Saturday, February 27, 2016
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM360 juta dalamkan Sungai Sarawak
Kenapa Datuk Alif Syukri Rahsiakan Kisah Rumahtangga?
SEKALI LAFAZ - LIZA HOT FM KINI SAH BERGELAR ISTERI
Bukan hanya Yatt Hamzah yang melangsungkan pernikahan hari ini, malah Liza Hot FM juga telah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan Mohd Khairil Anuar Mohd Ghany dalam majlis ringkas di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Sungai Soi, Mohd Asri Abu Bakar di hadapan lebih 50 tetamu kira-kira jam 9.55 pagi.
Dalam majlis itu, Liza yang anggun menggayakan sepersalinan berona putih kelihatan mengesat air mata sejurus lafaz nikah disahkan.
Mohd Khairil kemudiannya memakaikan Liza gelang tangan sebagai simbolik upacara membatalkan air sembahyang.
Turut menemani Liza sepanjang majlis berkenaan berlangsung adalah rakan seperjuangannya, Fara Fauzana dan Fizee.
Difahamkan, majlis persandingan mereka dijangka akan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini.
Sumber: BH
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomMajlis Menyambut Menantu, Akim & Stacy di Johor Bahru
Pada 5 Febuari lalu, pasangan penyanyi terkenal Akim dan Stacy telah selamat dinikahkan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah kira-kira pukul 10.15 pada pagi Jumaat.
Semalam (26 Feb), telah berlangsungnya majlis menyambut menantu di sebelah pengantin lelaki iaitu Akim di Johor Bahru.
Negeri Johor amat sinonim mengunakan istilah majlis menyambut menantu sebagai tanda terima kasih di atas kunjungan keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.
Majlis ini telah diraikan secara sederhana tetapi meriah yang turut dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh hataawangphotography selaku jurufoto rasmi, kelihatan kedua-dua pasangan ini sungguh gembira dan penuh dengan senyuman.
Jom kita lihat foto-foto majlis manyambut menantu yang begitu cantik dan indah.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 27 Feb 2016
Popular Posts
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
Kerajaan mengambil tindakan yang betul untuk membawa negara keluar daripada krisis dan semakan semula Bajet 2016 adalah langkah tepat ke ara...
-
MELAKA - Seorang bapa dan anaknya berusia tiga tahun, cedera selepas ditimpa dahan pokok di Melaka Zoo & Night Safari, Jum...
-
Sikap remaja di zaman ini, adakalanya membuatkan kita yang dewasa ini hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Ada segelintir ...
-
MANCHESTER: Unit pemusnah bom sudah meletupkan secara terkawal bungkusan yang mencurigakan yang ditemui di Stadium Old Trafford. ...