Recent Post

Wednesday, September 14, 2016

Keputusan tak memihak: Petanda mahkamah bebas?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sejak dua setengah bulan lalu, beberapa kes berprofil tinggi mahkamah menyaksikan keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan ataupun pihak pendakwa raya.

Ini termasuk tiga kes yang menyaksikan ahli parlimen pembangkang dibebaskan atas tuduhan menghasut, termasuk seorang yang didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan di sebuah dewan undangan negeri.

Keputusan seolah-olah petanda bahawa badan kehakiman dilihat lebih bebas, sejak kebelakangan ini.

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy, berkata, fakta dan undang-undang dalam kes-kes berkenaan diputuskan dengan betul, dan akan kelihatan benar-benar salah jika keputusan tersebut tidak dibuat.

"Tidak syak lagi bahawa penghakiman yang disampaikan dalam kes-kes ini, yang terus menyusul, akan dilihat sebagai badan kehakiman kita bermula untuk menegaskan kuasa kehakiman yang lebih bebas, saksama dan dengan berani.

"Fakta dan undang-undang dalam kes-kes berkenaan adalah sebegitu sehingga tiada hakim yang berwibawa mahu membuat keputusan sebaliknya," kata Param kepada Malaysiakini.

Param yang juga adalah presiden Majlis Peguam sekitar tahun 1980-an, berkata demikian ketika diminta mengulas peningkatan mendadak kes seperti itu, daripada Mahkamah Majistret kepada Mahkamah Persekutuan.

Kes yang tidak memihak k'jaan atau pendakwaan

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib, dianugerahkan ganti rugi RM5.16 juta berikutan tahanan mereka mengikut ISA pada tahun 2001, apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat pada 29 Jun lalu.

Pada 1 Julai lalu, Bilqis Hijjas, anak gadis seorang arkitek tersohor, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, atas dakwaan "tingkah laku menghina" apabila beliau melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebuah pusat membeli-belah, tahun lalu.

Tian Chua sekali lagi menjadi tumpuan pada 14 Julai lalu, apabila Mahkamah Rayuan, mengekalkan pembebasannya berhubung tuduhan menghasut, kerana kenyataannya mengenai pencerobohan Lahad Datu, selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan mereka.

Pada 26 Julai lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan tahanan mengikut ISA ke atas ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ISA lapan tahun lalu sebagai tidak sah dan dilakukan tanpa asas. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan sejumlah RM350,000 sebagai ganti rugidibayar kepadanya.

Dua hari kemudian, di Pulau Pinang, ADUN Seri Delima, RSN Rayer dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di George Town atas tuduhan menghasut, kerana mengeluarkan kata-kata 'Umno celaka' di DUN negeri.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan pula mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang memutuskan bahawa kerajaan tidak boleh membuat tuntutan, di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, berhubung ganti rugi ke atas kenderaan polis semasa perhimpunan BERSIH 3 daripada gerakan reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 .

Pada 29 Ogos lalu, BERSIH sekali lagi mendapat tumpuan apabila tiga anggota panel Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pengharaman kemeja-T kuning BERSIH yang digunakan pada perhimpunan BERSIH 4, adalah tidak munasabah.

Keesokannya, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan bahawa pengharaman yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar The Edge adalah salah dan mengarahkan bayaran ganti rugi dibuat.

Abu Bakar Omar (Wearing skullcap) Father of one of the Glenmarie police shooting victimsDua hari kemudian, Mahkamah Rayuan juga mendapati pihak polis dan kerajaan bertanggungjawab ke atas insiden tembakan di Glenmarie pada tahun 2010, di mana tiga pemuda, seorang daripada mereka berusia 15 tahun, terbunuh dan mengarahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuat keputusan mengenai ganti rugi .

Minggu lalu, tiga anggota panel Mahkamah Rayuan menolak tuduhan terhadap Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, kerana tidak memberi notis yang mencukupi kepada pihak polis untuk perhimpunan BERSIH 4 yang dilancarkan pada Ogos 2015.

Mereka memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober 2015, dalam kes setiausaha PKR Johor, R Yuneswaran, tidak boleh dipakai secara retrospektif.

Daripada kes-kes yang disenaraikan itu, setakat ini tiga sehingga tertakluk kepada rayuan oleh pihak pendakwaan. Kes berkenaan adalah pembebasan Bilqis, keputusan Mahkamah Rayuan menganugerahkan ganti rugi kepada Teresa Kok dan pembebasan Rayer oleh Mahkamah Sesyen.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *