dekat sini, jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lydiawati, 51, yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal.

Anak guam saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan setiap bulan di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung.

Majistret, Haslinda A Raof membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Azizul Rahman dipilih Tokoh Guru Kebangsaan - Kosmo!

Azizul Rahman dipilih Tokoh Guru Kebangsaan

16/05/2016 12:43pm

KOTA KINABALU - Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok, Segamat, Azizul Rahman Abdul Rahman, 64 dipilih selaku Tokoh Guru Kebangsaan 2016 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan hari ini.

Anak jati kelahiran Parit Sulung, Batu Pahat itu mula menceburi bidang pendidikan selaku guru sementara di SMK St. Andrews, Muar pada tahun 1972 sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada tahun 1974 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1985.

Sepanjang hampir 40 tahun bergelar guru, Azizul Rahman pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah antaranya SMK Tun Sri Lanang, Muar; SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong; SMK Dato Bentara Luar dan SM Sains Kota Tinggi.

Beliau yang bersara wajib pada tahun 2010 turut aktif sebagai penulis dan telah menulis lebih 100 judul buku ilmiah.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Ahamad Sipon pula dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016.

Selaku penerima anugerah, Azizul Rahman dan Dr. Ahamad masing-masing menerima pingat dan hadiah penghargaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada majlis yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS). - K! ONLINE

Read more ...

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem THE NICE GUY

Budiey dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton sebuah filem menarik berjudul THE NICE GUY lakonan Ryan Gosling, Russel Crowe, Matt Bomer dan ramai lagi.

Budiey alu-alukan kepada anda semua sebuah filem drama komedi mencuit hati yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam. Best kan?

Filem NICE GUY

Kalau nak tahu, filem arahan Shane Black (Iron Man 3, Kiss Kiss Bang Bang) ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 26 Mei 2016.Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang takkan kering gusi bergenre jenayah ini bersama beberapa selebriti dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE NICE GUY yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengajak anda ketawa pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem THE NICE GUY

A private eye investigates the apparent suicide of a fading porn star in 1970s

Los Angeles and uncovers a conspiracy.

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:24 Mei 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:8.00 malam

Tayangan Filem:9.00 malam

Tempat:TGV Cinemas 1 Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE NICE GUY – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheNiceGuyMovie

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. 'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheNiceGuyMovie kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem THE NICE GUY

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere THE NICE GUY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere THE NICE GUY – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

23 Mei 2016 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Mei 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Siti Elizad Dinobat Juara Gempak Star Musim Pertama

Read more ...

ESPN, Jangan Putar Belit Kenyataan Saya, Tegur TMJ

Johor Bharu, 16 Mei - Tunku Mahkota Johor, HRH Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menegur tindakan satu laporan dari portal sukan antrabangsa, ESPN, yang disifatkan oleh beliau memutarbelitkan kenyataannya.

TMJ membuat teguran itu menerusi satu posting di page Johor Southern Tiger.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dibuat oleh ESPN, melaporkan bahawa saya telah menyebut JDT adalah pasukan yang lebih besar daripada Selangor. ", tulis TMJ.

Menurut TMJ apa yang dikatakan oleh beliau adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam beberapa tahun kebelakangan ini jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain yang memenangi lebih piala.

"Yang saya katakan adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam tahun-tahun kebelakangan ini kalau dibandingkan dengan Selangor dan pasukan-pasukan lain yang telah memenangi lebih piala. Tetapi dari segi kejayaan, Selangor, Kedah , Perak, Pahang dan Kelantan adalah lebih berjaya.  "JDT hanyalah sebuah kelab muda yang mempunyai cita-cita besar. Itu sahaja. Oleh itu, jangan memutarbelitkan kata-kata saya. Kepada mereka yang tidak selesa dengan JDT, teruskanlah kehidupan anda dan izinkan saya meneruskan sambutan kemenangan dengan keluarga JDT saya.", kata beliau.

Sebelum ini, ESPN mengeluarkan satu laporan yang bertajuk "JDT already bigger team than Selangor" namun telah menukar tajuk artikel tersebut selepas itu.

Read more ...

Pelajar kolej maut akibat jangkitan kencing tikus

Seorang pelajar lelaki Kolej Legenda di Mantin meninggal dunia pada hari Khamis akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Taman Rekreasi Jeram Toi, Jelebu pada 30 April lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Abdul Rahim Abdullah berkata selain itu, dua penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 disahkan dijangkiti penyakit itu dan kini stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan KPJ Seremban.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhd Syazwan yang berusia 21 tahun. Dia dikatakan demam pada 7 Mei lepas setelah mandi di Jeram Toi dan dimasukkan ke HTJ dua hari kemudian.

"Mangsa disahkan dijangkiti kencing tikus dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehari kemudian, bagaimanapun meninggal dunia pada Khamis lepas," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurutnya kedua-dua penuntut UiTM itu, yang berusia 21 dan 22 tahun, juga mandi di Jeram Toi pada 24 April.

"Penuntut berusia 21 tahun dimasukkan ke ICU pada 6 Mei lepas manakala penuntut berusia 22 tahun dimasukkan ke KPJ Seremban pada 9 Mei," katanya.

Abdul Rahim berkata dua lagi penuntut UiTM Seremban 3 juga demam dan disyaki dijangkiti kencing tikus.

Selain mengambil sampel air dan tanah berkala serta menangkap tikus, Jabatan Kesihatan negeri berbincang dengan Majlis Daerah dan Jabatan Perhutanan negeri supaya menutup sementara Jeram Toi mulai 12 Mei lepas bagi tujuan pembersihan.

"Jabatan Kesihatan negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu terus memantau situasi ini dan menilai keadaan sepanjang penutupan kawasan ini," katanya.

Difahamkan kesemua mangsa mengunjungi Jeram Toi secara berasingan.

- Bernama

Read more ...

Bungkusan mencurigakan di Old Trafford diletupkan

MANCHESTER: Unit pemusnah bom sudah meletupkan secara terkawal bungkusan yang mencurigakan yang ditemui di Stadium Old Trafford.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *