Recent Post

Saturday, September 03, 2016

UCSI anugerah biasiswa RM18 juta kepada 946 pelajar - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

UCSI anugerah biasiswa RM18 juta kepada 946 pelajar

03/09/2016 12:52pm

KUALA LUMPUR - Seramai 946 pelajar Universiti UCSI menerima anugerah biasiswa dan dermasiswa bernilai lebih RM18 juta dalam Majlis Penyampaian Anugerah dan Biasiswa UCSI 2016 di kampus induk universiti berkenaan di sini, hari ini.

Disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Asma Ismail, biasiswa ini dianugerahkan kepada pelajar yang berkelayakan tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kepercayaan untuk melanjutkan pengajian mereka di Universiti UCSI.

"Tidak semua orang memiliki peluang yang sama dalam hidup dan sokongan kewangan adalah amat penting untuk membantu golongan kurang berkemampuan masuk ke dalam pendidikan, sekali gus memastikan pendidikan dapat diakses semua tanpa mengira tahap pendapatan atau latar belakang keluarga.

"Selagi ada potensi akademik dan keinginan untuk belajar, pihak kementerian dengan sokongan institusi-institusi pengajian tinggi akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam memastikan bakat-bakat berpotensi diberikan peluang memajukan diri," kata Asma dalam ucapannya pada majlis berkenaan hari ini. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *