Recent Post

Sunday, August 14, 2016

Umno 'berpengalaman' tangani parti serpihan S46, PKR


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Umno mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan tiada anggotanya yang memberi sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Umno mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi penubuhan parti serpihan oleh pihak yang kecewa seperti Semangat 46 dan PKR.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberi amaran tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota Umno yang didapati memberi sokongan kepada parti baharu itu.

"Bagaimanapun siasatan rapi perlu dibuat sebelum tindakan diambil untuk memastikan tiada sesiapa yang teraniaya.

"Tindakan tidak boleh dibuat secara rambang. Kita tidak mahu nanti ada pihak yang mengeksploitasikannya untuk kepentingan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Batu Gajah, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai penubuhan parti berkenaan yang didaftarkan Selasa lepas.

Menjelas lanjut, Hishammuddin berkata pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda Umno ketika ini boleh diatasi sekiranya anggota parti di semua peringkat memberi sokongan kepada kepimpinan.

"Sokongan mereka kepada kepimpinan parti itu penting. Pelbagai isu yang kita hadapi kalau dikongsi bersama ahli, ia akan menguatkan parti.

"Pastikan parti kita wadah kita untuk generasi akan datang, apa yang kita lakukan jauh lebih penting daripada kepentingan individu," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *