Recent Post

Sunday, September 18, 2016

[Gambar & Video] Lembu Viral Gara-Gara Imejnya Dikaburkan Google


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

LONDON 17 Sept: Seekor lembu yang wajahnya dikaburkan oleh pihak Google Street View menjadi bualan hangat ramai netizen di laman media sosial, imej tersebut dirakam menerusi lensa Google di Coe Fen, Cambridge, Britain ketika mereka membuat pemetaan di kawasan terbabit.

Seorang pengguna media sosial, David Shariatmadari telah memuat naik gambar tersebut ke Twitter dan sejurus selepas itu gambar tersebut terus menjadi bualan hangat.

Susulan itu, Twitter berkenaan telah di'retweet' lebih 9,000 kali dan mendapat 'Like' lebih 12,000 oleh pengguna media sosial.

Dalam pada itu, jurucakap Google menjelaskan, tindakan mengaburkan imej lembu itu merupakan salah satu teknologi ketika melakukan pemetaan.

"Tidak sangka teknik yang kami gunakan itu 'sedikit keterlaluan' kerana secara automatik objek melibatkan muka akan kabur.

"Kami tidak sangka imej lembu dirakam selama lima minit itu menjadi bualan dan lembu itu menjadi masyhur," katanya.

Bagaima napun, pelbagai reaksi dari netizen diterima antaranya tindakan itu sebagai menghormati hak lembu yang disamakan dengan manusia dan tidak kurang juga mengatakan bahawa Google memberikan hak privasi kepada lembu itu sama seperti manusia.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *