Recent Post

Friday, August 19, 2016

'Saya dah pecat Musa jika saya mahu kesetiaan mutlak'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau pastinya telah memecat Tun Musa Hitam dari Umno apabila dia meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1986 sekiranya beliau (Mahathir) seorang perdana menteri yang menuntut kesetiaan mutlak.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Musa, yang dalam biografinya yang berjudul "Frankly Speaking" berkata Mahathir menuntut kesetiaan mutlak semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Jika saya mahu kesetiaan mutlak, saya telah pecatnya, sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lakukan terhadap mereka yang dia fikir tidak cukup setia kepadanya," tulis Mahathir dalam blognya semalam.

Sebaliknya, bekas perdana menteri itu berkata, beliau menerima keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk membenarkan Musa kekal sebagai timbalan presiden Umno walaupun dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

"Musa jelas tidak setia kepada saya langsung. Tetapi saya menerima keputusannya untuk kembali sebagai timbalan presiden parti," kata Mahathir sambil menambah bahawa Musa kemudiannya telah menunjukkan ketidaksetiaan yang lebih besar lagi.

Musa dalam biografinya berkata beliau meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri selepas Mahathir menuduhnya mahu mengambil alih jawatan perdana menteri.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *