Recent Post

Monday, August 08, 2016

Mufti Cuma Beri Nasihat Agar Elak Dari Main Pokemon Go, Bukan Haram Seperti Mana Yang Diputarbelit


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Susulan isu hukum penggunaan permainan Pokemon Go baru-baru ini, kurator bagi laman Facbeook Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tampil menjelaskan isu tersebut.

Menurut penulis status tersebut, salah faham telah berlaku terhadap kenyataan yang dikeluarkan dan Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah mengatakan permainan tersebut haram.

Menurut kenyataan itu, Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah memberi kenyataan permainan itu haram tetapi beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Berikut adalah penulisan penuh kenyataan tersebut.

"MUFTI MEMBERI NASIHAT AGAR ELAK DARI MAIN POKEMON GO, BUKAN MENYATAKAN HARAM SEPERTIMANA YANG DIPUTARBELIT OLEH SEGELINTIR MEDIA"

1. Pihak kami amat kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media altern atif atas talian (online) yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara non Muslim yang kita kasihi.

2. Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, SS Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah 'Haram'. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." Sebab utama SS Mufti tidak menggunakan istilah 'Haram' kerana ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah.

3. Kaedah sebegini adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum/fatwa. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adaka lanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas. Untuk lebih lanjut, rujuk buku:Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

4. Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan SS Mufti memilih untuk menggunakan ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." adalah bagi menggambarkan bahawa beliau AMAT TIDAK GEMAR permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah yang telah dinyatakan di sini

5. Justeru, kami menyeru kepada se luruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu akan berita-berita yang didengari atau didapati di media sosial. Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah pesanannya dalam Surah al-Hujurat:

6. Boleh baca Bayan Linnas berkenaan konsep Tabayyun di sini

Sumber : FB Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *