Recent Post

Thursday, September 08, 2016

iPhone 7 Plus Tampil Dengan Kamera Dwi-Lensa, Tanpa Lubang Headphone, Kalis Air & 7 Ciri Lain Yang Perlu Anda Tahu Tentangnya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

8 Sept - Hari ini merupakan hari yang sangat mengujakan bagi peminat-peminat gadjet terutamanya peminat setia iPhone.

Baca : Opps. Amazon Secara Tidak Sengaja Terdedah foto iPhone 7

Apple kini sedang menjalankan majlis pengumuman produk terbarunya, iaitu iPhone 7 dan juga Apple Watch 2 yang sememangnya dinanti-nanti peminat.

Menurut blog teknologi Wiser.my, Apple telah mengesahkan ura-ura bahawa iPhone 7 Plus akan hadir dengan kamera Dwi-Lensa, yang mana satu upgrade yang buat besar buat iPhone.

Selain itu, Wiser.my juga berkata, Apple mengesahkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang (jack) headphone. Sebagai ganti, Apple membolehkan signal audio dialirkan menerusi lighting dan juga Airpods - earphone mudah alih.

Dan ini adalah perkara-perkara lain yang perlu anda tahu tentang iPhone terbaru keluaran Apple ini.

  • - iOS 10
  • - Butang Home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru
  • - Kalis air & debu
  • - Kamera hadapan 7MP baru
  • - Kamera belakang 12MP baru
  • - Dua kamera belakang 12 MP (iPhone 7 Plus sahaja)
  • - Skrin RetinaHD
  • - Speaker Stereo 
  • - Cip pemprosesan baru A10 ( 2 teras + 2 teras lemah, 40% lagi laju dari cip A9)
  • - Cip GPU baru 6 teras
  • - Bateri 7 Plus tahan 1 jam lebih lama berbanding 6 Plus
  • - Storan didatangkan dengan 32GB, 128GB dan 256GB.
  • - Harga sama dengan iPhone 6 & iPhone 6 Plus
  • iPhone 7 akan didatangkan dalam warna hitam, hitam legap, emas, perak dan juga rose gold. Selain iPhone 7, Apple juga turut mengumumkan Apple Watch 2 yang mana menyasarkan secara khusus golongan yang mementingkan kesihatan seperti atlet, pendaki, perenang dan lain-lain.

    Lihat lagi gambar di Wiser.my




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *