Recent Post

Sunday, October 16, 2016

Air pasang besar: 75 keluarga di Selangor dipindah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebanyak 312 orang daripada 75 keluarga telah mula berpindah ke tiga pusat penempatan mangsa banjir di seluruh Selangor setakat 6 petang ini sebagai langkah awal menghadapi fenomena air pasang besar.

Jurucakap bilik gerakan bencana Selangor berkata tiga pusat penempatan berkenaan adalah satu di Klang manakala dua lagi di Sabak Bernam.

"Di Klang, 179 orang daripada 40 keluarga telah mendaftar di pusatpenempatan Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda, Kapar.

"Bagi daerah Sabak Bernam pula, Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawarmenempatkan 111 orang daripada 31 keluarga manakala Dewan Orang Ramai Kampung Parit Baru menempatkan 22 orang daripada empat keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jumlah mangsa dijangka meningkat menjelang tengah malam ini dan awal pagi esok berikutan air laut diramal meningkat sehingga 5.7 meter pada kira-kira 6 pagi esok.

Sebelum ini, Jawatankuasa Bencana Selangor melaporkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku esok hingga Rabu ini dengan kenaikan paras air mampu mencecah ketinggian 5.6m hingga 5.7m.

Peningkatan paras air laut berkenaan boleh menyebabkan beberapa tempat di sekitar pesisir pantai termasuk kawasan rendah berisiko dilanda banjir. -Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *