Recent Post

Thursday, March 03, 2016

Dr Mahathir, pemimpin pembangkang tandatangani deklarasi bersama esok

Pertemuan itu bakal disusuli dengan sidang media serta menandatangani deklarasi bersama.
Read more ...

Ucapan Romantik Dan Sweet Nazim Othman Buat Bella Dally

Sudah mengikat tali pertunangan sekitar bulan November tahun lepas, pasangan Nazim Othman dan Bella Dally nampaknya semakin terbuka tentang hubungan mereka.

Malah, kini sisi romantik Nazim dapat dilihat menerusi ucapan-ucapan yang cukup manis buat tunang tercinta yang diluahkan menerusi kapsyen di Instagram.

Her existence saves me from being someone I hate to be. I'm always fiery but she'll bring the rain pouring over the unnecessary fire. My love is my balance.

Ramai yang tak sabar untuk melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin. Ermm, untung Bella Dally dah la dapat tunang handsome, romantik pulak tu. Hehe.. Apa-apa pun kami harap segala persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

JIKA ADA JODOH - NEELOFA IMPI JEJAKA MATANG, BUKAN YANG BELIA

Read more ...

Siti Nurhaliza Tak Kecewa Dikalahkan Ayda Jebat

Penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza Tarudin akui tidak kecewa selepas ditewaskan oleh penyanyi muda Ayda Jebat dalam anugerah MeleTOP bagi kategori penyanyi baru-baru ini.

Siti Nurhaliza berkata dia menerima kenyataan itu kerana baginya ia satu anugerah yang ditentukan oleh undian peminat bukan juri professional seperti anugerah AIM (Anugerah Industri Muzik).

"Ini semua undian peminat dan tiada apa yang perlu buat saya rasa kecewa atau sebagainya. Saya menerima keputusan itu dengan baik.

"Anugerah ini pun bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis. Lain lah jika saya ditewaskan di AIM, itu mungkin buat saya kecewa," katanya kepada murai.com.my

Siti Nurhaliza ditemui di majlis siding media Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends oleh Yonder Music di Menara Celcom, semalam.

Menurusi kategori Penyanyi MeleTOP itu, Ayda bukan sahaja menewaskan penyanyi bersuara lunak tersebut malah turut mengalahkan Akim Ahmad.

Bagaimanapun kemenangan Ayda Jebat itu telah mendapat respon daripada netizen dan peminat Siti Nurhaliza yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Siti Nurhaliza tidak marahkan reaksi yang diberikan kerana memahami apa yang mereka rasa terutama sekali peminat yang terlah mengundinya.

"Saya tak marahkan mereka, saya pun faham apa yang mereka rasa. Mungkin mereka emotional kerana mereka sudah pulun mengundi tetapi akhirnya keputusan tidak seperti mereka harapkan.

"Saya harap mereka terimalah kenyataan kerana ia sekadar anugerah yang berasaskan undian. Saya pun ada beri semangat kepada mereka yang mengundi saya untuk menghargai apa yang mereka lakukan," luahnya lagi.

Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends yang akan berlangsung di Stadium Negara, 2 April depan turut menampilkan penanyi-penyanyi hebat lain sebagai jemputan seperti penyanyi Antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi, Faizal Tahir, Hafiz Suip juga dua penyanyi lelaki dari Seberang iaitu Afgan dan Cakra Khan.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 3 Mac 2016

Read more ...

Serpihan MH370 kah yang ditemui di tebing pasir pa... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 03 Mac 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Satu objek kemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu, dijumpai terdampar di tebing pasir di Mozambique, berhampiran Pulau Reunion, lokasi flaperon ditemukan Julai tahun lalu.

Sumber memberitahu NBC News, objek itu sedang diperiksa bagi memastikan kaitannya dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penum­pang serta anak kapal.

Objek dijumpai seorang rakyat Amerika itu tertera tulisan 'NO STEP', dan mungkin bahagian penyambung antara sayap dengan ekor pesawat.

Serpihan berkenaan dijumpai di Terusan Mozambique yang menghubungkan antara timur Afrika dan Madagascar, lokasi berhampiran Pulau Reunion di mana satu-satunya objek berkaitan MH370, flaperon ditemukan tahun lalu.

Penyiasat Malaysia, Australia, Amerika Syarikat dan wakil Boeing juga dilapor telah melihat gambar objek terbabit, namun semua pihak enggan mengulas lanjut.

Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) menyatakan, pihaknya tahu tentang perkembangan baharu itu.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai belum dapat disahkan bahawa objek yang ditemui di Mozambique ialah milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut.

"Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini," kata beliau dalam laman Twitter malam ini.

Liow mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihan dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.

"Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu," kata Liow.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut.-3/3/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Harga Justin Bieber Dianggar Bernilai RM838 juta

Genap usia 22 tahun, namun dalam usia semuda itu, bintang pop terkenal, Justin Bieber, dianggarkan punya nilai AS$200 juta (RM838 juta).

Menurut laporan Celebrity Net Worth, pendapatan Bieber dalam setahun adalah sekitar AS$60 juta (RM251 juta) hingga AS$80 juta (RM335 juta).

justin-bieber

Perolehan daripada jualan empat albumnya mencecah AS$16 juta (RM67 juta), AS$98 juta (RM410 juta) daripada tiga siri konsert jelajah, AS$6 juta (RM25 juta) bayaran sebagai duta dan jurucakap beberapa produk, dan AS$98 juta (RM410 juta) hasil kutipan filem Never Say Never.

Berasal dari Ontario, Kanada, Bieber yang lahir pada 1 Mac dibesarkan oleh ibunya yang (ketika itu) merupakan ibu tunggal, dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah.

Bakat Bieber dikesan pada usia 13 tahun oleh rakan kongsi bintang R&B, Usher, iaitu Scooter Braun.

Selain menyanyi, Bieber juga seorang komposer dan berkebolehan bermain beberapa alat muzik seperti drum, piano, gitar dan trompet.

Sumber: Malaysian Digest

Komen via Facebook

Komen

— 205 Bacaan
Read more ...

Indonesia keluar amaran tsunami susulan gempa kuat

Read more ...

Turut Rasa Gegaran Selama 10 Saat, Kondominium Pelangi Mall Bergegar

Petaling Jaya: Lebih kurang 50 penduduk di sekitar Taman Medan, PJS 1, PJS 2, PJS 3 dan PJS 5 di sini turut merasa kesan dari gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Sumatera malam tadi.

Laporan dari Harian Metro menyebut, ada segelintir penduduk yang mendakwa merasai gegaran kira-kira 10 malam tadi.

Laporan itu turut berkata, seorang penduduk Aidil Putra Hamzah, 25, memberitahu dia ada merasai gegaran sebaik turun dari lif di rumahnya di tingkat 11 untuk membeli makanan.

Menurut beliau, gegaran itu berlaku dalam tempoh 10 saat dan dia terkejut dengan kejadian itu kerana menyangkakan gempa bumi.

"Memang rasa pening masa berlaku kejadian itu tapi sekarang sudah okay, sekejap saja gegaran itu," katanya.

Di Kota Bharu pula, kira-kira 100 penghuni kondominium di Pelangi Mall terkejut apabila bangunan tersebut bergegar, dipercayai kesan dari gempa bumi tersebut.

Mereka berhimpun di luar kondominum berkenaan kira-kira jam 9.15 malam sebagai langkah berjaga- jaga.

Seorang penghuni, P Kalbana, 32, yang juga wartawan NST, berkata beliau berada di kediamannya ketika gegaran itu berlaku.

"Ketika itu saya sedang minum dan saya lihat gelas di atas meja bergoyang. Ia berlaku dalam 30 saat dan apabila saya keluar dari kondominium itu saya dapati ramai orang sudah berkumpul di luar," katanya yang tinggal di tingkat 12.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.38 malam tadi.

"Pihak kami membuat pemeriksaan di bangunan itu dan dapati semua penghuni sudah keluar dari kediaman masing-masing," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, kenyataan dari Met Malaysia menyebut, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor dan Johor. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Met Malaysia turut mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat satu lagi gegaran bermagnitud 5.0 Selatan Sumatera, 1125KM selatan Port Dickson. Gempa itu berlaku pada 11.12 malam tadi.
Read more ...

Najib bijak mencari peluang, kata Zam

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak merupakan individu yang bijak mencari peluang.

Malah katanya, jika diimbau kembali sejarah Najib dalam Umno, beliau seringkali menunggu kesempatan bagi mendapatkan tempat.

"Najib berjaya atas peluang-peluang yang terbuka kepada dia. Dia hanya perlu menunggu.

"Cuba kamu tengok balik sejarah dia, banyak kali dia menunggu kesempatan dan dia dapat tempat itu," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, FMT dan Berita Daily.

Begitu juga, katanya, usaha mendesak pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri telah memberikan peluang besar kepada Najib untuk memerintah.

Kejayaan itu, tegas Zainuddin, memberi rahmat kepada Najib.

"Yang dapat manfaat terbesar ialah Najib," tegasnya.

Sementara itu, Zainuddin berkata dana politik yang disalurkan kepada presiden Umno tidak seharusnya diketahui oleh rakyat.

Katanya, dana tersebut bukanlah perkara baru dan beliau percaya pemimpin terdahulu pernah menerimanya tanpa diketahui umum.

"Saya percaya, benda-benda ini berlaku juga di zaman Tunku, dalam zaman Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, mungkin ada bantuan dana politik yang diterima.

"Macamana boleh terdedah, kemudian kenyataan Najib tidak konsisten, jadi dengan sendirinya menghakis integriti," katanya.

Read more ...

Penduduk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dinasihat jauhi pantai

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan gempa kuat di barat daya Sumatera, penduduk di pesisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi pantai mulai jam 12.45 tengah malam ini, sehingga nasihat berkenaan ditarik balik.
Read more ...

Uqasha Senrose Akui Teruja Bakal Berlakon Dalam Teater Ombak Rindu

Pelakon popular Uqasha Senrose yang kini sedang hangat berlakon sebagai heroin dalam drama Tundukkan Playboy Itu kini baru sahaja terima durian runtuh.

Uqasah bakal memegang watak sebagai Izzah dalam teater Ombak Rindu di samping Keith Foo yang memegang watak sebagai Harriz. Teater yang diangkat daripada novel terkenal tulisan Fauziah Ashari itu akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 22 April depan.

Uqasha Senrose 2

Selain dirinya, turut membintangi naskhah terbitan CTRA Production itu ialah Zarina Zainoordin, Zaidi Omar, Izzue Islam, Aris Lufias, Ameer dan Karl Shafek.

Sebelum ini, menerusi versi filem yang ditayangkan pada penghujung 2011, watak utama perempuan dipegang oleh Maya Karin manakala karakter Hariz pula dijayakan Aaron Aziz.

Uqasha yang julung kali beraksi di pentas teater mengaku dirinya cukup teruja untuk menggalas tanggungjawab berkenaan. Pada masa sama, dirinya juga gementar dengan amanah yang diberikan kepadanya.

Uqasha Senrose 1

"Penerbitnya, Kak Roy (Siti Rohayah Attan) yang menawarkan saya peluang ini, beberapa hari lalu. Saya dimaklumkan bakal membawa dua karakter untuk pementasan teater ini."

"Saya memang terkejut dengan peluang ini kerana watak berkenaan bukan calang-calang. Ia pernah dilakonkan oleh Maya yang diakui sangat hebat bakatnya. Jujurnya, saya berfikir banyak kali untuk menerima tawaran ini."

"Begitupun selepas diyakinkan Kak Roy, saya menyahut cabaran berkenaan. Sudah tiba masanya juga saya mencabar kemampuan diri. Sebelum ini saya pernah beberapa kali mendapat tawaran dari Istana Budaya untuk berlakon teater, begitupun saya menolaknya kerana belum berani mengambil risiko. Insya-Allah saya akan cuba berikan yang terbaik untuk watak Izzah ini."

Uqasha Senrose 3

Uqasha yang masih lagi menjalani pengambaraan drama Tundukkan Playboy Itu akan selesai pada 23 Mac depan. Selepas berehat seketika Uqasha akan terus menjalani sesi latihan yang dijangka akan dilakukan pada 28 Mac nanti.

"Penggambaran Tundukkan Playboy Itu dijangka selesai pada 23 Mac ini. Kemudian, saya akan berehat seketika sebelum memulakan latihan untuk teater ini pada 28 Mac. Saya akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan watak Izzah dengan memberikan tumpuan penuh ketika latihan kerana saya sedar, saya langsung tiada asas dalam lakonan teater."

Uqasha Senrose 4

Apapun, semoga Uqasha dapat lakukan yang terbaik ketika pementasan nanti di Istana Budaya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Isu Gambar Seksi, Inilah Tindakan Uqasha Senrose Bikin Panas!!
  • Isu Gambar Percutian Uqasha Senrose, Inilah Komen 'Pedas' Iqram Dinzly Bidas Netizen!!
  • Uqasha Senrose Dan Iqram Dinzly Bermesra Dalam Penerbangan?
  • Read more ...

    Selepas Keluar Umno, kata kunci ‘Mahathir’ carian teratas Google Malaysia

    CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Selepas Keluar Umno, kata kunci 'Mahathir' carian teratas Google Malaysia Kata kunci "Mahathir" popular sekali lagi dalam carian Google Malaysia, selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada Umno semalam.

    Menurut laman sesawang awam Google Inc, Google Trend, carian di Google Malaysia untuk perkataan "Mahathir" mula memuncak pada 8 malam semalam dan terus menunjukkan arah aliran hingga 6 petang ini.

    Perkataan ini juga sebelum ini menguasai carian pada google.com.my sebanyak lima kali dalam 10 tahun lalu, terutamanya pada April tahun lepas apabila bekas perdana menteri mengeluarkan kenyataan di blognya, chedet.cc, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berterus terang mengenai beberapa isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Carian perkataan ini juga popular pada 2013, apabila anak Dr Mahathir, Datuk Seri Muhkriz Mahathir memenangi kerusi pertamanya sebagai menteri besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Pada Jun 2006 pula, Dr Mahathir menjadi popular selepas lantan g mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih banyak menghentikan projek pembangunan yang pada mulanya diterajui dirinya.

    Permulaan blog peribadi Tun Mahathir pada Mei 2008 juga mendapat carian yang tinggi dan juga pada bulan April 2005, apabila perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengadakan pertemuan mesra dengan mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura.

    Sebagai perbandingan, perdana menteri Najib, dicatat sebagai orang ke-3 paling dicari Google Trend tahun lalu selepas Paul Walker dan Lee Kuan Yew di tempat teratas.

    Sebagai perbandingan dengan Dr Mahathir, carian bagi "Najib" mula menjadi lebih popular apabila beliau mengambil alih kuasa pada 2009. – 1 Mac, 2016. TMI

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *