Recent Post

Wednesday, March 23, 2016

MH370: Malaysia hantar pasukan selepas serpihan diserah kepada CAA - Liow

Liow berkata serpihan itu perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA).
Read more ...

Ada Yang Cuba Mengorat, Namun Amelina Tidak Terfikir Soal Kahwin

Nama Amelina pernah menjadi hangat sekitar tahun 90-an kerana lagu bergenre dangdut yang dibawanya meletup di pasaran. Amelina yang sering membawakan lagu ciptaan Iwan waktu itu dianggap sebagai ratu irama dangdut, justeru, kehilangannya dalam dunia hiburan setelah berkahwin seolah-olah membawa bersamanya populariti lagu dangdut.

Amelina kini kembali mewarnai dunia hiburan setelah berpisah dengan bekas suami dan tinggal dengan ibu bapanya di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, dia tidak lagi dapat menghabiskan banyak masa untuk bersama enam orang anaknya itu kerana mencari rezeki dalam bidang hiburan. Kata Amelina, anak-anaknya sudah boleh menjaga diri dan tidak kisah dia sering tiada. Katanya pada InstaOnline:

Tidak susah untuk tinggalkan anak-anak di rumah kerana mereka juga sudah boleh jaga diri. Malah mereka sangat memahami kerjaya saya.

Sebenarnya anak-anak saya tidak kisah jika saya tiada di rumah kerana bagi mereka apabila melihat saya gembira, mereka tahu saya melakukan perkara yang betul.

Apabila di rumah memang saya luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Terpaksa menjadi guru dalam membantu mereka dengan tugasan di sekolah. Jika saya sibuk pun di rumah, saya akan berikan perhatian kepada anak-anak.

Saya juga tidak mahu anak-anak berkecil hati.

Malah, Amelina mengakui masih ada yang cuba mengusik dirinya namun dia sentiasa diingatkan oleh teman-teman untuk tidak berfikir soal kahwin.

Hidup saya mudah sahaja, soal itu saya serahkan kepada Tuhan. Saya tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin dan tidak mahu fikir tentang hal itu.

Ada juga yang cuba-cuba untuk mengusik saya, tetapi saya dikelilingi oleh teman-teman rapat yang sentiasa mengingatkan saya supaya tidak fikir hal tersebut.

Betul juga tu. Buat masa ini ada baiknya fokus pada soal kerjaya, tambahan pula Amelina sendiri mengatakan dia membuat 'comeback' kerana ingin mencari rezeki untuk menyara-anak-anaknya.

Buat masa ini Amelina masih melum mengetengahkan produk terbarunya. Kita tunggu sama ada keputusannya untuk kembali akan membuahkan hasil dan menaikkan semula irama dangdut dalam arena muzik Malaysia.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

KECANTIKAN HOS RUNNING MAN, SONG JI HYO ASLI - DOKTOR

Read more ...

Wow! Majalah Time Iktiraf Nasi Lemak Sebagai Sarapan Yang Sihat

Siapa yang tidak gemar Nasi Lemak? Rata-rata rakyat Malaysia memang tidak mampu menghindarkan nafsu makan mereka apabila berdepan dengan makananyang menjadi all time-favourite ini. Tetapi, apabila memikirkan kandungan kalorinya yang bertimbun, ramai cuba mengawal atau menghindarkan diri daripada menikmatinya. Namun, majalah TIME memiliki pendapat yang sebaliknya. 

Nasi Lemak telah diiktiraf Majalah TIME sebagai antara 10 hidangan sarapan pagi bertaraf antarabangsa yang menyihatkan dan baca selanjutnya untuk mengetahui mengapa dan sebab apa mereka memberikan pengiktirafan sedemikian. 

Menurut penulisnya, Mike Dunphy, nasi lemak yang memiliki pelbagai komponen seperti nasi yang dimasak bersama santan, ikan bilis, timun, kacang goreng, telur rebus dan sambal adalah hidangan sarapan pagi yang sangat enak. 

Biarpun ia berlemak (anda boleh mengurangkan nasinya), namun ia diseimbangkan dengan manganese, protein dan karbohidrat. Cili yang terdapat di dalam sambal nasi lemak itu pula mampu membantu untuk menaikkan metabolisme anda. 

Sebaik sahaja akhbar The Star menyiarkan artikel Majalah TIME ini, ia telah menjadi viral dan mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. Ada yang sukar untuk mempercayainya. Tidak kurang juga yang menjadikan ia sebagai satu alasan untuk mereka menikmati nasi lemak pada setiap pagi. Anda pula bag aimana? 

Sumber: The Star/Majalah TIME 

Sumber Foto: The Star 

Read more ...

Malaysia kutuk letupan bom di Brussels - Kosmo!

Malaysia kutuk letupan bom di Brussels

23/03/2016 10:03am

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya letupan bom yang berlaku di Brussels semalam dan telah meragut 28 nyawa tidak berdosa.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan media hari ini, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Kata kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Brussels akan terus memantau situasi semasa.

Di saat yang amat sedih ini, Malaysia berdiri bersatu dengan keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Belgium. - Bernama

Read more ...

Filem Long Long Time Ago Arahan Jack Neo

"Long Long Time Ago", a film by MM2 Entertainment and J Team Productions to commemorate Singapore's 50th anniversary, is schedule to hit Malaysia's big screens this March 31.

As part of the promotional tour, Director Jack Neo will be leading the cast crews, including veteran actor Mark Lee, Aileen Tan, Wang Lei, Jing Jing, Charmaine Sei, Suhaimi Yusof, Silvarajoo Prakasam, Nurijah Binte Sahat, Yan Li Xuan, Benjamin Tan and Ryan Lian to meet the fans in Malaysia.

Long Long Time Ago

"Long Long Time Ago" Director Jack Neo and Casts to Meet Malaysian Fans on March 25

Directed by famous Singapore director Jack Neo, "Long Long Time Ago" is a movie depicting the changes in the life of Singaporeans when they moved from the villages to the government flats between 1965 and the early 70s. The story revolves around the story of a common family, the ups and downs they experienced,as the country continues to progress.

Other than some of the familiar faces, Director Neo had taken a bold step in engaging some new talents, including young artistes from his previous production such as Tosh Zhang and Wang Wei Liang, to participate in this movie.

A Challenge to Recreate the Old Times

"Long Long Time Ago" is a commemorative film to celebrate Singapore's 50th Anniversary. Director Neo said his wish is for the movie to bring back the childhood memories of the senior audience and also to introduce the old timers' lifestyle to the young.

The movie also reflected how Singapore developed from a community which mainly uses dialects, to using proper Mandarin and eventually English, and at the same time reminiscing the lost dialect language. Director Neo also incorporated many of his personal experiences, coupled with oldies as background music to recreate the scenes. Director Neo said the movie is to illustrate Singapore's development in the past 50 years and expectations on the coming 50 years.

Last year, Neo led his crew to the heritage enclave in Ipoh for the filming. He expressed that one of his biggest challenge is to recreate the environment and atmosphere of the past era.

"It is not only the casts and their costumes, it is also crucial to get the language right. The language used during that era, in Hokkien or Teochew, is very different. The way they phrase the language and even the slang," he added.

An Era Created by the 3 Major Races

To make the scenes more realistic and to better reflect the culture of that era, Director Neo took up the challenge to use dialects as its main language in the movie. The mix of Hokkien and Teochew, as well as Mandarin, Malay and English truly mirrors the unique multiracial community. Director Neo also invited artistes like Suhaimi Yusof, Silvarajoo Prakasam and Nurijah Binte Sahat to join the production, to create a truly harmonious multi-ethnic group to tell the story of that era.

"This movie is to bring everyone down memory lane, back to the "kampung" (village) era some 50 years ago. Not only the environment is different, the people then is different and the thinking is definitely different. There are many humorous and touching scenes, something which is suitable for all ages," Director Neo added.

"Long Long Time Ago" Promo Tour Schedule:

Date Time Venue 25/03/2016

(Friday)

08:15PM – 08:45PM Megamall Cineplex, Prai 26/03/2016

(Saturday)

08:00PM – 09:00PM Cathay Cineplex, eCurve 27/03/2016

(Sunday)

01:00PM – 01:30PM Mahkota Parade, Melaka 04:30PM – 05:00PM City Square Mall, Johor Bahru Komen via Facebook

Komen

Read more ...

"Hina Sangatkah Orang Muda Kahwin Dengan Orang Tua Sehingga Jadi Bahan Jenaka," Antara Luahan Pengantin Perempuan

Sejak beberapa hari lalu tersebar tiga keping gambar seorang remaja wanita berumur 18 tahun telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun.

Gambar-gambar berkenaan tersebar luas di media sosial dah dikongsikan oleh netizen dengan pelbagai kepsyen yang kebanyakannya menjadikan sebuah perkahwinan ini sebagai lawak jenaka.

Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.

Hati mana tidak terasa, sudah pasti pengantin yang juga merupakan manusia biasa ini berkecil hati melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak orang ramai di media sosial.

Menyedari gambarnya itu disebarkan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri telah tampil meninggalkan komennya di sebuah page Facebook yang turut menyiarkan gambar berkenaan. "Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit(hamil) da hulu baru berkahwin," soal Nasirah kepada netizen.

Menurut beliau lagi, sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, gambar-gambar ini turut disebarkan di dalam Instagram, tetapi tidak mahu cepat melatah.

"Tapi ramai yang 'up'kan pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sanagt dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih," tulis Nasirah lagi.

Disebalik itu, terdapat juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.

"Jangan rasa macamtu adik, saya gembir, Wallahi,,Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab 'rare' jer, Dalam Jannah, takde beza umur dah, semua sebaya," kata Faten Nasyrah Zulkifli.

"Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik akwin awal, akak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti," kata Aliah Amanee.

Apapun, kami dari Siakapkeli mendoakan pasangan En Ismail Lambak dan Nur Nasirah Nazri ini berbahgia sehingga ke akhir hayat. - Siakapkeli.my

Read more ...

PAS tidak berdendam, nasihat Guan Eng ikut jejak MB K'tan

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kekecewaan parti itu dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng menamatkan perkhidmatan ahli parti itu yang dilantik di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

"PAS secara peribadi kita rasa kecewa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita kecewa, terutama sekali apabila kita hadapi pilihan raya bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila kita menang dan orang PAS diterajang keluar, ditamatkan perkhidmatan, dipecat dari jawatan sedia ada," kata Tuan Ibrahim dalam temubual bersama Malaysiakini dan

Beritadaily.

Jun lalu, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu.

Memetik laporan Lim sebelum ini berkata, kenyataan kononnya sekumpulan ahli PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas meletak jawatan seperti didakwa adalah palsu kerana mereka sebaliknya telah dipecat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnor sebelum ini dilapor sebagai berkata, pemecatan drastik itu meliputi semua ahli PAS sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka itu berkata tindakan setiausaha agung DAP itu jelas tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara.

"Saya fikir ia tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara. Walaupun itu menjadi hak Lim Guan Eng tetapi dari segi bila kita hadapi bersama, orang PAS pun tetap ada hak walaupun hanya satu kerusi," kesal Tuan Ibrahim.

Malah, ketika diminta mengulas apakah tindakan Lim itu, memperlihatkan DAP mempergunakan PAS, Tuan Ibrahim mengakuinya.

"Jentera PAS buat kerja dan tolong menangkan kerusi lain. Orang tengok begitu (DAP mempergunakan PAS)," ujar Tuan Ibrahim.

"DAP bertemu dengan PAS bila berdepan waktu kritikal seperti tahun 1998 bila mana mereka mahu menggunakan logo PAS dalam pilihan raya dan PAS bersedia membantu," kata Tuan Ibrahim mengimbau perkara itu.

Atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat PAS membenarkan DAP menggunakan logo parti Islam itu untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2013 selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membekukan jawatankuasa pusat parti itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menyimpan dendam sebaliknya menasihatkan Lim agar tidak terlalu angkuh.

"PAS tidak simpan dendam cuma kita harapkan kita kena cerminkan satu kepimpinan masa depan negera yang rakyat nak tengok.

"Kita baru menang sepenggal. Kalau kita angkuh macam itu hanya apabila kita sudah menang satu negeri, adakah ini yang kita nak orang lihat?" tanya Tuan Ibrahim.

Malah, Lim diminta mengikut jejak langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

"Saya ingat pendekatan yang diambil oleh (menteri besar) Ahmad Yaakob di Kelantan jauh lebih baik di mana orang yang tidak menang pun kita lantik untuk jadi penghulu. Masyarakat India, tidak ada kerusi pun di Kelantan tetapi kita lantik dia penghulu atau pemukim.

"Bagi PAS, kita kena jadi pemimpin yang berjiwa besar tetapi kalau asyik menindas orang lain, pecat apa semua, ia membetulkan segala persepsi rakyat kepada beliau," tambah Tuan Ibrahim.

Malah, kata beliau, apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat sebelum ini pun bukan berpunca dari PAS.

Tuan Ibrahim berkata ini kerana PAS sentiasa berpegang kepada pesanan almarhum mursyidul amnya di mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan sekiranya berlaku perpecahan, biarlah ia datang dari pihak lain dan bukan parti Islam itu.

"Datuk Nik Aziz pernah berpesan kalau berlaku perpecahan, jangan dari PAS, biar dari pihak lain. Kalau mereka dah buat keputusan kita terima tetapi bukan dari PAS bahkan apa yang berlaku sekarang ini di mana kita berpecah dengan Pakatan Rakyat, bukan daripada PAS.

"Ia tidak bermula dari PAS dan bermula dari pihak lain," tambah Tuan Ibrahim.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Read more ...

IS mengaku lancar serangan bom Brussels

KAHERAH: Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom di Brussels, Belgium hari ini, menurut agensi berita kumpulan itu.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *