Recent Post

Friday, August 19, 2016

Peluang remaja Malaysia ceburi sukan permotoran - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Peluang remaja Malaysia ceburi sukan permotoran

19/08/2016 11:33am

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi (tengah) ketika bergelar juara kategori Wira dalam saingan Cup Prix pada tahun 2014.

KUALA LUMPUR - Pencarian bakat baharu sukan permotoran Malaysia kini diperhebatkan susulan kejayaan bekas pelumba Cub Prix yang mencipta nama di pentas antarabangsa iaitu Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin and Zulfahmi Khairuddin.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd., Ron Hogg berkata, kepada yang berminat, pendaftaran untuk pemilihan pelumba siri perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha bagi musim 2017 kini dibuka lebih awal serentak dengan penganjuran pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang akan berlangsung di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu pada 19 dan 20 Ogos ini.

"Minat dan momentum terhadap sukan permotoran dalam negara semakin meningkat musim ini khususnya dengan beberapa kejayaan yang dicapai oleh pelumba negara di peringkat Asia dan juga peringkat antarabangsa," jelas Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Ron Hogg.

"Selepas mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak Honda dan Yamaha, semua pihak bersetuju untuk memulakan proses pendaftaran dan pemilihan pelumba lebih awal bermula minggu ini sehingga ke November depan. Tempoh yang lebih lama ini membolehkan pendaftaran yang lebih ramai dan meluas ke seluruh negara." katanya yang juga promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, pelumba yang terpilih akan menerima latihan daripada jurulatih dan bekas pelumba yang berpengalaman serta motosikal akan turut disediakan oleh pihak pengeluar.

Bagaimanapun, katanya, bermula musim 2017, pelumba yang terpilih untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha perlu membuat bayaran berjumlah RM4,000 semusim merangkumi yuran pendaftaran untuk 10 perlumbaan musim 2017, insurans perlumbaan dan lain-lain perkara berkaitan pengurusan perlumbaan.

"Selain pada itu, sut perlumbaan yang digunakan akan menjadi milik pelumba pada penghujung musim. Di samping itu, pihak Yamaha akan menyediakan slot dalam kategori Wira kepada dua pelumba terbaik musim 2017 manakala pihak Honda turut akan membantu tiga pelumba terbaik untuk berada di dalam pasukan satelit Honda," ujarnya.

Justeru, remaja berusia 13 hingga 20 tahun yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut mengenai permohonan boleh melayari laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix iaitu www.malaysiancubprix.com. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *