Recent Post

Wednesday, April 20, 2016

Semua Bajet Suci, Pakai Tudung Tapi Mulut Lancang รข€“ Che Ta

Beberapa hari ini, isu Rozita Che Wan memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut cukup hangat sekali. Pelbagai kritikan pedas yang diterima oleh Che Ta di media sosial dimana ramai yang mengatakan imej Che Ta tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Buat Che Ta beliau menganggap mereka yang memberikan komen negatif terhadapnya terlampau bajet suci.

Tiada sebarang isu pun. Lagipun, bukan saya pakai seluar koyak betul-betul pun. Jadi, apa masalah mereka semua ini? Masalahnya, saya rasa mereka semua 'bajet' (berlagak) suci.

Che Ta juga perasan bahawa sesetengah daripada mereka yang mengecam dan mengkritik beliau adalah wanita bertudung tetapi mempunyai mulut yang agak lancang apabila mengeluarkan kata-kata.Cuba balik tengok penulis komen di bawah gambar itu dan lihat profil mereka.

Semua kebanyakannya bertudung, tetapi mulut macam mana gayanya? Semua itu mereka tidak nampak. Apa yang mereka nampak hanya pada mata kasar dan luaran orang.

Nampaknya Che Ta betul-betul perhati juga siapa yang beri komen negatif di Instagram beliau. Ermm, mungkin ada yang mempunyai niat untuk nasihat sahaja tetapi tidak dinafikan ada juga yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain sahaja.

Namun, Che Ta juga kena belajar daripada kesilapan dan tidak memuat naik sesuatu yang mengundang fitnah, maklumlah anda adalah seorang selebriti, apa sahaja yang dibuat pasti akan menjadi perhatian ramai.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

CEO Malaysia Airlines tamat perkhidmatan September ini - Kosmo!

CEO Malaysia Airlines tamat perkhidmatan September ini

19/04/2016 10:04pm

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Christoph Mueller bakal menamatkan perkhidmatannya dengan syarikat penerbangan itu berkuat kuasa pada September ini.

MAB dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mueller yang telah memberi sumbangan besar dalam penstrukturan semula Malaysia Airlines, meminta menamatkan perkhidmatannya lebih awal sebelum tamat kontrak selama tiga tahun bersama syarikat itu.

Namun Mueller berhasrat untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan nasional itu.

Mueller menyertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System Bhd sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada 1 Januari 2015 dan memangku CEO MAB pada 1 Mac, 2015.

Beliau menggantikan Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan dan CEO MAS pada 1 Mei, 2015. - K! ONLINE

Read more ...

Ada Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton UEFA EURO 2016 #AstroEuro2016

Eh eh, UEFA EURO kembali lagi? Rasa macam semalam je Sepanyol dijulang sebagai juara, kan? Cepat betul masa berlalu. Tup tup… kita akan disajikan dengan aksi penuh debar dalam UEFA EURO 2016. Tak sabar tak sabar!

Aduh, Budiey pulak yang teruja nak tengok samada Jerman dapat mara mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut pada kali ini. Atau mampukah pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman yang merupakan juara Piala Dunia? Adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri nanti?

EURO Astro Launch

Baru-baru ini, pada 7 April 2016, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran UEFA EURO 2016 yang dianjurkan oleh Astro. Budiey tengok, memang meriah acara ini berlangsung sebab ada bintang bola sepak terkenal Fernando Morientes diterbangkan khas untuk bertemu dengan peminat bola sepak di majlis pelancaran ini. Patutlah ramai orang datang. 

EURO Astro Launch

Astro selaku penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016 dengar khabarnya menyediakan liputan menyeluruh sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio untuk kemudahan anda semua! Yeah, ini semua untuk memastikan anda tidak ketinggalan setiap perlawanan yang bakal disiarkan LIVE dari Perancis. Saksikan siaran secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016 ™ (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822).

Jadi, kepada yang tak nak lepaskan peluang, apa kata langgan Sports Pack sekarang sebab anda akan dapat akses percuma Sports Pass untuk menonton kesemua 51 perlawanan secara langsung! Budiey dari awal lagi dah melanggan Sports Pack ni. Jadi, takde la nak risau apa lagi dah.

1D4_0369

Budiey sampai di lokasi agak awal sebab Budiey nampak majlis ini sebenarnya berlangsung secara terbuka untuk orang awam. Kelihatan ramai peminat bola sepak berpusu-pusu untuk menyertai majlis ini dan ramai yang berkumpul di hadapan Sunway Pyramid. Wajah masing-masing semuanya ceria dan segar bugar nak bertemu mata dengan bintang bola sepak terkenal. Bukan itu sahaja, macam-macam acara dan aktiviti ada kat sini.

Banter session with Fernando Morientes

Jam 3.45 petang, acara dimulakan dengan pengenalan dari dua orang hos terkenal. Bagus la diorang ni kasi hype kan lagi UEFA EURO 2016 sebab gabungan kedua hos memang serasi. Oh ya, acara diselangi juga dengan persembahan dari STOMPERS yang menyemarakkan lagi suasana dengan bunyi-bunyian yang meriah dan bersemangat. Budiey rasa macam duduk kat dalam stadium pun ada.

1D4_0588

Untuk info pembaca, cakap pasal stadium ni, aplikasi dan laman sesawang Stadium Astro akan dinaik taraf untuk menawarkan fungsi pengalaman skrin kedua UEFA EURO 2016 buat semua peminat bola sepak tanahair.

Budiey sempat menemubual Fernando Morientes selesai acara ini. Nanti jangan lupa untuk saksikan temubual eksklusif ni tau.

Jadi, senanglah korang nak dapatkan statistik rasmi perlawanan serta saksikan aksi perlawanan dari pelbagai sudut, berita terkini merangkumi video dan juga keputusan perlawanan, di samping untuk turut serta dalam permainan Stadium Astro Fantasy edisi EURO bahkan mengaktifkan fungsi rakaman kawalan jauh program sukan kegemaran anda melalui Stadium Astro.

Kesemua pelanggan 'Sports Pack' akan mendapat akses percuma 'Sports Pass' untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016TM. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan 'Sports Pack' sebelum 30 April 2016. Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan 'Sports Pass' hanya pada harga RM 104.95*.

Pada mereka yang tidak mempunyai akses 'Sports Pass' boleh juga menonton 12 perlawanan terpilih secara langsung di Astro Arena dan mendengar ulasan perlawanan tersebut di Radio Arena.

EURO Astro Launch

Budiey sempat menemubual bintang bola sepak terkenal ini. Jangan lupa untuk tonton temubual eksklusif ini ya.

Sementara itu, mereka yang tidak melanggan Astro dan Njoi juga boleh membeli 'Sports Pass' untuk tontonan di Astro on the Go. Beberapa perlawanan terpilih turut boleh ditonton secara berasingan berdasarkan 'pay-per view basis' pada harga RM 6* setiap satu.

Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata:

"Kami berhasrat untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman tontonan sukan terbaik di kesemua platform dan skrin. Kami memahami yang peminat sukan di luar sana mahu menonton aksi sukan secara langsung di mana sahaja mereka berada; dan tidak hairanlah sukan merupakan kandungan paling popular di Astro on the Go".

"UEFA EURO 2016 ™ merupakan acara bola sepak paling dinantikan tahun ini dan Astro akan memberikan liputan yang tiada tandingnya, aksi kesemua 24 pasukan Eropah bertanding dalam merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini. Pelanggan-pelanggan 'Sports Pack' kami akan menerima akses percuma 'Sports Pass' untuk liputan yang menyeluruh.

Pelanggan yang lain juga boleh menerima akses percuma lengkap ini jika mereka melanggan 'Sports Pack' sebelum 30 April 2016 ataupun mendapatkan 'Sports Pass' untuk kesemua 51 perlawanan secara langsung".

UEFA EURO 2016 ™ akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 (waktu Malaysia). Bagi menghangatkan lagi demam UEFA EURO 2016TM kali ini, pelanggan Astro boleh menonton barisan program pra-perlawanan istimewa seperti 'Road to UEFA EURO 2016 ™', 'UEFA EURO 50 Classic Matches', 'Great Goals of European Football – Decade by Decade' dan banyak lagi.

LAN_4297

Kesemua perlawanan secara langsung UEFA EURO 2016 ™ akan disiarkan bersama ulasan sebelum perlawanan, separuh masa perlawanan dan juga ulasan selepas perlawanan. Ulasan dalam Bahasa Malaysia pula boleh didapati melalui kesemua perlawanan secara langsung di Astro Arena.

2016 merupakan tahun gemilang buat peminat sukan di luar sana. Selain UEFA EURO 2016TM, Astro akan turut membawakan liputan lengkap acara sukan utama seperti Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 dan juga Sukan Olimpik Rio 2016. Astro juga telah berjaya mendapatkan hak tayangan Liga Perdana Inggeris di Malaysia untuk 3 lagi musim sehingga tahun 2019.

Untuk melanggan Astro, layari http://www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838.

LAN_4157

LAN_4013

From left, Fernando Morientes, Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro; Lee Choong Khay, Astro's Head of Sports Business

1D4_0740

1D4_0667

Fernando interviewed by Astro Awani

EURO Astro Launch

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Che Ta Nafi Hamil, Tak Rancang Tambah Anak

Read more ...

(Video) 2 Jengkaut 'Bertempur' Berebut Kontrak Binaan

Hebei, China - Bagaikan aksi filem 'Transformers', dua jengkaut milik dua syarikat pembinaan dirakam bertempur dalam kejadian pada Sabtu lepas.

Laporan Skynews melaporkan, kedua-dua syarikat itu dalam proses merebut tapak potensi pembinaan di Hebei.

Menerusi rakaman video kejadian, kelihatan juga beberapa kenderaan berat lain yang melanggar antara satu sama lain sehingga menyebabkan kenderaan milik syarikat lawan terbalik.

Jurucakap kerajaan tempatan, Xu Feng berkata mereka yang terlibat dalam pergaduhan tersebut tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai. - Siakapkeli.my
Read more ...

El Nino: Sekolah di Jerantut, Kuala Krai ditutup 2 hari

Semua sekolah di daerah Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan ditutup selama dua hari mulai hari ini sehingga Khamis berikutan cuaca panas dan kering.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata pemantauan mendapati kedua-dua daerah itu telah mencatat suhu melebihi 37 darjah celsius pada satu-satu masa, setiap hari dan melebihi 72 jam.

"Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini," kata kenyataan itu.

Penutupan itu melibatkan 119 buah sekolah iaitu 30 sekolah menengah dan 89 sekolah rendah.

Ia turut melibatkan 41,665 murid iaitu 38,849 murid sekolah menengah dan rendah, serta 2,816 murid pra sekolah.

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah hanya melibatkan ketidakhadiran murid dan tidak perlu diganti.

Bagaimanapun, operasi pentadbiran sekolah hendaklah berjalan seperti biasa.

Kementerian turut meminta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pahang, serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut dan PPD Kuala Krai mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan sekolah itu.

"Kerjasama para ibu bapa dan penjaga juga diminta untuk mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah jagaan masing-masing semasa tempoh penutupan sekolah ini," katanya.

Katanya, kementerian akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa mengenai sebarang perubahan berkaitan fenomena itu.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *