Recent Post

Sunday, March 06, 2016

Wanita muda potong kemaluan lelaki di kebun pisang

Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.
Read more ...

GAUN 'BARBIE' ANZALNA NASIR - FOUZIAH GOUS NAFI DIRINYA DENGKI

Sejak Anzalna Nasir menggayakan gaun ala-ala barbie hasil rekaan Teuku Putra Aziz dari butik Cosry di majlis resepsi, gaun tersebut mendapat perhatian yang cukup meluas dan rata-ratanya memuji rekaan gaun ini.

Dalam pada itu, timbul khabar angin yang mendakwa seorang selebriti berambut hitam lebat yang juga pernah mendapatkan khidmat Cosry sewaktu majlis persandingannya menghasut pereka itu agar menghasilkan baju pengantin Anzalna ala kadar sahaja.

Daripada beberapa komen, nama aktres tinggi lampai, Fouziah Gous, dikaitkan dengan khabar angin tersebut.

Bagaimanapun pelakon ini tidak cepat melatah malah mengakui bahawa Anzalna merupakan teman rapatnya sendiri jadi dia tidak mempunyai seba b untuk merasa dengki atau cemburu dengannya.

"Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.

"Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan oleh Cosry.

"Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di lama Instagram saya, saya rasa meraka tak pandai baca. Terang-terang saya letakkan hashtag baju pengantin win (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau.

"Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mer eka yang tersendiri pada hari perkahwinan mereka," ujar Fouziah dipetik sebagai berkata.

Sumber: SH

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Siti Nurhaliza Terkejut Anggun Mahu Kongsi Pentas Dengannya

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza, tak menyangka penyanyi antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi bakal berkongsi pentas dengannya dalam Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends yang akan berlangsung di Stadium Negara, 2 April depan.

Lebih menerujakannya apabila Anggun yang merupakan penyanyi kelahiran Indonesia itu bakal mendendangkan salah satu daripada lagunya pada konsert tersebut.

"Bagai mimpi apabila pihak Yonder Music melahirkan hasrat mahu mengadakan konsert saya. Lebih menggembirakan saya apabila hasil perbincangan bersama kami keluar dengan senarai artis hebat dan teman rapat saya yang akan turut bersama dalam konsert nanti.

"Paling saya tidak sangka apabila saya diberitahu yang Anggun menyatakan kesudiannya menerima pelawaan menjayakan konsert saya ini. Malah dia memilih mahu menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa.

"Dia juga meminta saya menyanyikan lagunya. Saya akan menyanyikan lagu Snow on The Sahara. Saya anggap permintaannya itu sebagai satu pen ghormatan," katanya.

Selain Anggun, konsert eksklusif itu juga bakal juga menampilkan penyanyi hebat lain iaitu Faizal Tahir, Hafiz Suip juga dua penyanyi lelaki dari Seberang iaitu Afgan dan Cakra Khan.

Buat julung kalinya juga konsert kali Siti kali ini kerana lagu-lagu yang bakal dipersembahkan digubah semula oleh pengarah muzik berasal dari Amerika Syarikat dikenali sebagai, JKey.

Pada konsert yang dijangka menarik perhatian lebih 6,000 peminat itu, Siti bakal diiringi lima pemuzik yang juga diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.

"Selalunya saya menggunakan khidmat penerbit dan komposer Aubrey Suwito tetapi kali ini Jkey akan menjadi pengarah muzik untuk konsert ini. Dia mengubah susunan bagi semua lagu yang akan saya nyanyikan.

" Ini kali pertama saya bekerja dengan beliau dan saya teruja kerana pastinya hasil kerjasama kami memberikan sesuatu yang berbeza dan istimewa untuk penonton.

Istimewanya lagi, Siti bakal mendendangkan sebuah lagu nyanyian mendiang Whitney Houston yang akan menjadi kejutan buat penonton pada malam itu.

Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends dikhususkan untuk pelanggan Celcom Xpax. Namun kepada yang bukan pelanggan Celcom, mereka masih boleh mendapatkan tiket dengan memiliki pek Celcom Xpax berharga serendah RM30 dan menjadi pelanggan Yonder Music.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Ahad, 6 Mac 2016

Read more ...

PM bakal lancar Pelan Pertumbuhan Strategik Johor - Kosmo!

PM bakal lancar Pelan Pertumbuhan Strategik Johor

06/03/2016 9:53am

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor sempena lawatan kerja rasminya ke negeri ini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, akan melancarkan pelan itu serta Rancangan Pembangunan Komprehensif Ke-2 Iskandar Malaysia (CDPii)] pada majlis pelancaran di Stadium Educity, Iskandar Puteri dekat sini.

Pelan pertumbuhan itu merangkumi visi strategik dan komprehensif pembangunan di Johor bagi membangunkan setiap daerah di negeri itu mengikut sektor tertentu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Johor CDPii pula lebih menumpukan kepada aspek pengurusan sosial dan alam sekitar serta prospek pembangunan yang ditawarkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Sebelum majlis pelancaran itu, Najib dijangka menghadiri perasmian projek pembangunan hartanah Forest City di Gelang Patah, yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Projek hartanah itu bakal mewujudkan lebih 220,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang 2035, menerusi penglibatan dalam lapan sektor pertumbuhan industri termasuk bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.

Projek yang bercirikan konsep mesra alam itu, akan dibina di atas empat pulau buatan manusia berkeluasan lebih 1,400 hektar.

Ia merupakan antara projek pembangunan hartanah terbesar di Asia dari segi jumlah unit hartanah yang akan dibangunkan, dan akan dibangunkan dalam sembilan fasa bagi tempoh 20 tahun.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja sehari ke negeri ini, Najib kemudiannya akan merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Galleria, Johor Baharu.

UTC itu merupakan yang kelapan dirasmikan oleh Perdana Menteri selepas merasmikan dua pusat yang sama di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Melaka, Perak, Pahang, Kedah dan Sabah itu. - Bernama

Read more ...

Filem BOBOIBOY THE MOVIE Kutip RM1Juta Untuk 2 Hari Tayangan

Budiey nak ucapkan tahniah buat produksi dan juga semua yang menjayakan filem BOBOIBOY THE MOVIE kerana filem animasi ini telah berjaya mengutip RM1juta untuk dua hari tayangan. Satu jumlah yang memberangsangkan.

Jadi, kepada anda pembaca yang belum lagi menonton filem ini, apa kata kita penuhkan pawagam untuk menonton filem yang menarik ini.

Kepada yang belum lagi membaca ulasan dari kami, jom lah klik SINI untuk baca ulasan dari kami ya.

Tahniah dari kami!

Boboiboy the movie

Komen via Facebook

Komen

— 32 Bacaan
Read more ...

Watson Nyambek Diisytihar Muflis, Berhutang Demi Bayar Kos Rawatan Bapa

KUCHING: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek yang merupakan pemegang rekod pecut 100 meter negara selama 17 tahun telah diisytiharkan muflis.

Pengisytiharan muflis berkenaan adalah susulan pinjaman bank  oleh Watson untuk membayar kos perubatan bapanya.

Semalam, Borneo Post telah menyiarkan notis muflis berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mengumumkan statusnya akibat tidak melunaskan pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad.

Memetik laporan Malay Mail Online, Watson berkata: "Beberapa tahun lalu, saya meminjam RM80,000 daripada bank untuk membayar bil perubatan mendiang bapa saya yang menderita barah telinga." "Barah telinga itu kemudian merebak ke mata. Dia meninggal dunia dua tahun lalu," katanya, yang pernah mencipta rekod 100 meter dengan 10.3 saat pada 1998.

Menurut Watson, pinjaman bersama faedah itu gagal dilunaskannya kerana bergaji kecil yang diterima daripada majlis sukan negeri sebagai jurulatih atlet di Miri. "S aya juga perlu membayar bil-bil lain," katanya, yang sudah membawa perkara itu untuk perhatian seorang menteri kanan Sarawak dua tahun lalu. "Saya belum menerima sebarang jawapan daripada beliau," katanya.

Beliau berkata pinjaman berserta faedah itu sudah menjangkau lebih RM100,000.

Watson dan isterinya Phyliss kini aktif melatih atlet muda di Miri terutamanya di kalangan pelajar. — Siakapkeli.my

Read more ...

Mukhriz: Deklarasi hanya untuk ganti Najib dengan PM lain dari BN

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang menurutnya tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya bertujuan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang perdana menteri lain dari parti pemerintah itu.

Deklarasi Rakyat menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari pembangkang dan masyarakat sivil menyeru penyingkiran Najib berhubung dakwaan skandal yang menyelubunginya dan untuk melaksanakan pembaharuan institusi.

"Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.

"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.

"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.

Mukhriz berkata pembangkang turut serta kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kepimpinan Najib.

"Kalau ikut lojik, pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total.

"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?

"Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa," katanya.

Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

"Kenyataan beberapa pemimpin Umno bahawa rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN

"Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?

"Itu sama sekali bukan matlamat Tun Mahathir.

"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14," katanya.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Semburan racun rumput punca keracunan makanan

KUALA LUMPUR: Racun rumput yang disembur berhampiran gerai makanan dipercayai menjadi punca 37 mangsa mengalami keracunan di Batu Gajah semalam.
Read more ...

Pendedahan Mengejutkan Percintaan Antara Azhar Azhael Dan Amira Othman Yang Ramai Tidak Tahu!

Siapa sangka dalam diam-diam salah seorang ahli kumpulan Azhael iaitu Azhar atau nama sebenarnya Mohd Azhar Bin Osman mengakui bahawa dia pernah bercinta dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dengan lagu Hati-Hati, Amira Othman.

Malah, single terbaru kumpulan Azhael yang bertajuk Mencinta juga ada kaitan dengan kisah percintaan mereka. Menurut Azhar, mereka pernah bercinta dua tahun lepas namum pihak media tidak mengetahui perkara ini.

Azhar 3

Walaupun, mereka sudah memutuskan hubungan cinta namun Azhar dan Amira masih lagi berkawan baik. Malah, mereka sentiasa berhubung antara satu sama yang lain.

"Saya dan Amira masih berkomunikasi seperti biasa. Kami selalu bertanya khabar. Dia juga tahu lagu baharu ini ada sangkut-paut dengan hubungan cinta kami. Amira juga suka lagu ini dan mengucapkan tahniah dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat."

Azhar juga mengakui bahawa dia tidak menolak jodoh dengan Amira. Tetapi buat masa sekarang Azhar tidak terfikir untuk sambung kembali percintaan mereka.

Azhar 4

"Ini kerana kami sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Kalau ada jodoh, saya tidak tolak."

Berkenaan single terbaru kumpulan Azhael, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi yang merupakan salah seorang ahli kumpulan itu mengakui teruja apabila single duo mereka membuahkan hasil.

"Sebenarnya, peminat sudah lama meminta lagu balada daripada kami. Single Mencinta ibarat hadiah kepada peminat."

"Kami sebenarnya agak risau untuk tampil dengan genre berbeza. Namun, Azhael menyahut cabaran ini bagi membuktikan vokal kami tidak terbatas pada sejenis muzik saja," kata Hael.

Azhar 5

Apapun, semoga single terbaru Azhael ini mendapat penerimaan yang baik dari peminat tempatan.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Johan Akui Tidak Mendesak Anak Ceburi Bidang Seni
  • Suami Ning Baizura Luah Kebimbangan Akan Keselamatan Anak!
  • Enggan Digelar 'Fake', Nad Zainal Bubar Kelab Peminat!
  • Read more ...

    [KLIK LINK DI BAWAH] Rakyat Malaysia BOLEH NYATAKAN SOKONGAN Terhadap Deklarasi Rakyat

    CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar [KLIK LINK DI BAWAH] Rakyat Malaysia BOLEH NYATAKAN SOKONGAN Terhadap Deklarasi Rakyat Kepada Rakyat Malaysia yang ingin menyatakan sokongan kepada Deklarasi Rakyat, boleh berbuat demikian di pautan : Malaysians wish to express their support to Citizens' Declaration could do so at this link : ðŸ‘‡ http://goo.gl/forms/klwIJrXZ9m Deklarasi Rakyat/Citizens' Declaration 1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.  2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak. 3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54. 4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya - "Cash is King". 5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan. 6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan. 7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara. 8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion. 9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho. 10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri. 11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut. 12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, "Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC. 13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan "unit" yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan. 14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB. 15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank. 16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat. 17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil. 18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut. 19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan. 20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara. Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan. 22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan. 23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan. 24. Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut. 25. Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka. 26. Penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang. 27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB. 28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu. 29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam. 30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan. 31. Rakyat juga semakin menderita. 32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran. 33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita. 34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima. 35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna. 36. Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong; a) penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan. b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan d) pemulihan integriti insititusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC 35. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *