Recent Post

Saturday, February 13, 2016

Jepun belasah Malaysia 11-1 di kejohanan Futsal AFC

Pemain gantian negara, Afif Asyraf Muhammad Halil menyumbang gol tunggal barisan kendalian Marcelo Serpa itu pada minit ke-14.
Read more ...

Jujur Saya Rasa Berdebar Nak Nikah Semula Dengan Eddie รข€“ Raja Azmi

Meskipun bakal bernikah kali kedua bersama Eddie pada 26 Februari ini, Raja Azmi akui beliau ada rasa berdebar menanti hari perkahwinannya itu.

Jujurnya, saya rasa berdebar menantikan detik pernikahan semula bersama Eddie. Macam kali pertama nak bernikah pula. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi jodoh dan peluang untuk perbaiki perkahwinan kami ini.

Menurut Raja Azmi atau lebih mesra disapa Kak Mie, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan menumpukan pada perkara yang wajib sahaja.  Pasangan ini bakal bernikah di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan. Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula.

Soal jodoh ini tiada siapa boleh tahu, walaupun pernah bercerai sekali tetapi pasangan ini disatukan semula. Semoga perkahwinan Kak Mie dan Eddie kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

20 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA ALLY ISKANDAR

Alahai bahagianya hidup pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee apabila memiliki seorang anak perempuan comel bernama Maream Esabel yang menghiasi kehidupan keluarga kecil mereka.

Melalui gambar yang dikongsikan, jelas terpancar kebahagiaan keluarga ini.

GAMBAR TERKINI

GAMBAR EXTRA - JANUARI 2016

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

7 Tip Sediakan Dinner Romantik Untuk Raikan Cinta Dengan Si Dia

Dengan keadaan ekonomi sedang menjunam dan harga makanan cukup mendadak naik di hampir setiap restoran, anda mungkin harus memikirkan alternatif lain untuk meraikan bulan cinta ini bersama si dia. Salah satunya ialah menyediakan hidangan makan malam romantik anda sendiri serta meraikannya di rumah dengan bajet cukup rendah. 

Dengan cara ini, anda bukan saja dapat berjimat tetapi juga mampu  menikmati hidangan yang benar-benar anda gemari, dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama si dia dan paling penting anda dapat mencetuskan pelbagai kejutan buat pasangan yang anda cintai atau sayangi itu. 

Di sini adalah perkara-perkara yang perlu anda titik-beratkan jika ingin meraikan hidangan cinta bersama si dia di rumah. 

1. Lakukan perancangan menu romantik anda - Anda perlu membuat perancangan tentang hidangan makan malam cinta yang ingin anda sediakan. Cubalah membuat kejutan dengan menyediakan 3 course hidangan bermula dengan appetizer, main course. Pastika n kesemua hidangan anda itu penuh dengan elemen romantik dan cinta.  

Jika anda bukan kaki memasak, jangan cuba bereksperimental dengan memilih resepi yang anda tidak pernah buat sebelum ini. Pilih resepi yang anda betul-betul yakin anda mampu masak. Elakkan menyediakan makanan yang boleh mempercepatkan proses bau mulut seperti daging atau bawang putih. Pastikan juga anda tidak memilih hidangan main course yang terlalu berat. 

Cadangan appetizer adalah Shrimp with Basil-Mango Sauce Recipe (www.tasteofhome.com 

Cadangan main course -  Lemon Chicken Piccata (www.allrecipes.com)

Cadangan dessert pula seperti Mini Fruit and Brownie Trifles (www.justtaste.com) 

2. Uruskan masa anda dengan baik - Sebaik saja anda sudah memastikan resepi hidangan yang anda mahu sediakan itu, anda harus membeli segala bahan-bahan itu sehari sebelum makan malam romantik anda. Lakukan juga persiapan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk hidangan masakan anda dengan segera. 

Anda pasti tidak mahu menghabiskan masa dengan memasak di dapur pada keesokan harinya. Dengan cara ini, anda dapat menyediakan semua hidangan dalam tempoh masa yang singkat, dapat merehatkan diri buat seketika sebelum menjelangnya malam, dapat menghiaskan diri dan rumah anda untuk meraikan kedatangan si dia. 

3. Cetuskan mood yang romantik - anda boleh menghias meja anda lilin atau bunga segar untuk menikmati candle light dinner bersama si dia. Anda juga boleh memilih penyegar rumah perisa yang sesuai untuk mencetuskan bauan enak dan menghangatkan. Seperkara lagi gunakan lampu kuning perang malap. Ia pasti akan menimbulkan suasana yang romantis. Atau nyalakan lilin-lilin wangi d i beberapa sudut. 

4. Wujudkan suasana yang sempurna - anda boleh memasang lagu-lagu romantik daripada stesen radio kegemaran anda. Kalau tidak pun, anda boleh memasang Raku atau Spotify untuk mendengar lagu yang berada di dalam senarai pilihan anda. Atau anda juga boleh melakukan kejutan dengan menyediakan senarai lagu untuk si dia. 

5. Mulakan dengan appetizer - Hidangan appetizer anda bersama minuman yang menyegarkan dan mungkin berbual kecil tentang perkembangan diri masing-masing atau berkongsi kisah menarik yang baru saja menimpa anda berdua. 

Kemudian hidangan main course - Menerusi hidangan ini, anda sudah boleh memfokuskan fasa perbualan lebih serius mengenai hubungan anda berdua. Bagi hidangan dessert pula,inilah peluang bagi anda dan si dia untuk menikmati suasana yang santai tetapi penuh romantik.  

6. Lakukan beberapa aktiviti bersama - anda boleh bermain games, melihat gambar-gambar atau menonton filem kegemaran menerusi TV. Anda boleh menga mbil gambar selfie bersama dan jadikan ia kolaj di dalam telefon bimbit pintar anda. 

7. Hadiah Cinta - Anda boleh melakukan kejutan dengan memberikan hadiah sempena meraikan bulan cinta ini. Kejutan hadiah boleh dilakukan pelbagai cara. Anda boleh menyediakan nota-nota kecil yang mengandungi kata-kata arahan atau petunjuk di mana hadiah itu berada. 

Atau berpura-pura meminta dia mengambil sesuatu di dalam bilik, namun hadiahnya sudah tersedia di situ. Jika anda lelaki dan mahu memberikan cincin kepada gadis kesayangan anda, mungkin anda boleh meletakkan cincin itu di dalam dessert anda. 

Sumber (www.tasteofhome.com), (www.allrecipes.com) , (www.justtaste.com)

Artikel ini disiarkan pada 13 Fen 2016 

Read more ...

1194 notis dikeluarkan dalam Ops Tahun Baru Cina - Kosmo!

1,194 notis dikeluarkan dalam Ops Tahun Baru Cina

13/02/2016 12:42pm

BUTTERWORTH - Sebanyak 1,194 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb hingga malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Noorul Habib Abdul Guduse berkata daripada jumlah itu, 496 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal melibatkan pelbagai kesalahan dengan tiada lesen memandu mencatatkan kesalahan tertinggi.

"Sejumlah 1,092 kenderaan diperiksa dan 496 notis dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tidak mempamerkan 'P' dan lain-lain kesalahan.

"Ops khas yang kami jalankan pada malam ini turut disertai beberapa agensi lain dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar, Puspakom serta Unit Narkotik dan Trafik Polis Diraja Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata dalam operasi malam tadi, sebanyak lima penunggang dan pembonceng motosikal berumur antara 24 hingga 41 tahun didapati positif dadah. - Bernama

Read more ...

Kompilasi Lagu Terbaik Bertemakan Cinta di Spotify

Send A 'Love Note' To Your Sweetheart This Valentine's Day spotify-valentines.comJustin Bieber's 'Love Yourself' Ranks as the Top Love Song both globally and in Malaysia on Spotify

HAPPY VALENTINE'S DAY FROM SPOTIFY!

12 February 2016, Kuala Lumpur: Left it too late to buy a Valentine's Day card this year? Then Spotify has the perfect solution. Today, Spotify launches Love Notes, a tool that lets you compile the perfect playlist for the one you love, complete with a hidden message.

Simply visit spotify-valentines.com to get started. Firstly, choose the romantic mood level of your playlist, from light and flirty to steamy and committed.

Spotify Love Notes 1

Next, pick up to three genres of music that you'd like to make up the playlist. Lastly, type the message you want to send (in up to 54 characters), and Spotify will generate an acrostic playlist, in which the first letter of each track spells a message for your Valentine. The corresponding playlist can feature up to 54 songs.

To further get you in the mood for love, Spotify can reveal that Justin Bieber's "Love Yourself" is the top love song, closely followed by "All of Me" from John Legend.

Top Love Songs (Global)

1. "Love Yourself" – Justin Bieber

2. "All of Me" – John Legend

3. "Photograph" – Ed Sheeran

4. "Sorry" – Justin Bieber

5. "Could You Be Loved" – Bob Marley and the Wailers

6. "Not a Bad Thing" – Justin Timberlake

7. "Pony" – Ginuwine

8. "Say My Name" – Destiny's Child

9. "Rude" – MAGIC!

10. "No Diggity" – Blackstreet

Embed code:

For those who want to fall in love all over again, check out these romantic classics with the Couples in Love playlist;

Embed code:

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Gerak Khas Musim Baharu Mula Siar Bulan Depan

gerak-khas-2016

KUALA LUMPUR – Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak 1999, Gerak Khas akan memulakan siaran untuk musim baharu pada 4 Mac ini.

Drama penyiasatan terbitan syarikat terkenal Skop Production itu, yang menampilkan 26 episod untuk musim 2016 ini akan disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di stesen TV2.

Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata drama bersiaran lebih 15 tahun itu menampilkan barisan pelakon baharu termasuk Fattah Amin dan Raja Ilya bagi memberi nafas segar musim ini.

"Enam pengarah berbeza yang turut serta dalam penggambaran untuk musim kali ini iaitu saya sendiri, Syamsul Yusof, Aziz M. Osman, Faizal Yusof, C. Kumaresan dan Majed Salleh.

"Ia akan memberi pelbagai sentuhan dalam setiap episod," kata Yusof pada majlis pelancaran dan sidang media Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee Finas, di sini Khamis.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. Turut hadir ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Sementara itu, ketika berucap, Jailani berkata Gerak Khas juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya drama tempatan yang mampu bertahan dalam tempoh lebih sedekad.

Pelakon Gerak Khas 2016 (dari kiri) Zek Zamri, Latisha Shamsir, C. Kumaresan, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Raja Ramilah Raja Mohamad dan Saiful Nizen Ayob pada Majlis Pelancaran Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS.

Pelakon Gerak Khas 2016 (dari kiri) Zek Zamri, Latisha Shamsir, C. Kumaresan, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Raja Ramilah Raja Mohamad dan Saiful Nizen Ayob pada Majlis Pelancaran Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS.

Beliau berkata kementerian mengharapkan supaya lebih banyak isu dan ancaman dihadapi pada masa kini yang dibawa oleh media baharu, dapat ditonjolkan dalam drama seperti Gerak Khas.

"Saya turut menyeru kepada semua penerbit tempatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tanah air. Berilah makna kepada usaha yang dibuat itu.

"Hasilkanlah rancangan yang bukan sahaja mempunyai nilai komersial, tetapi mempunyai nilai kepada kehidupan dan memberi pengajaran kepada penonton," katanya.

Berita berkaitan:

Bapa sembunyi kegiatan anak

Yasmin Hani Tepis Kononnya Syok Sendiri

Siti Saleha berdebar untuk menyanyi

Di Sekitar Majlis Persandingan Mila Jirin Dan Suami

Nabil Ahmad Terbuka Terima Gurauan, Akui Diri Tidak Sempurna

Komen

comments

Read more ...

Laporan Penemuan Juruterbang MH370 di Taiwan Tidak Benar - Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Susulan satu laporan yang mendakwa kononnya juruterbang MH370 sudah dijumpai dan sedang dirawat di Taiwan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tampil menafikan laporan tersebut.

"Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada kami," katanya sebagaimana lapor Bernama.

"Jangan buat spekulasi," tambah Liow.

Sebelum ini, tersebar satu keratan berita dari portal worldnewsdailyreport.com yang mendakwa juruterbang MH370 dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui oleh penduduk kampung yang kemudian membawanya ke Taipei Adventist Hospital. - Siakapkeli.my

Read more ...

Mengapa perlu tambahan 1.5 juta pekerja asing?

ULASAN Pada 25 Jun 2015, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah mengumumkan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh untuk memenuhi sektor pekerjaan di Malaysia.

Namun semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Perjanjian Malaysia-Bangladesh memeterai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dibuat di kala pengumuman penyusunan semula serta penambahan sistem kadar levi untuk pekerja asing berkuat kuasa 1 Februari 2016. Mengapakah wujud kontradiksi antara dasar serta pelaksanaan oleh kerajaan dalam menangani tenaga kerja di negara kita?

Perjanjian Malaysia-Bangladesh bercanggah dengan agenda ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11; iaitu dalam mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Dalam mengejar visi ekonomi berjiwa rakyat, kerajaan wajar menetapkan gaji minimum RM1,350 bagi tahun ini dan mensasarkan RM1,850 pada tahun 2020 untuk mencapai nisbah 40 peratus gaji daripada jumlah KDNK negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid sekadar menyebut sasaran ini tetapi kita tidak melihat rancangan konkrit dalam mereleasasi sasaran ini.

Kerjasama Malaysia-Bangladesh menggunakan sepenuhnya sistem dalam talian bermula dengan proses permohonan pekerja; kononnya untuk mengawal penglibatan ejen pekerja asing tidak sah yang menyumbang kepada kenaikan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing.

Umum mengetahui dengan wujudnya mekanisme rundingan terus ini akan menyulitkan lagi proses majikan untuk menghantar semula pekerja yang didapati bermasalah memandangkan mereka yang diterima masuk telah mendapat akses penuh daripada kedua-dua kerajaan. Adakah mekanisme G2G bakal menghapuskan terus penggunaan ejen yang bakal menambah kos?

Bahkan kuasa yang diberikan kerajaan kepada agensi yang mengelola sistem ini menimbulkan persoalan memandangkan kerajaan kini mengalami isu ketirisan kepercayaan rakyat.

Jelas bahawa langkah utama di dalam melahirkan gaji minima impian adalah menerusi had penggunaan pekerja asing dalam industri tertentu.

Makanya, pasca perbincangan menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan, kerajaan perlu meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had ke atas guna tenaga pekerja asing oleh industri.

Khususnya bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan, seharusnya tiada pekerja asing yang digunapakai; untuk sektor pembinaan peratusan maksimumnya 30 peratus dan bagi industri berasaskan agro/perladangan, peratusan maksimumnya pula 50 peratus.

Penguatkuasaan dan pemantauan industri perlu untuk memastikan kuota yang ditetapkan diikuti.

Dasar penggunaan pekerja asing mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang rata-ratanya 70 peratus berpendidikan SPM ke bawah. Hari ini Low Yatt, kedai-kedai makan, stesen minyak, hotel-hotel, industri pembinaan, kilang-kilang seperti Proton dibanjiri dengan kehadiran pekerja asing.

Akibatnya, gaji terus mengecil dan gagal berkembang. Kesemua industri ini mampu dipenuhi oleh pekerja tempatan jika mereka dibayar dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, sewajarnya kerajaan Malaysia memandang serius saranan yang dikemukakan oleh pemangku Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Halim yang berkata, penyelarasan kadar levi dapat menetapkan kuota mengikut sektor bagi mengelakkan lambakan pekerja asing di negara ini.

Saranan saya adalah kemasukan lebih ramai pekerja asing tidak perlu disegerakan. Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah penguatkuasaan kawalan undang-undang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Selesaikan dahulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing; di mana 2.135 juta secara sah dan 3.7 juta tanpa izin.

Bahkan, atas nama keterbukaan, senaraikan syarikat-syarikat dan Industri yang mengemukakan permohonan kepada kementerian secara transparen supaya rasional penempatan keperluan rakyat tempatan mampu dilaksana dalam memenuhi sektor tenaga buruh yang diperlukan.

Pastikan levi dibayar oleh syarikat dan majikan yang menggaji pekerja asing bukan seperti praktis sedia ada di mana pembayaran dilunaskan oleh pekerja bukannya majikan.

Utamakan kebolehpasaran pekerja tempatan dahulu berbanding memperkukuh dan memeterai dasar pengambilan pekerja asing.

Jangan dipinggir isu lambakan pendatang asing yang memberi impak negatif kepada gejala sosial di kawasan penduduk tempatan; termasuklah fenomena di mana pekerja asing sendiri dimangsakan menerusi pelaksanaan hukum yang lemah!

NURUL IZZAH ANWAR adalah ahli Parlimen Lembah Pantai, naib presiden dan pengarah pilihan raya PKR
Read more ...

Tertuduh kes curi di Low Yat didenda RM2,000 ambil dadah

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dibicarakan bagi kes mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lalu, hari ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Read more ...

Selamat Pengantin Baru

AMIE'S LITTLE KITCHEN Selamat Pengantin Baru Nak belanja sekeping gambar di bilik pengantin. Anak buah melangsungkan pernikahannya pada 5hb Februari 2016.  Moga bahagia hingga ke syurga.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *