Recent Post

Monday, September 26, 2016

UTM penganjur go-kart maut... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 26 September 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan penganjur kepada acara sukan go-kart Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 yang menyebabkan kematian dua penonton kerana kelemahan aspek keselamatan sepanjang perlumbaan.

Pengarah program berkenaan Prof Madya Dr Aminudin Abu dari UTM memberi alasan dua beranak yang terkorban berada di 'line race' iaitu kawasan larangan penonton kerana terlalu hampir dengan kawasan litar.

Program Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 Pengarah program berkenaan Prof Madya Dr Aminudin Abu dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengakui kawasan perlumbaan itu hanya dipagari dengan menggunakan pengadang plastik dan dikawal 25 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). "Kami menandakan 'line race' yang tidak seharusnya dimasuki penonton mengambil kira faktor keselamatan. Bagaimanapun keadaan agak kelam kabut kerana ramai yang memasuki line race ini menyebabkan anggota Rela tidak dapat mengawal keadaan,"katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui  kawasan perlumbaan itu hanya dipagari dengan menggunakan pengadang plastik dan dikawal 25 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Kekurangan anggota kawalan keselamatan menyebabkan Izwan Isa, 39, bersama isteri Siti Suhaiza Seman, 38, dan 2 anak mereka Muhammad Izz Danial, 7, dan Nur Zulaikha, 4, serta beberapa penonton lain mengambil kesempatan untuk berada terlalu dekat dengan litar untuk menyaksikan perlumbaan. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pihak penganjur juga hanya menggunakan pengadang plastik untuk memisahkan litar dengan penonton sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya. Ujar Aminuddin, program berkenaan ialah program kesembilan perlumbaan itu dan kali kedua di negeri ini, yang merupakan platform kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi mempraktikkan ilmu dan inovasi dalam mereka bentuk serta menguji kenderaan bermotor ciptaan masing-masing. "Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini. Bagaimanapun kami ak an mengambil iktibar daripada kejadian ini dan akan meningkatkan aspek keselamatan dalam penganjuran program ini pada masa depan," katanya. Aminudin berkata antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah tidak lagi menganjurkan perlumbaan di litar terbuka yang boleh dimasuki orang awam. Di Johor Baru, Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata selaku penganjur, mereka turut bersedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, sambil menyerahkan hal itu untuk disiasat polis. Katanya, sejak awal pertandingan, segala aspek teknikal, keselamatan, pemilihan gelanggang dan usaha mendapatkan kelulusan dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) – badan yang menguruskan sukan permotoran di Malaysia, dikendalikan UTM. Malah, mereka juga mengambil langkah keselamatan perlu termasuk meletakkan pengadang air (water barrier), pita keselamatan dan anggota keselamatan di litar perlumbaan bagi mengelakkan kemalangan melibatkan penonton. "Ini selaras dengan saranan MAM dan perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota (Pahang) itu diperakukan selamat untuk perlumbaan disertai 51 pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jenazah dua beranak yang maut akibat dirempuh kenderaan go-kart selamat dikebumikan malam tadi (gambar). Jenazah Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, pada pukul 11.10 malam. Hampir 200 anggota keluarga dan kenalan hadir sewaktu majlis pengkebumian bagi memberikan penghormatan terakhir. Terdahulu, jenazah kedua-dua beranak itu dikafan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, pada pukul 10 malam, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob adalah antara 600 jemaah yang menyertai solat jenazah itu. Isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, 7, cedera dan dirawat di HTAA dan setakat petang semalam, hanya Siti Suhaiza, guru di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, kelibat beliau tidak kelihatan semasa uru san pengebumian.-26/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *