Recent Post

Saturday, October 01, 2016

GPMS lancar tabung bantu pelajar Malaysia di Mesir - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

GPMS lancar tabung bantu pelajar Malaysia di Mesir

30/09/2016 4:15pm

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan melancarkan tabung bantuan bagi membantu pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar tunggakan yuran.

Timbalan Presidennya, Ezaruddin Abd. Rahman berkata, GPMS mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia termasuk syarikat korporat dan swasta bagi menjayakan tabung yang akan dilancarkan pada 7 Oktober ini.

"Kami amat prihatin dengan nasib pelajar-pelajar cemerlang daripada keluarga kurang mampu ini dan diharapkan inisiatif murni ini akan membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar tunggakan yuran pengajian yang mencecah jumlah RM4.5 juta.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata, kerajaan akan menawarkan dua pakej bantuan bagi membantu pelajar tersebut iaitu pinjaman kewangan bagi pelajar tahun akhir yang cemerlang dan selebihnya akan dibantu melalui tabung dengan kerjasama GPMS. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *