Recent Post

Wednesday, August 17, 2016

Rossa Nafi Sudah Berkahwin Dengan Kerabat Diraja


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sejak minggu lepas lagi, hangat sungguh dengan gosip penyanyi Indonesia, Datuk Rossa yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang.  Rossa yang terkejut membaca berita berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan sekaligus menafikan khabar angin berkenaan.

Sebaik saja membaca artikel yang dikirimkan seorang teman, memang saya terkejut kerana cara penyampaiannya seolah-olah ada saksi di tempat kejadian, walhal perkara itu tidak benar. Saya tidak marah, tetapi kecewa kerana artikel itu seperti mengesahkan saya sudah berkahwin. Kalau gosip, tulislah seperti gosip.

Alhamdulillah, ramai teman saya di Malaysia termasuk kerabat negeri itu sendiri tidak percaya dengan gosip berkenaan. Mujurlah juga keluarga saya tidak mengetahui mengenainya.  Apa yang penting, kekasih saya juga tidak percaya akan cerita itu.

Rossa juga dengan tegasnya berkata, jika benar beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja, beliau meminta mereka yang membuat dakwaan liar itu untuk tampil dengan bukti bergambar.

Jikalau ada foto yang menunjukkan hal terbabit, tolong kongsikan! Tetapi, jika tiada bukti, tidak elok ditulis sebagai berita kerana saya rasa ia hanya merugikan. Terima kasih dan semoga ada jalan untuk memperbaiki hal yang tidak baik ini.

Menurut Rossa, beliau sama sekali tidak mahu terlibat dalam mana-mana kontroversi dan fokus beliau selama ini adalah terhadap kariernya sahaja.  Rossa sebenarnya khuatir jika isu ini membuatkan peminatnya memandang negatif kepada beliau.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *