Recent Post

Tuesday, September 27, 2016

Siti Sarah Akui Buat Rawatan Gigi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 32, mengaku usia antara faktor membuatkannya nekad menjalani rawatan mencantikkan giginya yang renggang, baru-baru ini. Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan berkata, bukan saja pada bahagian depan, malah giginya juga renggang pada bahagian kiri dan kanan.

Perubahan pada senyuman Sarah, seperti yang ditunjukkan di laman sosialnya mendapat perhatian ramai sehingga tidak kurang pengikutnya yang memuji gigi wanita itu yang kini kelihatan tersusun cantik. "Mungkin faktor usia juga yang membuatkan saya nekad dengan keputusan memperbetulkan gigi jarang saya.

Apabila usia meningkat, gigi saya sebenarnya renggang juga pada bahagian kiri dan kanan.

"Orang ramai selalu nampak gigi jarang saya di bahagian depan. Hakikatnya, di dua bahagian lain ia turut mengalami masalah sama. Kadang-kadang apabila menonton rakaman diri saya di TV, gigi kelihatan seperti rongak dan patah.

"Dalam hati, saya bertanya sendiri kenapa jadi begitu? Malah, saya juga berdepan kesukaran ketika makan. Makanan yang dijamah selalu tersangkut di celah gigi dan ia membuatkan saya jadi tak selesa," katanya ketika dihubungi BH Online.

Diusik dengan pertanyaan mengapa beliau sanggup kehilangan gigi unik seperti dimiliki sesetengah model terkemuka, Sarah berkata, dirinya bukanlah seorang peragawati, sebaliknya hanya penyanyi yang turut bergelar isteri dan ibu.

Selama menjadi penyanyi juga, isteri Shuib Sepahtu dan ibu kepada tiga anak itu sebenarnya berdepan masalah kecil ketika menyanyi kerana memiliki gigi jarang.

"Saya ubah gigi ini kerana mempertimbangkan banyak perkara. Ketika menyanyi, faktor pernafasan adalah amat penting. Namun, dengan gigi jarang saya sebelum ini, kawalan pernafasan saya kena lebih kuat," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Sarah memberitahu beliau sepatutnya muncul dengan single terbaharu sejak bulan lalu. Begitupun, pelancarannya terpaksa ditunda atas beberapa sebab tertentu. "Lagu berentak balada ini dicipta oleh kawan saya sendiri. Kali terakhir saya muncul bersama lagu baharu adalah menerusi Cinta Itu Nyawa, berduet dengan suami.

Bagaimanapun, ia bagaikan berlalu sepi. "Jadi diharapkan single terbaharu itu nanti dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya mengenai lagu terkini daripada saya," katanya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan pelawak terbabit.

Sumber: Berita Harian

Related

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *