Recent Post

Wednesday, August 17, 2016

Ahmad Razif janji insentif khas buat Azizulhasni - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ahmad Razif janji insentif khas buat Azizulhasni

17/08/2016 11:58am

Ahmad Razif (gambar kecil) mengucapkan tahniah atas kejayaan Azizulhasni memenangi pingat gangsa serta berjanji akan memberikan insentif kepadanya.

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Ahmad Razif Abd. Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio 2016.

Ahmad Razif berkata, kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.

"Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain,"katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.

"Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket Man'," katanya. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *