Recent Post

Sunday, October 09, 2016

Kad pembayaran tanpa sentuh selamat - Bank Negara - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan kad tanpa sentuh yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini adalah instrumen pembayaran yang amat selamat dan hampir mustahil untuk dipalsukan.

BNM, menerusi satu kenyataan hari ini, menjawab kegusaran orang ramai berhubung penyebaran satu video yang menunjukkan kemungkinan ada orang tertentu melakukan 'elektronic pick-pocketing' (menyeluk saku secara elektronik) terhadap individu yang memiliki kad tanpa sentuh.

Menurut BNM, walaupun video itu menunjukkan bahawa butiran seperti nombor dan tarikh luput kad mungkin diperoleh dengan menggunakan alat pengimbas, pemegang kad tetap terlindung daripada pemalsuan.

"Ini kerana cip dalam setiap kad tanpa sentuh dilengkapi ciri keselamatan kriptografi canggih yang berkemampuan menjana kod dinamik unik bagi setiap transaksi.

"Ciri ini sekali gus menjadikan kad tanpa sentuh hampir mustahil untuk diklonkan atau dipalsukan," katanya.

Menurut BNM, Malaysia menerima pakai kaedah pengesahan bayaran yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian.

"Untuk menjamin keselamatan setiap transaksi, pemegang kad dikehendaki memasukkan kad pengesahan transaksi (transaction authorisation code atau TAC) yang dihantar melalui telefon mudah alih atau peranti keselamatan pemegang kad.

"Sekiranya butiran kad disalah guna untuk transaksi di laman web luar negara yang belum melaksanakan kaedah pengesahan yang kukuh, pemegang kad Malaysia tetap dilindungi melalui peraturan perubahan liabiliti (liability shift).

"Ia diperkenalkan oleh rangkaian kad antarabangsa dengan mensyaratkan peniaga luar negara dikehendaki menanggung liabiliti transaksi penipuan itu," menurutnya.

BNM bagaimanapun mengingatkan keselamatan kedua-dua kad pembayaran dan nombor PIN adalah tanggungjawab pemegang kad.

"Sekiranya kad pembayaran hilang atau dicuri atau nombor PIN mereka terdedah ataupun terdapat urus niaga tidak dibenarkan menggunakan kad mereka, pemegang kad perlu memaklumkan kepada pihak bank dengan kadar segera," menurut kenyataan itu.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *