Recent Post

Sunday, October 02, 2016

Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016 - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016

02/10/2016 11:44am

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN

SERDANG - Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (gambar) dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1438 Hijrah/2016 dalam majlis sambutan yang diadakan di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pagi tadi.

Beliau yang berusia 75 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara menerima penghargaan itu di atas jasa dan sumbangan beliau memperkukuhkan undang-undang syariah Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Maal Hijrah yang pertama kali diperkenalkan tahun ini dianugerahkan kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September lalu.

Pemilihan bekas Mursyidul Am Pas itu sebagai menghargai sumbangan besar ulama tersebut dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *