Recent Post

Wednesday, September 28, 2016

Tiada lagi Pikacu di Taman Jaya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya adalah lokasi tumpuan pemain Pokemon Go, semuanya kerana Pikachu dikatakan kerap muncul di situ.

Bagaimanapun, raksasa berwarna kuning seakan tikus yang juga merupakan ikon permainan Pokemon GO itu kini tidak lagi muncul disitu kerana sudah berpindah ke KLCC.

Isnin lalu, iaitu hari terakhir Pikachu berada di situ, kira-kira 100 orang berkumpul sekitar jam 6 petang dan jumlah mereka meningkat dua kali ganda sehingga tengah malam.

Namun, mengikut tinjauan Malaysiakini di situ meskipun pada hari terakhir ramai orang dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang untuk menangkap Pikachu

Watak Pikachu ini menjadi kegilaan pemain apabila ia merupakan antara raksasa comel yang paling sukar dijumpai dalam permainan tersebut.

Lebih menarik apabila terdapat seorang wanita warga emas Ho yon Tai berusia 75 tahun turut serta dalam misi menangkap Pikachu bersama cucunya.

Menurut anak perempuan wanita itu Chai Len Sai, ibunya mula bermain permainan itu sejak hari pertama Pokemon Go diperkenalkan.

"Sebelum ini ibu duduk di kampung di Kampar, di sana kurang sikit Pokemon, jadi bawa dia di Kuala Lumpur dan kami akan pergi tangkap pokemon sama-sama.

"Permainan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sebab kami dapat berbual mengenai pokemon, ibu dan cucu juga jadi rapat sebab kongsi minat yang sama," kata wanita berusia 31 tahun itu.

Dalam kemeriahan peminat Pikachu berjalan ke sana kemari bagi memburu raksasa itu, pandangan kami tertumpu pada seorang lelaki yang sedang leka bermain Pokemon Go.

Mohd Hafiz Ismail 31 berkata sanggup membelanjakan RM500 bagi membeli 'coint' dari aplikasi permainan itu dan telah mengumpul 160 ekor Pikachu hanya di Taman Jaya.

Malah katanya, minatnya terhadap Pikachu tidak hanya tertumpu kepada permainan itu apabila beliau turut membeli pakaian kostum Pikachu serta membawa patung Pikachu keluar setiap hari.

"Saya main sejak 8 Ogos lagi. Memang ini permainan masa lapang saya. Pada 16 September saya dari pagi sampai tengah malam saya di sini dan saya dapat 60 ekor Pikachu. Kerana dia (Pikachu) keluar sekali kembar.

"Sebelum ini saya minat Hello Kitty dan sekarang ini saya minat Pikachu pula sebab dia comel, dahlah kuning, comel

"Saya memang minat sampai membeli pakaian cosplay Pikachu yang bernilai RM120. Dan saya memenangi patung Pikachu dari pertandingan peragaan yang saya akan bawa kemana-mana setiap hari," katanya sambil menunjukkan patung itu.

Bagi peniaga air yang mahu dikenali sebagai Arif berkata sejak permainan ini diperkenalkan, jualannya makin meningkat sehingga mencecah RM100 sehari.

Katanya, sepanjang beliau berada di Taman Jaya, terdapat pemburu Pokemon yang sanggup duduk di situ sehingga jam 4 pagi.

"Setiap petang saya jual air, tapi sejak Pokemon diperkenalkan, jualan air saya makin laku kerana ramai yang datang, sehari cecah RM100.

"Ada yang duduk di sini dari petang sampai jam 4 pagi kerana mengikut pengamatan saya Pikachu akan muncul lebih banyak antara jam 1 hingga 4 pagi," katanya yang turut bermain Pokemon.

Namun hari ini di media sosial rata-rata peminat Pikachu mengatakan bahawa raksasa itu tidak lagi muncul di situ sebaliknya sudah berpindah ke lokasi lain iaitu KLCC. 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *