Recent Post

Thursday, October 13, 2016

8 Anggota Polis Ditangkap Polis, Lans Koperal Sempat Lolos


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Petaling Jaya, 12 Okt: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menahan lapan anggota polis yang sedang leka berjudi di sebuah kedai makan di Jalan PJS 8/15, Bandar Sunway di sini petang tadi.

Harian Metro melaporkan, dalam serbuan kira-kira 2 petang tadi, pasukan itu turut merampas 50 botol air yang mengandungi cecair yang dipercayai air ketum.

Difahamkan, lapan anggota polis itu ditahan bersama dua orang awam ketika bermain 'judi 21'.

Bagaimanapun, seorang anggota berpangkat Lans Koperal sempat meloloskan diri dalam serbuan itu.

Menurut sumber, anggota yang ditahan adalah berusia antara 26 hingga 52 tahun.

"Ketika serbuan, seorang anggota berpangkat lans koperal sempat meloloskan diri. Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Way," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tangkapan itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *