Recent Post

Friday, September 09, 2016

Patung helang bukan tuhan untuk disembah, kata Dr M


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan untuk merobohkan patung helang di Langkawi, Kedah tidak akan menjadikan orang Melayu lebih Islamik.

Beliau berkata demikian merujuk pandangan sesetengah ulama bahawa patung makhluk hidup adalah "haram" di sisi Islam.

Mahathir menegaskan pandangan Islam terhadap patung yang perlu dirobohkan hanya berkaitan dengan patung-patung yang disembah sebagai tuhan.

"Mereka perlu diberitahu bahawa helang bukan tuhan untuk disembah. Setakat ini tiada orang Islam yang pernah berdoa di hadapan atau sujud menyembah patung helang di Langkawi.

"Memusnahkannya tidak akan menjadikan orang Melayu lebih Islam," kata beliau dalam blognya hari ini.

Mahathir juga menjelaskan bahawa pandangan Islam dalam hal ini berkembang dari masa ke semasa.

"Pada satu ketika potret dicat itu juga dilarang. Khalifah Turki juga mempunyai potret mereka yang dilukis tetapi ia tersembunyi daripada orang ramai.

"Tetapi kini dengan kemajuan dalam fotografi adalah mustahil bagi umat Islam untuk mengharamkan gambar fotografi manusia dan haiwan. Sesetengah ulama menyatakan bahawa gambar pegun boleh dikecualikan tetapi tidak gambar bergerak.

"Tetapi sekarang, gambar-gambar bergerak dan bercakap. Umat Islam kini mengabaikan sahaja peraturan terhadap potret atau gambar, sama ada bergerak atau bercakap. Malah ulama kini mempunyai gambar mereka," katanya.

Beliau berkata di Mesir walaupun dalam majoriti muslim, patung Firaun dipelihara dan salinan patungnya dibuat.

"Di Malaysia kita mempunyai Tugu Negara dan patung perdana menteri pertama negara ini. Umat Islam moden tahu bahawa ini bukan tuhan dan mereka tidak menyembahnya.

"Kita tidak lagi mengadakan majlis di tugu peringatan kerana boleh ditafsirkan sebagai sejenis sembahan. Tetapi kita tidak mempunyai upacara itu di hadapan patung perdana menteri pertama atau helang di Langkawi. Kita tidak melanggar kehendak Islam," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *