Recent Post

Saturday, May 07, 2016

Jenazah Mohd. Azhar yang maut di Vietnam selamat dikebumikan - Kosmo!

Jenazah Mohd. Azhar yang maut di Vietnam selamat dikebumikan

07/05/2016 12:27pm

KULIM - Jenazah Mohd. Azhar Abdull Wahab, rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Ho Chi Minh, Vietnam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid At-Taufiqiah, Ayer Merah, di sini, malam tadi.

Jenazah Mohd. Azhar yang dibawa dengan sebuah van jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di perkarangan Masjid At-Taufiqiah, di sini pada kira-kira pukul 10.40 malam.

Lebih 500 penduduk di sini hadir untuk memberikan penghormatan terakhir dan menyembahyangkan Mohd. Azhar dengan diimamkan Pembantu Imam Masjid At-Taufiqiah,

Saidin Darus.

Ibu mangsa Rohani Ismail, 59, sempat menatap dan mencium wajah Allahyarham Mohd. Azhar seketika ketika keranda dibuka untuk memberi kesempatan kepada anggota keluarga terdekat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Jenazah Mohd. Azhar yang telah siap dimandi dan dikafankan oleh sekumpulan masyarakat Islam di Ho Chi Minh dengan kerjasama daripada kakitangan pejabat Konsulat Malaysia di sana sebelum dibawa dengan penerbangan MH0751 dari Ho Chi Minh dan tiba di KLIA Kuala Lumpur pukul 2 petang semalam.

Mohd. Azhar, 33 yang merupakan anggota Kumpulan vokalis Svatantrata iaitu sebuah kumpulan punk ditemui mati dengan kesan tetakan di sebuah hotel pengembara di bandar raya itu pada 23 April lepas. - Bernama

Read more ...

Lagi Seorang Mayat Mangsa Nahas Helikopter Ditemui Pagi Ini

SRI AMAN: Pasukan penyelamat pada pagi ini telah berjaya menemui seorang mayat mangsa nahas helikopter di kawasan hilir Sungai Batang Lupar kira-kira 10km dari pos kawalan Lingga, di sini pagi ini, lapor Berita Harian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini pihak bomba masih berusaha membawa keluar mangsa kedua ini ke jeti berhampiran.

Menurut beliau, pihak bomba akan memaklumkan perkembangan penemuan mangsa nahas dan operasi mencari mangsa yang lain dari semasa ke semasa di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman.

Mangsa ditemui pada kira-kira jam 8.30 pagi masih belum dapat disahkan identiti. - Siakapkeli.my

Read more ...

P'raya S'wak: Proses pengundian bermula 8 pagi

Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 dibuka mulai 8 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pusat pengundian itu akan ditutup pada 5 petang kecuali beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan.

Pusat pengundian melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengundian hari ini tidak melibatkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Terdapat 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab mereka Selasa lepas.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Jurucakap jabatan itu berkata pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, hujan dijangka di beberapa tempat di bahagian Bintulu dan Kapit.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *