Recent Post

Saturday, October 15, 2016

Isu RUU: DAP berdolak-dalik, kata Tiong Lai - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA TERENGGANU 14 Okt. - MCA mahu DAP berhenti berdolak-dalik dan menyalahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Mei lepas.

LIOW TIONG LAI

LIOW TIONG LAI

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, DAP kini cuba menuduh MCA dengan memperdayakan pengundi Cina bahawa MCA tidak tidak melakukan apa-apa mengenai RUU itu.

Sedangkan katanya DAP, pada pilihan raya umum sebelum ini bekerjasama baik dengan PAS sehingga membantu kemenangan PAS dengan undi daripada kaum Cina.

"Kita (MCA) telah menyatakan pendirian sebelum ini bahawa kita tak sokong RUU ini kerana ia menentang semangat Perlembagaan Malaysia.

"Sekarang kita nak tanya DAP apa pendirian dan tindakan mereka berhubung RUU itu dan kenapa mereka tidak sekat RUU yang dibentang oleh (Abdul) Hadi sedangkan dahulu mereka bersekongkol dalam PRU yang lepas?," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA, Pemuda dan Wanita Terengganu, di sini hari ini. turut hadir Pengerusi MCA negeri Datuk Toh Chia Yau.

Tiong Lai menarik perhatian bahawa sejak RUU dibentangkan, DAP tidak lantang menyatakan bantahan walaupun DAP mendakwa tidak lagi bekerjasama dengan PAS dalam hal-hal politik.

"Mereka kata mereka tidak bekerjasama, tetapi mereka masih bekerjasama di Selangor dan Pulau Pinang. Nampaknya mereka ada agenda lain yang cuba disembunyikan. Mereka tidak boleh nafikan yang mereka masih bersama-sama, di peringkat kerajaan negeri mereka (PAS dan DAP) sebenarnya masih bekerjasama," katanya.

Tiong Lai dalam pada itu mengulangi pendirian untuk tidak menyokong RUU itu kerana berpendapat ia bukan sahaja menentang semangat Perlembagaan Malaysia tetapi juga ia adalah undang-undang PAS.

"Kita (MCA) tidak ada masalah jika ia untuk memantapkan undang-undang syariah kerana ia masih tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi RUU itu adalah untuk menegakkan undang-undang Hudud PAS, jadi kita (MCA)... tidak setujulah," katanya.

Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.-BERNAMA

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *