Recent Post

Monday, September 19, 2016

Insiden Letupan Di New York, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat - Wisma Putra


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 18 Sept: Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan di 135 West 3rd Street, Chelsea, New York, yang berlaku pagi tadi, kenyataan tersebut juga memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau perkembangan terkini insiden berkenaan. "Sehingga kini, seramai 29 orang dilaporkan cedera namun tiada rakyat Malaysia yang terbabit, dan pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan juga sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.  "Kepada warga negara Malaysia yang berada di sekitar New York dan memerlukan bantuan, boleh berhubung terus dengan Konsulat Jeneral Malaysia, New York di 313 East 43rd Street, New York atau menghubungi talian +1(212) 490 2722/23 atau emel di mwnewyorkcg@kln.gov.my," katanya, lapor Berita harian. Tambahnya lagi, warga Malaysia boleh berhubung dengan Wisma Putra di talian 03-88874570 yang dibuka taliannya 24 jam.  Punca sebenar letupan jam 8.30 malam waktu tempatan (jam 8.30 pagi waktu Malaysia) itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa di New York, dan mengesyaki ia perbuatan jenayah tetapi tidak mengaitkannya dengan mana-mana organisasi pengganas.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *