Recent Post

Saturday, August 27, 2016

Maklumat ketirisan FAM sudah diserah kepada Khairy - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menerima kunjungan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam entri terkini di akaun Facebook Johor Southern Tigers, berkata beliau memutuskan menyerahkan pendrive itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Pada Julai lalu, Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam FAM dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian sendiri.

'Pendrive' berkenaan, kata beliau diberikan oleh sahabat berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM.

"Ia mengenai ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil oleh FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek," katanya.

FAM selepas itu menegaskan pihaknya sedang meneliti secara terperinci dakwaan berhubung penyelewengan itu termasuk mengadakan beberapa perbincangan lanjut.

Mengulas lanjut Tunku Ismail dalam akaun Facebook berkenaan bagaimanapun berkata, FAM bukan masalahnya sekali gus mahu menumpukan perhatian kepada kelab kecilnya, JDT.

Selain itu, dalam pertemuan dengan Khairy, antara topik dibincangkan adalah berkaitan program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama membabitkan sukan bola sepak.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *