Recent Post

Wednesday, August 31, 2016

Zila Mohon Maaf Atas Segala Salah Silapnya, Mohon Pembelaan Kes Nusyuz

Penyanyi Zila Seeron yang sudah bercerai beberapa hari lepas bersama pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai kes penceraian berkenaan. Namun, Zila ada memohon pembelaan terhadap tuntutan kes nusyuz yang difailkan oleh Along pada 12 Mei lepas.

Hakim Syarie, Abdul Halim telah membenarkan permohonan Zila selaku defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.  Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Selain itu, Zila yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling sempat memohon maaf kepada semua pihak atas segala salah silap yang beliau lakukan sebelum ini.

Zila diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa Isnin.

Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.

Along Cham dan Zila Seeron berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Hari Kebangsaan 2016 meriah, papar semangat cinta negara - Kosmo!

Hari Kebangsaan 2016 meriah, papar semangat cinta negara

31/08/2016 11:33am

KUALA LUMPUR - Semangat dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar hari ini apabila ribuan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, walaupun dalam keadaan hujan renyai awal pagi tadi.

Bertepatan dengan tema 'Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah setiap peserta mahupun pengunjung acara perbarisan dan perarakan yang mula membanjiri dataran bersejarah itu seawal 6.30 pagi.

Masing-masing bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang hadir mengenakan pakaian bertema bendera negara yang menambah aura patriotik di sekitar Dataran Merdeka.

Acara yang berlangsung di tengah-tengah ibu kota itu menyaksikan kira-kira 14,500 peserta mengambil bahagian dalam acara tahun ini, termasuk kontinjen daripada sektor awam, swasta, kontinjen negeri-negeri dan para pelajar.

Turut menyertai perarakan kali ini ialah atlet-atlet negara yang telah mencipta kejayaan membanggakan negara pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil baru-baru ini serta kontinjen Sukan SEA 2017 yang turut menampilkan maskot rasmi sukan itu iaitu 'Rimau' sebagai simbolik kepada semangat juang yang tinggi. - Bernama

Read more ...

Berjayakah Huawei Atasi Samsung & Pesaing Lain dalam Kemaskini Keselamatan?

Sebelum ini, Budiey ada menyiarkan entri Ada Sebab Huawei Akan Jadi Pengeluar Telefon Bimbit Terbesar, kepada yang belum baca, bolehlah baca di SINI.

Antara statement Budiey dalam entri blog yang lepas, Samsung memang diakui jenama telefon pintar nombor 1 dari segi jualan di dunia dan antara yang terlaris serta boleh menguasai jualan telefon pintar di seluruh dunia, tetapi jangan dilupa ya, Huawei nampaknya berjaya mengatasi Samsung dan pesaing yang lain dari segi KESELAMATAN! Nampaknya, ini satu tamparan hebat untuk pengeluar telefon bimbit pintar yang lain.

Huawei

Kepada anda yang sekarang ini menggunakan telefon bimbit Huawei pastinya anda ada menerima kemaskini security patches untuk android setiap bulan dari Google.

Namun, menurut satu analisis terbaru yang dibuat oleh firma keselamatan Duo Labs, korang yang menggunakan telefon Huawei lebih kerap menerima kemaskini keselamatan tersebut berbanding pemilik peranti Samsung. Ini bermakna pemilik telefon bimbit Samsung jarang mengemaskini peranti mereka. Ini sangat memberikan impak dan kesan yang negatif di mana kemungkinan besar peranti mereka akan digodam. Kenapa dan sebab apa? Haa, ini yang Budiey nak cerita kat sini.

Pendek kata, sekiranya anda seorang pemilik telefon pintar Huawei, anda boleh menarik nafas lega kerana kebarangkalian untuk anda menerima update terkini untuk sistem Android anda ialah 77%.

Huawei

Menurut kata Olabode Anise dari Duo Labs, mereka mendakwa:

"Sebanyak 62% telefon Android terdiri daripada jenama Samsung akan tetapi hanya 15% sahaja akan mendapat update terkini keselamatan yang disediakan oleh Google."

Haaa, macamana tu?"

"Berbeza sekali, 77 peratus daripada telefon Huawei dapat menerima kemaskini keselamatan menjalani patch keselamatan yang paling terkini dari Google."

Nampaknya, Google sekarang ini memang prihatin dengan pengguna yang menjaga privacy dan mahu mengelak dari digodam… jadi kini Google menyediakan update keselamatan (security patch) setiap bulan untuk memastikan telefon pintar yang dijana oleh Android tidak mudah menjadi mangsa penggodam.

Budiey kira, hasil dari analisa ini sangat mengejutkan kita semua sebagai pengguna, kan? Memandangkan komitmen Samsung yang sentiasa memastikan pengguna mengemaskini ciri keselamatan setiap bulan di telefon bimbit mereka memandangkan Samsung merupakan syarikat gergasi elektronik Korea yang membekalkan Android yang terbesar di dunia. Ini sesuatu yang agak pelik. Macamana ramai pengguna Huawei lebih gemar mengemaskini sistem sekuriti mereka berbanding pengguna Samsung?

Huawei

Kalau kita lihat graf di atas, Samsung berada di kedudukan kelima di dalam ujian keselamatan Android yang telah dilakukan oleh Duo Labs ini. Manakala Huawei berada di tangga pertama walau masih baru berkecimpung di dalam dunia telefon pintar ini.Sebenarnya, ia terpulang kepada pembuat telefon bimbit Android untuk menyesuaikan patch untuk setiap model manakala penghantaran sebahagian besarnya bergantung kepada carriers.

Samsung adalah antara yang pertama utama Android OEM yang menyertai usaha Google, mengumumkan untuk melakukan kemaskini keselamatan untuk peranti Galaxy S, Galaxy Note dan Galaxy A setiap bulan.

Analisis Duo Labs juga menunjukkan usaha Google sepanjang tahun lalu untuk membangkitkan pembuat peranti Android ke dalam patch lebih kerap telah telah memberi impak yang sangat terhad.

Huawei

Menurut firma keselamatan, 68 peratus daripada peranti Android layak menerima patch keselamatan Android Google secara bulanan, tetapi setakat 30 April, hanya satu perempat daripada telefon bimbit android mempunyai patch terkini.Kesimpulannya, pengguna telefon bimbit sekarang memang mementingkan ciri keselamatan. Tambah-tambah lagi bila bergelar selebriti kan?

Sekarang ni pun kita semua kena berjaga-jaga tak mau telefon bimbit dan gajet mereka kena godam, ye tak? Zaman sekarang ni, semua orang boleh buat dan gunakan informasi dan maklumat peribadi untuk tujuan peribadi.

Jadi, apa pula pendapat korang dalam hal ni? Dah tentu korang perlu fikir dua kali untuk memilih telefon baru nanti. Mahu yang lebih selamat? Huawei adalah pilihan yang tepat!

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Kes Zika di Singapura Melonjak Kepada 82

SINGAPURA 30 Ogos - Jumlah kes yang melibatkan penyebaran virus Zika kini melonjak kepada 82, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, terdapat pertambahan 26 kes penyebaran terbaharu berbanding 56 sebelum ini yang kebanyakannya berlaku di kawasan pinggir bandar Aljunied, timur Sigapura.

Sebahagian besar dari kes terbabit melibatkan pekerja-pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek kondominium di sana.

Ketika ini, virus Zika telah dikesan berlaku di 58 buah negara dengan Brazil kekal sebagai negara yang mencatatkan bilangan kes tertinggi.

Kes pertama Zika di negara itu dikesan pada seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Sumber : Utusan Online

Read more ...

PM: Hasil DTN sangkal tohmahan Malaysia negara gagal

Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang masuk tahun ketujuh pelaksanaannya terus membuahkan hasil memberangsangkan sekali gus menyangkal tohmahan segelintir golongan bahawa Malaysia adalah negara yang gagal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata dengan mengambil contoh pembentangan laporan Program Transformasi Negara pada April lalu, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mencapai 99 peratus indeks prestasi utama (KPI) penyampaiannya.

"Bagi Program Transformasi Ekonomi (ETP), menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI manakala melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI telah menjangkau sasaran 108 peratus," katanya dalam ucapan Amanat Merdeka 2016, sempena Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-59, di Kuala Lumpur, malam ini.

Najib berkata usaha keras kerajaan dan pelbagai agensinya telah mendapat pengiktirafan organisasi antarabangsa antaranya Forum Ekonomi Dunia yang telah meletakkan Malaysia di tangga ke-18 dalam Laporan Daya Saing Global.

Selain itu, katanya, menurut Ranking Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2015-2016, Malaysia berada di tangga kesembilan, satu-satunya pasaran sedang pesat membangun yang tersenarai dalam 10 negara teratas.

"Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari segi Mudah Menjalankan Perniagaan, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada 2015," katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia turut menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai contoh ikutan yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah dan telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015 daripada senarai 70 buah negara.

Selain itu, katanya, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi AS$320 bilion setakat penghujung 2015.

"Meskipun negara menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua berjaya mencatat perkembangan sebanyak empat peratus," kata Najib.

- Bernama

Read more ...

Sambutan Ambang Merdeka 2016 meriah di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Pelbagai acara diadakan di seluruh negara untuk menyambut ambang Merdeka malam ini, sempena Hari Kebangsaan 2016, dengan penduduk pelbagai kaum berbangga menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah.
Read more ...

Tuesday, August 30, 2016

Warkah Da’i Wan Untuk Uqasha Senrose Buat Netizen Persoalkan Niatnya Untuk Berdakwah Ataupun Mengorat

Keputusan mengejut Uqasha Senrose yang membuka hijabnya selepas 3 tahun menutup aurat bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi pendakwah Da'i Wan yang telah menulis surat terbuka buat Uqasha menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Nukilan itu pada asalnya hanya ingin menegur dan memberi nasihat kepada Uqasha tetapi ada yang berpendapat surat terbuka itu seakan menunjukkan Da'i Wan ingin mengorat Uqasha.

Jom baca surat terbuka berkenaan dibawah :-

'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya. 3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,

maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

  • Kecaman manusia
  • Fitnah manusia
  • Cakap belakang manusia
  • Dengki & cemburu manusia
  • Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

    Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

    Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

    Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

    Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham.

    Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

    Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

    Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

    Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

    Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.

    Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

    Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

    Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.

    Nak tahu kenapa?

    Kerana Allah swt telah berfirman:

    'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'

    Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

    Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

    Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.

    Siapa tahu? Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

    Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.

    Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.

    Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.

    Ikhlas, Da'i Wan.

    Berikut pula antara komen netizen :-

    Apa pula pendapat anda? Adakah cara Da'i Wan menegur Uqasha ini seiring dengan jiwa muda anak sekarang?

    Sumber Berita : Facebook Da'i Wan

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    Rapid KL lanjut operasi LRT, monorel, bas sempena ambang Hari Kebangsaan - Kosmo!

    Rapid KL lanjut operasi LRT, monorel, bas sempena ambang Hari Kebangsaan

    30/08/2016 12:31pm

    KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara iaitu sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas bandar kelolaan Rapid KL akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambut ambang Hari Kebangsaan 2016 malam ini di Dataran Merdeka, di sini.

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata, stesen LRT Masjid Jamek dan Hang Tuah bagi Laluan Sri Petaling; stesen LRT KLCC dan Masjid Jamek bagi Laluan Kelana Jaya; dan stesen Bukit Bintang dan Hang Tuah bagi laluan monorel akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi nanti.

    "Stesen lain akan ditutup seperti biasa, pengguna boleh keluar di kesemua stesen LRT dan monorel untuk meneruskan perjalanan mereka. Pusat kawalan operasi kami di Subang dan Ampang akan memantau rapi pergerakan penumpang di stesen untuk memastikan sama ada waktu operasi perlu dilanjutkan jika perlu," menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu menyatakan Rapid KL juga akan menambah kekerapan tren di ketiga-tiga laluan LRT dan monorel dari pukul 8 malam hingga 1 pagi.

    Selain itu, perkhidmatan bas Rapid KL dari Hab Bas Pasar Seni untuk beberapa kawasan perumahan juga akan dilanjutkan perkhidmatannya dengan bas terakhir akan berlepas selepas tren terakhir berlepas. - Bernama

    Read more ...

    Lagu HELLO DUNIA Buah Tangan Sulung Natasha Sass

    Tanpa sebarang bantuan dari program realiti TV yang boleh memberi laluan bagi artis untuk mencipta nama di persada seni, pendatang baharu, Natasha Sass menyusun langkah mulanya dengan cara tersendiri.

    Dia masih yakin dengan strategi menjadi artis naungan syarikat rakaman secara langsung tanpa mempercatur bakat dengan menyertai program realiti televisyen.

    Muncul dengan single sulung diberi judul Hello Dunia, gadis berdarah campuran Melayu dan Jerman ini memilih Universal Music Malaysia sebagai 'rumah' tempat dirinya berteduh dan membesar dalam industri hiburan tempatan.

    Natasha Sass

    Meletakkan nama-nama besar dunia hiburan antarabangsa seperti Michael Jackson, Celine Dion dan Selena Gomez sebagai inspirasi, kata Natasha, besar harapan kehadirannya dalam persada muzik tempatan agar mampu menjadi inspirasi kepada peminat dan khalayak pencinta muzik.

    "Saya meminati dan mula menyanyi semenjak kecil lagi kerana muzik merupakan kecintaan saya. Apabila mempunyai peluang untuk melebarkan kecintaan ini secara komersial, harapan saya agar karier ini mampu memberi inspirasi buat semua peminat dan khalayak, sama seperti saya berinspirasi dengan bintang bintang hebat dunia seperti Michael Jackson, Celine Dion dan Selena Gomez," ujar Natasha mengenai langkah awalnya dalam bidang muzik.

    Berbicara mengenai Hello Dunia, karya ilham Omar K tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, seperti pembawaan dirinya. Memilih genre Pop, R&B dan Balada, Hello Dunia memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur rap yang disifatkan sesuai dengan Hello Dunia, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda.

    "Saya dan Universal Music Malaysia mempunyai hala tuju yang sama terhadap penghasilan Hello Dunia. Keinginan tersebut kemudian direalisasikan oleh komposer berkaliber, Omar K.

    "Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcy. Sewaktu memperbaiki lirik, datang pula idea untuk memasukkan unsur rap bagi menambah warna yang lebih menarik. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini," ujar Natasha.

    Tambah Natasha, ironinya ini merupakan percubaan keduanya menulis sendiri lagu dalam bahasa Melayu. Selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , Natasha juga boleh bertutur dan menyanyi dengan fasih dalam Bahasa Jerman

    Sememangnya, Natasha hadir dengan pakej unik untuk melengkapkan kehadirannya dalam radar hiburan tempatan. Selain menjadikan bakat aslinya sebagai senjata menawan peminat, Natasha hadir dalam imej pan Asian dan fesyen rambutnya yang menarik akan membuat khalayak lebih mudah mengenali Natasha Sass.

    Natasha Sass

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    Read more ...

    Beratus Terperangkap Dalam Kesesakan di Jalan Lapangan Terbang Subang Akibat Banjir Kilat

    KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Beratus pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila banjir kilat melanda di NKVE - Jalan Lapangan Terbang Subang pagi ini.

    Menurut jurucakap Bomba berkata, air telah meningkat dengan mendadak dari 0.3 meter kepada 0.6 meter antara 7.30 pagi dan 8.20 pagi susulan hujan yang tidak berhenti.

    Beliau berkata banjir berlangsung selama kira-kira sejam dan surut di 08:20 apabila hujan akhirnya berhenti.

    Sumber : NST

    Read more ...

    Pemuda PAS Perak kecam penghinaan pada Harussani

    Pemuda PAS Perak mengecam pemberian anugerah 'menghina intelektual' terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria oleh gabungan NGO wanita di Petaling Jaya kelmarin.

    Menyifatkannya sebagai penghinaan dan biadab, ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin berkata penganjur yang sebenarnya "menghina intelektual atas kejahilan mereka".

    "Pemuda PAS Perak memandang serius atas kekerapan penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

    "Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang," katanya.

    Anugerah negatif dinamakan Aiyoh Wat Lah itu itu dianjurkan oleh Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI).

    Acara tahunan itu sudah lima kali dianjurkan sebelum ini.

    Harussani mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat dua pencalonan dalam kategori sama, setelah undian dibuat.

    Anugerah terhadap mufti kanan itu diberikan susulan kenyataannya pada April tahun lalu bahawa tiada istilah rogol dalam perkahwinan dan isteri mesti taat pada permintaan seks suami jika tidak uzur, tidak sakit atau bersalin.

    Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

    Dalam kenyataan hari ini, Mohd Akmal mempertahankan kenyataan Harussani yang menurutnya berhujah atas landasan ilmu dan kebenaran.

    "Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak," katanya.

    Pemuda PAS Petak juga menyeru kepada semua pihak supaya berani tampil untuk "membela Islam", selain menyatakan kesediaan mereka bertemu dengan penganjur bagi merungkai kekusutan.

    Anugerah itu mengetengahkan komen-komen seksis, misoginistik (antiperempuan), homofobik (antihomoseksual), transfobik (antitransgender).

    Kategori 'menghina intelektual' dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.

    Read more ...

    Rasuah: Pengerusi bank berpangkat Tan Sri pula ditahan

    KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank tempatan berpangkat 'Tan Sri' menjadi individu terbaru ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah bernilai RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku biografi tokoh politik negara.
    Read more ...

    Monday, August 29, 2016

    Along Cham Ceraikan Zila Dengan Talak Satu, Ucap Selamat Pengantin Baru

    Setelah kemelut rumahtangganya menjadi perbualan ramai, hari ini Along Cham telah pun menceraikan isterinya, Zila dengan talak satu. Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

    along cham

    Sebelum ini, Zila Seeron dikatakan telah ditangkap khalwat di sebuah apartmen bersama kekasihnya. Sebelum ini, Along dikritik teruk oleh netizen kerana didakwa menghalau isterinya itu tanpa sebarang sebab. Along yang ditemui selepas perbicaraan turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas isterinya itu. Kata Along:-

    Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga. Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya. Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu. Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal

    along chamSemoga dengan penceraian ini, nama baik Along akan kembali pulih semula. Apa pun jangan dinafikan hak anak hasil perkahwinan untuk mendapat kasih sayang seorang ibu. Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-sama kita doakan. Sumber Astro Gempak.

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    Mahathir sudah minta maaf, Umno pula bila? - Malaysiakini (caruman) (subscription)

    Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru Umno tidak "hipokrit" terhadap permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membataskan kuasa Yang di-Pertuan Agung ketika berkuasa.

    Mengakui Mahathir pernah silap, pemimpin muda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bekas perdana menteri itu sekurang-kurangnya telah meminta maaf.

    "Bagaimana pula dengan Umno?

    "Tak salah ingin menegur. Tapi, bersihkanlah halaman sendiri dulu sebelum nak membersihkan halaman orang lain.

    "Jangan jadi hipokrit," kata bekas pendebat terbaik Asia itu.

    Mahathir pada 25 Ogos memohon maaf kerana meminda perlembagaan supaya kelulusan dan tandatangan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

    Katanya, dengan tindakan itu, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru telah mula berkuat kuasa, walaupun Agong tidak menandatanganinya.

    Syed Saddiq membangkitkan perkara itu susulan kritikan terbaru pemimpin Umno berkaitan kenyataan Mahathir berkaitan Bangsa Johor.

    Mahathir berkata menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.

    Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar turut memberitahu Mahathir supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar.

    Baginda berkata "dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum".

    Bagaimanapun, Syed Saddiq mempertikaikan sikap Umno selama ini terhadap sistem raja berperlembagaan.

    "Di manakah Umno apabila Majlis Keselamatan Negara diluluskan tanpa kelulusan daripada Majlis Raja-raja?

    "Bahkan permintaan Majlis Raja-raja agar rang undang undang ini digubal semula pada 17 Februari tahun ini tidak diendahkan; di manakah Umno-BN?" soalnya.

    Beliau juga membangkitkan kenyataan seorang menteri Umno yang memberi amaran supaya Tunku Mahkota Johor sedia untuk dibelasah jika mencampuri urusan politik sebelum ini.

    Begitu juga dengan kenyataan anggota parlimen Langkawi Datuk Nawani Ahmad di media sosial bahawa Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong.

    Beliau dilaporkan berkata tidak merujuk kepada MO1 yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk menyita harga berkaitan 1MDB, sebaliknya menyebut "Malaysia Official Number One".

    Read more ...

    Ariana Grande Bergabung Semula Nicki Minaj di MTV Video Music Awards 2016

    Ariana Grande will make a triumphant return to the VMA stage with superstar Nicki Minaj, at the 2016 "MTV Video Music Awards." The fierce female duo will perform "Side to Side" off Grande's third full-length album, "Dangerous Woman." American artist/producer duo, The Chainsmokers, will perform their current #1 hit single "Closer" alongside fan-favourite chanteuse and collaborator, Halsey. "Closer" is also nominated as a Song of Summer contender for this year's show along with the duo's previous single "Don't Let Me Down," which is nominated for Best Electronic Video. Platinum-selling Atlanta rapper Future will take to the VMA stage for the first time.

    Nicky Minaj

    The 2016 VMAs will air LIVE from New York's iconic Madison Square Garden for the first time ever on Monday, 29 August at 9am (MY). It will air on MTV LIVE HD on Tuesday, 30 August at 8.30pm (MY).

    Ariana Grande To Reunite With Nicki Minaj On-Stage For Performance Of "Side To Side" At 2016 "Mtv Video Music Awards" Previously announced performers are Britney Spears featuring G-Eazy, Nick Jonas featuring Ty Dolla $ign, and Michael Jackson Video Vanguard recipient Rihanna.

    Grande and Minaj shut down and cleaned up at the 2014 VMAs, opening the show with a medley of Grande's "Break Free," Minaj's "Anaconda" and the Jesse J collaboration "Bang Bang." That same year, Grande's "Problem," featuring Iggy Azalea, won the Moonman for "Best Pop Video."

    In keeping with the spirit of this year's show celebrating the creative expression of artists, Grande made her announcement via a time-lapsed custom-created art feature by London-based illustrator and self-professed "professional doodler" Hattie Stewart. Click HERE to view (embed below).

    To further celebrate the announcement, MTV partnered with Branding by Air for the largest flying video projection screen in the world. The flying 250-foot billboard will travel along the Hudson River, from the Statue of Liberty up to the George Washington Bridge, displaying news of their performance.

    Pop Superstars The Chainsmokers And Platinum-Selling Atlanta Rapper Future Will Take To The Stage Future made his announcement via a personal and visually visceral video on Future's creative process that was custom-created by director Tom Gould. To view the video, click HERE (embed below).

    This year the VMAs will forego a traditional host and feature an ensemble cast to cover the action. Comedians Keegan-Michael Key and Jordan Peele will introduce the world to @TheShamester and @LizardSheeple, the world's most-amazing, spectacular and well-respected social media influencers offering play-by-play commentary of the show's biggest moments as they unfold. They will be joined by comedians Jay Pharoah and Nicole Byer who will bring their comedic chops to the telecast. Meanwhile, music producer DJ Khaled will keep the party going with reports from the ultimate tricked out skybox inside MSG.

    Previously Announced Performers Include 'Michael Jackson Video Vanguard Award' Recipient Rihanna, Britney Spears featuring G-Eazy, and Nick Jonas featuring Ty Dolla $ign

    Presenters for this year's show include Sean "Diddy" Combs aka Puff Daddy, Alicia Keys, Ansel Elgort, Bebe Rexha, Fifth Harmony, Jaden Smith, Jimmy Fallon, Kanye West, Kim Kardashian West, Rita Ora, Shameik Moore and Tove Lo. The U.S. Olympic Team will be represented well at the 2016 "MTV Video Music Awards" with the most decorated Olympian in history, Michael Phelps, and gold-winning Olympic gymnasts Simone Biles, Gabby Douglas, Laurie Hernandez, Madison Kocian and Aly Raisman confirmed to present.

    Ariana GrandeHot off the heels of her third studio album, "Dangerous Woman" (Republic Records), which skyrocketed to #1 on the charts, Grande became the first artist to debut on the chart with the lead single from her first three albums. Her two previous albums, 2013's "Yours Truly" and its 2014 follow-up "My Everything," earned Grande accolades and titles that haven't been broken since Michael Jackson.

    Nicki MinajMinaj continues to break records and impact pop culture at large. Her two-time platinum selling and critically lauded third full-length album, "The Pinkprint," arrived at the top of both the Billboard 200 and the Billboard Top R&B/Hip-Hop Albums charts, cementing her as rap's reigning queen. Minaj recently made history when she occupied the four top 10 spots on the Mainstream R&B/Hip-Hop airplay chart, becoming the first female artist to achieve the feat.

    The ChainsmokersThe Chainsmokers, comprised of Alex Pall and Drew Taggart, have evolved into a dominating musical force with a diverse repertoire of songs that have led them to become today's hottest young artist/producer duo. With a signature sound that deftly reaches across indie, progressive and pop realms, their original tracks and remixes have topped the charts throughout the world. Their evolution as producers and as songwriters has seen them dial up some of the biggest breakthrough songs of the year. Luminous tracks such as "Roses" featuring Rozes and "Don't Let Me Down" featuring Daya, both certified double platinum, have fueled their ascent as a breakout duo with an unparalleled ability to craft undeniable pop gems. The Chainsmokers recently released their current single "Closer" featuring vocals from rising star Halsey and the duo's own Drew Taggart. The track marks their first No. 1 on the Billboard Hot 100 and their third Top 10 on the chart this year , shooting to the #1 spot on iTunes and Spotify upon release and bringing their worldwide streams to over 1.5 billion.

    FutureFuture can lay legitimate claim to being the hottest rapper in the game, with three albums entering the Billboard 200 at number one in the span of just seven months — 2015's DS2 and collaborative mixtape with Drake What a Time to Be Alive along with this year's smash studio album EVOL. His explosion to the top of the charts marks the culmination of a strong rise for the 32-year-old artist, who boasts a steady stream of critically praised and commercially successful releases dating back to his earliest mixtapes, including 2011's Streetz Calling. Future's prolific output and nonstop tour schedule have earned him a reputation as one of the hardest working artists in the business. Earlier this month, MTV News released a revealing cover story and mini-documentary on the artist, in which he discusses his approach to life and family amidst his meteoric rise to superstardom.

    Jesse Ignjatovic/Den of Thieves is the Executive Producer for the 2016 "MTV Video Music Awards." Garrett English, Erik Flannigan, Sandy Alouete, Lee Lodge and Jen Jones are Executive Producers. Garrett English also serves as Executive in Charge of Production for MTV. Hamish Hamilton is Director. Wendy Plaut is Executive in Charge of Celebrity Talent.

    Want to stay in tune with all things VMA? Follow us on Instagram, Twitter and Facebook and check out the official 2016 VMA Playlist from MTV & Spotify at spotify.com/VMA. Between 22 to 29 August, MTV Trax users can access the VMA playlist which offers tracks from previous VMA winners.

    Official sponsors of the 2016 MTV Video Music Awards include: Orbit® Gum, PANTENE®, PEPSI®, Samsung, Taco Bell®, Trojan™ Brand Condoms, truth®, TWIX® and Verizon.

    EMBED CODE – ARIANA GRANDE VIDEO:

    EMBED CODE – FUTURE VIDEO:

    About MTVMTV is the world's biggest youth entertainment brand. With a global reach of nearly 785 million households, MTV is the cultural home of the millennial generation, music fans and artists, and a pioneer in creating innovative programming for young people. MTV reflects and creates pop culture with its award-winning content built around compelling storytelling, music discovery and activism across TV, online and mobile. Outside of the United States, MTV is part of Viacom International Media Networks, a division of Viacom Inc. (NASDAQ: VIAB, VIA), one of the world's leading creators of programming and content across all platforms. For more information about MTV in Asia, visit www.mtvasia.com.

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    Read more ...

    Polis Siasat Pengguna Jalan Raya Buat Aksi Bahaya

    BENTONG 28 Ogos - Polis memandang serius tindakan berbahaya pengguna jalan raya yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak sepertimana yang viral di media sosial hari ini.

    Dipercayai, kejadian dirakam di Jalan Genting Highlands di sini baru-baru ini.

    Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden S. Somu, siasatan sedang dijalankan termasuk mengenalpasti identiti mereka yang melakukan perbuatan itu.

    Tindakan tersebut diambil susulan rakaman perbuatan tiga penumpang kenderaan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

    "Kejadian dipercayai melibatkan tiga penumpang wanita yang duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan itu sedang bergerak ke puncak Genting Highland yang telah viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

    "Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, tetapi berdasarkan rakaman, laluan dipercayai di daerah Bentong iaitu jalan menuju ke Genting Highlands," kata nya di sini hari ini.

    Kata Somu lagi, kes terbabit disiasat mengikut  Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

    Katanya, kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 bagi penumpang kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

    "Kita minta mana-mana individu yang merakam kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat lanjut untuk membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Safie Yasin di talian 012-7045464," katanya.

    Selain Facebook dan Whatsapp, video itu turut sama di kongi di Twitter yang mana mendatangkan banyak kritikan dari netizen.

    - Sumber : Utusan Online

    Read more ...

    Mahathir sudah minta maaf, Umno pula bila?

    Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru Umno tidak "hipokrit" terhadap permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membataskan kuasa Yang di-Pertuan Agung ketika berkuasa.

    Mengakui Mahathir pernah silap, pemimpin muda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bekas perdana menteri itu sekurang-kurangnya telah meminta maaf.

    "Bagaimana pula dengan Umno?

    "Tak salah ingin menegur. Tapi, bersihkanlah halaman sendiri dulu sebelum nak membersihkan halaman orang lain.

    "Jangan jadi hipokrit," kata bekas pendebat terbaik Asia itu.

    Mahathir pada 25 Ogos memohon maaf kerana meminda perlembagaan supaya kelulusan dan tandatangan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

    Katanya, dengan tindakan itu, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru telah mula berkuat kuasa, walaupun Agong tidak menandatanganinya.

    Read more ...

    Keputusan suku akhir pertama Piala Malaysia

    KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung, malam ini.
    Read more ...

    Sunday, August 28, 2016

    Panas! Uqasha Senrose Mengaku Sudah Buka Hijab

    Sebelum ini kita memuji paras rupa Uqasha Senrose yang cukup manis mengenakan hijab, namun terbaru Uqasha menerusi portal BH ONLINE mengakui dirinya kini tidak mahu lagi bertudung.

    Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun berhijab imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau untuk menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.

    Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

    Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.  Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai.

    Jelas Uqasha setiap yang berlaku adalah kesilapan dirinya sendiri dan biarlah dosa dan pahala beliau antara dirinya dan Tuhan sahaja.

    Uqasha turut memberitahu beliau sama sekali tidak berniat untuk mempermainkan agama dan hanya ingin menjadi diri sendiri.

    Uqasha ketika ditemubual oleh wartawan BH, hakitkatnya beliau sudah kembali seperti asal.

    Pada masa yang sama beliau juga sudah bersedia untuk menerima segala kritikan dan kecaman daripada netizen kerana membuat keputusan untuk membuka hijab.

    Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.

    Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan.

    Hmmph, sebab itu kalau boleh, biarlah setiap perubahan itu lahir daripada hati yang ikhlas dan sudah betul-betul bertaubat. Jangan biarkan keadaan yang memaksa diri untuk menutup aurat.

    Sumber Berita : BH ONLINE

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    Malaysia kutuk serangan bom di Sirnak, Turki - Kosmo!

    Malaysia kutuk serangan bom di Sirnak, Turki

    28/08/2016 11:44am

    PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengutuk kejadian serangan bom trak yang berlaku di daerah Cizre di tenggara Wilayah Sirnak, Republik Turki kelmarin

    Serangan bom tersebut yang dilaporkan menyasarkan Polis Turki telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa serta mencederakan 78 orang.

    Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.

    "Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

    Walaupun Cizre bukan lokasi utama yang dilawati oleh pelancong Malaysia, namun rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun berhasrat untuk mengadakan lawatan ke Turki hendaklah merujuk kepada panduan keselamatan yang disiarkan di laman web Kementerian Luar Negeri. - Bernama

    Read more ...

    Hotel Review Quest Hotel & Conference Center Cebu Filipina

    Cebu adalah salah satu kota paling popular di Filipina bagi tujuan pelancongan. Berkat peninggalan sejarah dan tradisi yang kaya serta berperanan sebagai kota kedua terpenting negara tersebut, ia sering menjadi perhatian pengunjung Asia dan juga pelawat asing seluruh dunia. Apatah lagi ia kota perdagangan yang penting selain Manila di Filipina.

    Oleh kerana kedudukan Cebu sebagai sebuah kota yang penting di Filipina, terdapat banyak pilihan hotel serta penginapan di situ. Malah semakin hari, semakin bertambah jumlah hotel di situ dari jenama-jenama terkenal sehinggalah jenama yang masih baru.

    Facade

    Antara hotel yang mendapat tempat di kalangan ramai pengunjung dari luar Cebu adalah Quest Hotel and Conference Center. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa jenama Quest merupakan salah satu jenama hotel di bawah kumpulan Aston, iaitu rangkaian hotel terkenal di Indonesia. Mereka mempunyai beberapa hartanah di sekitar Asia Tenggara dan Quest Hotel di Cebu, adalah hotel Quest pertama di Filipina.Kesemua unit penginapan hotel ini direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Hotel ini ada lebih 400 buah bilik. Kesemua bilik dilengkapi kemudahan terkini yang canggih seperti TV LCD dan kemudahan wi-fi yang menyenangkan para tamu untuk menonton TV dan beristirehat di bilik masing-masing.

    Hotel ini mempunyai kolam renang serta sebuah pool bar untuk menimati minuman dan bersantai. Ia juga mempunyai sebuah pusat senaman atau gimnasium untuk tamu bersenam.

    Sebagai sebuah hotel yang bergelar pusat persidangan, ia juga mempunyai pusat perniagaan untuk urusan kerja dan juga bilik-bilik mesyuarat serta dewan-dewan besar untuk penganjuran aneka acara.

    Deluxe (Twin)

    Makan di Puso Bistro Bar

    Kala berada di Cebu, banyak juga hotel serta restoran yang menawarkan sajian tempatan dan antarabangsa yang menarik, namun terdapat beberapa hotel di Cebu yang mengungguli senarai pilihan hidangan serta menu terbaik di sana.

    Salah satu restoran yang dimaksudkan sudah tentulah restoran di Quest Hotel and Conference Center sendiri. Restoran mereka yang juga dikenali sebagai Puso Bistro Bar menawarkan ajnas pilihan makanan yang unik dan menyelerakan.

    Selain makanan tempatan terdapat juga makanan antarabangsa yang lain. Pilihan hidangan makanan laut yang banyak memudahkan para tamu yang beragama Islam untuk menjamu selera. Malah hidangan sotong serta udang panggang dengan sos cili khas mereka memang sedap. Ini diserikan lagi dengan pilihan kuih-muih tradisional Filipina yang ada sedikit persamaan dengan manisan serta kuih di Malaysia. Ia harus dicuba kalau berkunjung ke restoran ini.Apatah lagi dengan tenaga kerjanya yang telah dinobatkan pelbagai anugerah kerana sajian mereka yang hebat.

    Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Cebu di Filipina.

    Quest Hotel Cebu team with their CGC medals and awards flanked by new executive chef Dinesh Sampath and new F&B manager Ronald Yulo

    Puso Restaurant Buffet Action Station

    Pool

    Hillary Function Room Classroom Set-up (1)

    Business Center

    Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Quest Hotel And Conference Center – Cebu

    Quest Hotel and Conference Center Cebu : Penginapan mudah dan selesa di Cebu, FilipinaOleh Shah Shamshiri

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    — 155 Bacaan
    Read more ...

    Pemandu pelancong Dakwa Temui Serpihan MH370 Di Mozambique

    Seorang Pengendali pelancongan warga Afrika Selatan tampil mendakwa yang beliau menemui serpihan pesawat milik MH370 di Mozambique, lapor BBC.

    Menurut Jean Viljoen, dia telah menemui serpihan pesawat itu di pantai Linga Linga di bahagian timur Mozambique, semalam di mana serpihan pesawat terbabit dilaporkan sudah menyerahkannya kepada polis tempatan bagi siasatan lanjut.

    Beliau mendakwa objek yang ditemuinya itu berbentuk seperti segi tiga dan besar dengan ketinggian kira-kira satu meter, manakala luasnya dianggar lebih satu meter.

    "Ketika ini, ia adalah satu-satunya serpihan yang saya temui, namun saya akan bergerak di sekitar pantai dengan bot untuk mencari jika ada serpihan lain," katanya lagi.

    Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines Berhad yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Rakyat Malaysia mangsa pertama jangkitan virus Zika di S'pura

    Seorang rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa pertama yang telah dijangkiti oleh jangkitan virus Zika di Singapura.

    Menurut akhbar Straits Times Singapura , wanita berusia 47 tahun hari ini telah diuji positif virus itu walaupun beliau tidak pernah berkunjung ke kawasan yang terjejas oleh virus tersebut, baru-baru ini .

    Wanita tersebut yang tinggal di kawasan Aljunied telah diuji di Pusat Komunikasi Penyakit, Hospital Tan Tock Seng selepas mengalami gejala-gelaja seperti Zika sejak dua hari lepas.

    Beliau dimasukkan ke hospital tetapi sedang beransur pulih, kata laporan itu.

    Menurut kenyataan Facebook Kementerian Kesihatan Singapura , pengimportan virus Zika tidak dapat dielakkan kerana jumlah perjalanan oleh rakyat Singapura dan pelancong.

    "Terdapat juga risiko jangkitan tempatan berikut kerana nyamuk vektor Aedes turut ada di sini," katanya.

    [Baca berita penuh]

    Read more ...

    Tun M 'kaki gaduh' - PM   

    CAMERON HIGHLANDS: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, parti dan negara sebagai tindakan seorang 'kaki gaduh'.
    Read more ...

    Saturday, August 27, 2016

    Maklumat ketirisan FAM sudah diserah kepada Khairy - Berita Harian

    PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

    KUALA LUMPUR: Pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menerima kunjungan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, semalam.

    Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam entri terkini di akaun Facebook Johor Southern Tigers, berkata beliau memutuskan menyerahkan pendrive itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

    Pada Julai lalu, Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam FAM dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian sendiri.

    'Pendrive' berkenaan, kata beliau diberikan oleh sahabat berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM.

    "Ia mengenai ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil oleh FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek," katanya.

    FAM selepas itu menegaskan pihaknya sedang meneliti secara terperinci dakwaan berhubung penyelewengan itu termasuk mengadakan beberapa perbincangan lanjut.

    Mengulas lanjut Tunku Ismail dalam akaun Facebook berkenaan bagaimanapun berkata, FAM bukan masalahnya sekali gus mahu menumpukan perhatian kepada kelab kecilnya, JDT.

    Selain itu, dalam pertemuan dengan Khairy, antara topik dibincangkan adalah berkaitan program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama membabitkan sukan bola sepak.

    Read more ...

    Bengkel Jadi Pengacara Majlis Rasmi, TV & Radio Bersama Halim Othman

    YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Arte Academy melancarkan program "Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi, TV dan Radio Bersama Halim Othman" yang mensasarkan orang ramai yang berminat untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam bidang pengacaraan. Bengkel Jadi Pengacara Majlis Rasmi, TV & Radio Bersama Halim Othman PELANCARAN "WORKSHOP PENGACARAAN BERSAMA HALIM OTHMAN" "Ini merupakan program pertama anjuran YouGo bersama Halim Othman," kata CEO YouGo, M.Zulkifli. "Kami percaya workshop ini dapat menarik minat semua yang bercita-cita menjadi pengacara yang serba boleh dengan identiti tersendiri." "Melalui workshop ini, saya bakal berkongsi pengalaman saya sebagai pengacara hampir 25 tahun dengan peserta-peserta yang ingin mengasah bakat pengacaraan mereka," kata Halim Othman, yang kini mengacara program "Planet Sukan" di TV1 dan juga "Suria Pagi" di SuriaFM. "Saya akan memberikan tip-tip praktikal dalam segala aspek bidang ini, termasuklah audisyen, penampilan diri, penulisan skrip dan penjagaan suara." Peserta-peserta boleh memilih antara dua tarikh yang ditawarkan iaitu 24 September atau 15 Oktober dan workshop sehari ini (9 pagi-5 petang) akan diadakan di premis Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong. YouGo juga menawarkan harga istimewa RM299 untuk setiap peserta, jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Ogos 2016. (Harga biasa RM350). Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 / 03-8659 7534 atau emel info@yougotraining.com / info@arteacademy.com Mengenai YouGo Training & Media Consultancy YouGo Trainin g & Media Consultancy (YouGo) ditubuhkan pada tahun 2016 dan menawarkan pelbagai program latihan dalam industri kreatif dan media. Alamat: YouGo Training Media & Media Consultancy F-2-5, Jalan GC3 Glomac Cyberjaya, Persiaran APEC Cyberjaya 63200 SELANGOR

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    — 222 Bacaan
    Read more ...

    Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu, Anggota JPJ Disaman, Ditukar Dan Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib

    Sejak beberapa hari lalu tersiar di laman sosial beberapa keping gambar yang memaparkan seorang anggota peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan telefon ketika memandu.

    Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota berkenaan di mana satu saman telah dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu sendiri.

    "Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat itu, anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

    Menurut mereka, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya.

    "Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain," katanya. - Siakapkeli.my

    Ruju kan: JPJ

    Read more ...

    Dua beradik rentung dalam kebakaran

    Dua beradik perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah mereka di Keningau pada kira-kira 1 pagitadi.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada 1.13 pagi ketika rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom itu difahamkan sudah musnah 70 peratus.

    "Sepasukan 11 anggota bomba dengan dua jentera dan satu kenderaan utiliti tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit selepas panggilan kecemasan diterima.

    "Rumah tersebut jenis separuh kekal dan sebaik bomba tiba telah 100 peratus musnah. Terdapat dua mangsa terperangkap dan mati rentung dalam rumah," katanya.

    Menurut kenyataan itu, dua beradik itu dikenal pasti sebagai Vanessa Sim Suk Ling, 15, dan Jaslina Sim Suk Fah, 12.

    Mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Keningau, katanya.

    - Bernama

    Read more ...

    Friday, August 26, 2016

    Nazim Othman Enggan Sahkan Berita Bakal Berkahwin Bulan Depan

    Semalam, ada sumber mengatakan pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally bakal berkahwin pada 10 September depan di Kota Kinabalu, Sabah dan majlis bertandang pula akan diadakan di kediaman keluarga Nazim di Johor Bahru pada 17 September.

    Berita berkenaan mencetuskan pelbagai soalan dan tanda tanya dikalangan peminat yang ingin mengetahui adakah benar Nazim akan bergelar suami pada tarikh berkenaan.

    Nazim ketika dihubungi akhbar Harian Metro bagaimanapun enggan mengesahkan berita tersebut dan meminta diberikan sedikit ruang untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalamm masa terdekat.

    Insya-Allah saya akan kongsikan perkara ini dalam masa terdekat. Jika ada pihak yang sudah menerima kad jemputan perkahwinan saya sudah tentu tahu perkara ini.

    Nazim turut menafikan majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan penuh daripada beberapa pihak.

    Apa-apa pun kami mengharapkan segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.  Kalau sudah ada tarikh kongsikan sahaja, lagipun peminat hanya ingin mendoakan yang terbaik buat anda berdua. Betul tak?

    Sumber Berita : Harian Metro

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    Chegubard dipecat dari PKR... - AgendaDaily

    Terakhir dikemaskini: 26 Ogos 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

    Belum sempat buat laporan SPRM berkaitan isu status tanah Paya Wetland... Ayam sabung PKR yang juga bekas pemimpin pusat parti itu, Badrul Hisham Shaharin dipecat daripada PKR pagi Jumaat.

    Beliau yang akhir-akhir ini membuat berbagai pendedahan dakwaan salahguna kuasa oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menerima surat pemecatan jam 10 pagi tadi.

    Surat pemecatan yang bertarikh 26 Ogos, ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, mengesahkan pemecatan Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard atas kesalahan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti dan seterusnya ingkar dengan arahan parti.

    Menurut surat pemecatan, Chegubard dipecat selepas meneliti bukti dan laporan yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin dan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin bertarikh 4 Ogos 2016, yang telah membuat keputusan untuk memecat beliau daripada menjadi anggota parti sejajar dengan peruntukan dibawah Fasal 41.7 Perlembagaan parti.

    Beliau turut diingatkan bahawa tidak benarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti atas nama parti atau membuat apa-apa kenyataan menggunakan nama parti.

    Bagaimanapun, Chegubard yang juga pengasas pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan.

    Dalam satu tindakan balas, Chegubard mengkritik keputusan pusat pimpinan yang memecatnya.

    "Kena ingat saya duduk dalam kelambu bukan sekadar ruang tamu PKR... Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir... 3 petang ini SPRM Putrajaya," katanya dalam posting terbaharu di Facebook.

    Untuk rekod, Chegubard tidak pernah sehaluan dengan Azmin, dimana pernah mendakwa timbalan presiden itu menggunakan nama partinya untuk kepentingan peribadi.

    Terkini, Chegubard mendedahkan bahawa Azmin menyalahguna kuasa dalam isu penukaran status sebidang tanah di Paya Indah Wetlands.

    Beliau juga akan menyerahkan segala bukti berkenaan isu tanah tersebut kepada SPRM, 3 petang Jumaat di PutraJaya.-26/8/2016

    PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Read more ...

    Ulasan Penonton Filem KUBO & THE TWO STRINGS

    Ramai berpendapat filem KUBO & THE TWO STRINGS sememangnya akan digemari oleh kanak-kanak. Namun, tidak kurang yang mengatakan filem ini akan digemari juga oleh orang dewasa. Apa-apapun jom kita baca dulu apa pendapat penonton.

    So Kubo is the main character, a boy, caught in the fight between his parents and the people from the Moon Kingdom… His mother came from the Moon Kingdom and fell in love with a mortal man so the grandfather wants to teach her a lesson by going after Kubo…

    The father sacrificed himself so that both the mother and child could escape… however, the past caught up to them and Kubo has to defend himself against powerful enemies…

    Sounds good on paper but the finale is a bit of a letdown… the events leading up to the final showdown bukan main gempak lagi… huhu…

    There are a number of surprises that makes it a pleasant viewing… the voice work is good… and there were a few funny moments as well as touching moments but the momentum was killed and kinda let everything down a little bit…

    Sebuah filem stop motion animation terbitan Laika yang menggunakan suara Art Parkinson, Charlize Theron, Matthew McConaughey, Ralph Fiennes, Rooney Mara dan George Takei untuk menghidupkan karakter fantasi ini.

    Filem ini dimulakan dan diakhiri dengan monolog karakter utamanya, Kubo. Bermaksud, keseluruhan filem adalah cerita Kubo yg disampaikan kepada penonton.

    Cerita Kubo ini adalah mengenai pengembaraannya mencari baju pelindung pahlawan berani, Hanzo. Di dalam pengembaraannya itu, Kubo juga mengetahui tentang dirinya dan takdir yg menanti beliau.

    Bersama Kubo di dalam pemgembaraannya ialah si Monyet dan Si Kumbang yang banyak membantu Kubo dari bahaya. Kedua2 binatang ini sebenarnya mempunyai rahsia. Nak tau kena lah tgk…

    Stop motion filem ini sgt amazing, voice over pelakonnya berjaya di bawa dgn sgt berkesan serta penceritaan yg mudah difahami. Cuma momentum penceritaan yg baik dari awal dan tengah penceritaan berakhir dgn sedikit let down. Penonton seperti dijanjikan sebuah epik pertempuran ttp tidak kesampaian.

    Overall, filem ini boleh di berikan 3 setengah bertih jagung.

    p/s : bab2 pengorbanan utk yg tersayang mmg sgt menyentuh perasaan.

    TQ Budiey Isma dan budiey.com

    Mazran Achik

    Ulasan ringkas saya mengenai filem Kubo yang berlangsung di One Utama. Filem mrngisahkan seorang budak bernama Kubo yang mempunyai kebolehan luar biasa mengawal pergerakan kertas dan objek menggunakan gitar. Beliau juga menjayakan misi untuk mencari baju kebal, helmet dan pedang dibantu oleh kumbang dan monyet. Saksikan di pawagam bagaimana kubo menyelesaikan misi mendapatkan semua perisai dan menghalang perbuatan jahat datuknya. Terima kasih Budiey Isma dan Cyrill Hassan di atas jemputan premier ini. Keseluruhannya saya bagi 3.5 bintang.

    Hazique

    Ulasan ringkas tentang filem Kubo and the two strings. Sebuah filem animation yang dari yang lain. Seni animasi visualnya sangat unik. Plot ceritanya yang lebih serius dan menyentuh hati pastinya menarik ditonton oleh semua lapisan usia. Thank you Budiey Isma kerana menjemput ke tayangan premiere ini dan penganjur www.budiey.com

    Aiman Aliyah

    Seperti dijanjikan… terima lah rebiu dari saya. Filem ini berbeza dari filem animasi yg lain. Filem berbentuk "stop motion animation" ini mmg menarik dan punya kelainan. Berdurasi 1jam 42minit dgn barisan pelakon Art Parkinson (Kubo), Charlize Theron (Monyet), Matthew McConaughey (Kumbang), Ralph Fiennes (Raja Bulan/Datuk Kubo) dan dibawah arahan Travis Knight.

    Kubo and the Two Strings mengisahkan perjalanan hidup seorg kanak2 yg kehilangan sebelah matanya akibat angkara raja bulan yg juga datuk nya dan makcik2nya yg inginkan Kubo bersama2 mereka di alam bulan dan bintang.

    Demi ibunya, Kubo yg juga seorg penglipur lara berbekalkan alat muzik magika di kampung berhampiran, dilarang sama sekali untuk pulang di waktu malam. Ini kerana dikuatiri makciknya akan dapat menjejaki Kubo dan mengambil sebelah lg matanya supaya Kubo tidak dapat merasai kasih sayang, simpati, kesedihan dan byk lg.

    Namun pada suatu hari, ibunya telah tewas semasa bertempur dgn makcik Kubo. Kemudian muncul si monyet dan kumbang yg ditugaskan untuk menjaga Kubo dalam misi pencarian pedang yg tak patah, perisai badan dan helmet perisai untuk menghapuskan Raja Bulan dan makciknya.

    Berjayakah Kubo dalam misi pencarian nya? Dapatkah Kubo menewaskan Raja Bulan dan makciknya? Saksikan filem Kubo and the Two Strings di pawagam berhampiran mulai 25Ogos2016.

    Saya beri 4*/5 untuk filem yg menarik ini. Terima kasih yg tak terhingga buat Budiey IsmaCyrill Hassan dan blog Budiey.com kerana menganjurkan Tayangan Premiere ini.

    Wahida Alidrus

    Kubo ni kisah budak jepun yg ada gitar magic. Everytime dia petik gitar dia kertas kecik2 dia akan terbang jadi bentuk2 binatang macam kita buat origami tu lah… Alkisahnya… mak Kubo ni ada super magic yg powerful sudah jatuh cinta dgn seorang warrior …bapak dia murka smpi nakbunuh… cinta terhalang la katakaaannn.. so tercampaklah kubo dgn mak dia kat satu tempat… Dipendekkan cerita makcik2 kubo dgn tok dia dok cari depa nak bunuh bagi mati buang … depa pun lari… pehtu mak kubo plk jadi monyet… terjumpa plk kumbang jadian yg rupa2nya bapak kubo… dah kartun kaaannn 😅😅😅 pi tgk la haihhh letih nak cerita perabih! I bagi 2 stengah bintang.

    Syamz Ismail

    Semalam saya dah pun memenuhi jemputan ke Premieres movie Kubo and the Two Strings.. Let's do this in english this time..

    Kubo is a boy who only has lost his father (Hanzo), killed by his mother's father because Hanzo has greater power than him.This movie is not a normal cartoon movie mind you..

    But it is a straightforward movie, with some family values in it.. Catch this movie in your nearby theatres starting 25 August..Overall, it is a nice movie.. I give this movie a 4🌟 out of 5🌟.. Thank yoBudiey Ismaey for hosting this premieres!

    Read more ...

    Gempa Itali : Kanak-Kanak 8 Tahun Mati Lindungi Adik Dari Runtuhan, Adik Selamat Tanpa Sebarang Luka

    Itali -Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun mengorbankan nyawa untuk melindungi adiknya dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegar Itali semalam.

    Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui berada di atas adiknya yang berusia empat tahun dalam timbunan runtuhan selepas beberapa jam usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

    Adik kepada kanak-kanak itu ditemui selamat dan tanpa sebarang luka.

    Nenek kepada kanak-kanak itu, Anglela Cafini, berkata cucunya yang berusia lapan tahun itu mati ketika menyelamatkan adiknya.

    "Giulia mati ketika menyelamatkan adik perempuannya. Dia bersandar di atasnya. Itu satu-satunya sebab adiknya masih hidup. Saya diberitahu yang adik Giulia dijumpai tanpa sebarang kesan luka dan ini semua kerana pengorbanan Giulia "Mereka dijumpai beberapa jam selepas gempa melanda. Seorang masih hidup manakala seorang lagi sudah tiada. Giulia menggunakan badannya untuk melindungi adik kecilnya dan itu sebab mengapa dia tidak mengalami sebarang ke cederaan.

    "Ianya satu keajaiban dia masih hidup. Tapi saya sangat sedih. Saya kehilangan seorang cucu dan seorang lagi masih hidup

    Gempa itu mengorbankan 241 orang setakat ini namun pihak berkuasa menjangkakan angka korban meningkat kepada lebih 300. - Siakapkeli.my

    Sumber : Dailymail

    Read more ...

    'Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar'

    Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak memberikan 100 peratus pinjaman pendidikan adalah satu tindakan ke belakang yang akan menjejaskan peluang golongan muda untuk menyambung pelajaran, kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil.

    "Dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, sudah pasti menyukarkan lagi kehidupan rakyat kerana ibubapa yang kurang mampu terpaksa menampung perbelanjaan pelajaran mereka," katanya dalam satu kenyataan.

    Kerajaan. kata Faiz, seharusnya menyemak semula bajet pendidikan yang dipotong sebanyak RM2.4 bilion dengan meningkatkan bajet pendidikan dan menyuntik lebih banyak dana kepada PTPTN untuk memberikan semula pinjaman penuh pendidikan.

    Selain itu, tegasnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disarankan memberikan lebih banyak bantuan pendidikan kerana seharusnya mereka menjaga kebajikan sosial dan bukannya mementingkan keuntungan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

    "Ke mana perginya keuntungan berbilion ringgit syarikat milik kerajaan ini?

    "Alasan yang diberikan PTPTN bahawa mereka kekurangan dana kerana bayaran balik peminjam terdahulu yang rendah, seolah-olah menghukum rakyat.

    "Hakikatnya, bukan keengganan membayar balik pinjaman, cuma ketidakmampuan lepasan universiti adalah punca utama," katanya lagi.

    Sudah pasti, tegas Faiz, dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi termasuk harga rumah yang mahal, telah menjejaskan kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan PTPTN.

    "Kesukaran ini ditambah pula dengan pekerjaan yang sukar sekarang di mana dianggarkan lebih 400,000 graduan masih mengganggur.

    "Adalah tidak logik mengharapkan bayaran balik pinjaman jika mereka tidak mempunyai pendapatan. Jangan marahkan nyamuk, kelambu pula yang dibakar," katanya.

    Justeru, beliau menggesa kerajaan menyelesaikan masalah pokok rakyat iaitu masalah ekonomi yang semakin meleset akibat korupsi dan ketirisan wang negara.

    "Jika masalah ini berlarutan, bukan sahaja pinjaman pendidikan dikurangkan, malahan lebih banyak insentif lain untuk rakyat akan terjejas.

    "Pendidikan adalah teras pembangunan negara. Pendidikan percuma yang merupakan salah satu agenda reformasi Pakatan Harapan pasti mampu mengangkat semula martabat negara dalam sektor pendidikan dan pembangunan insan," tambahnya.

    Read more ...

    Aplikasi MySekolah bantu pantau aktiviti pelajar

    KUALA LUMPUR: Sebuah aplikasi mudah alih, MySekolah bertujuan memudahkan komunikasi secara langsung antara sekolah dan ibu bapa, akan diperkenalkan.
    Read more ...

    Thursday, August 25, 2016

    Lelaki Memang Tidak Pernah Puas – Dato Red

    Dato Red, tidak semena-mena nama suami Adira ini menjadi hangat sejak beberapa bulan ini apabila foto beliau merangkul pinggang pelakon Ruhainies viral di media sosial.

    Sejak daripada gosip berkenaan, ramai netizen yang melabelkan Dato Red sebagai seorang buaya darat yang menggunakan kemewahannya untuk memikat gadis-gadis.

    Namun, Dato Red menyangkal dakwaan berkenaan dan mengakui dirinya seorang "playboy" sejak dahulu lagi.

    Buat Dato Red, kecaman yang beliau terima dari orang ramai pasti akan ada hikmah untuk dirinya nanti. Dalam erti kata lain, beliau tidak kisah dikritik.

    Mungkin orang kata, saya bila kaya, (jadi) playboy. Tidak, saya bawa lori sayur pun saya sudah playboy.

    Perempuan bukan semua yang pandang harta. Pandai bercakap, pandai melayan saja. Perempuan ini lemah (apabila) dipuji. Tidak semestinya (lelaki) ada harta.

    Saya suka orang kecam saya. Macam hero Hindustan, kalah dahulu tetapi penghujungnya menang. Saya akan ingat siapa kecam saya.Tetapi penghujung nanti mereka sukakan saya. Saya hendak begitu.

    Walaupun sudah mempunyai dua orang isteri, Dato Red akui beliau ingin menggenapkan kuota empat isteri dalam tempoh dua tahun lagi. Pada waktu itu beliau akan berusia 40 tahun.

    Menurut Dato Red, seorang lelaki itu tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki.

    Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob.

    Pada masa yang sama Dato Red mendedahkan beliau memang berniat untuk memikat dan memperisterikan Ruhainies, tetapi sejak video mereka berdua tersebar, niatnya itu menjadi terbantut.

    Malah, kenyataan beliau tentang ingin mencari wanita muslimah untuk dijadikan isteri hanyalah alasan semata-mata kerana kesian melihat Ruhainies dikecam.

    Kenyataan di Berita Harian itu kenyataan yang betul. Kenyataan di Utusan, saya kasihan dengan nasib Ruhainies, orang semua akan kecam dia. Dia baru hendak naik.

    Jadi, saya yang bukan dalam bidang itu, biarlah orang kecam saya. Sebab itu, saya alihkan kepada (ciri) muslimah. Jadi saya cuba alihkan isu itu.

    Amboi memang berani mati kenyataan Dato Red yang ingin berkahwin lagi, memang tidak risau Datin Red dan Adira terluka. Emm, kalau memang dah mampu hendak cakap apa lagi bukan?

    Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
    Read more ...

    LRT3 kemudahan bertaraf dunia - Utusan Malaysia

    SHAH ALAM 24 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu projek pem­binaan laluan ketiga sistem transit aliran ringan (LRT3) menjadi kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia selaras dengan status negara maju pada 2020.

    Perdana Menteri berkata, tek­no­logi terkini dinamakan U-Trough dalam projek berkenaan berbanding pembinaan konvensional yang digunakan di negara ini sekarang, merupakan yang terbaharu, paling berkesan dan menjimatkan.

    Walau bagaimanapun, tegas beliau, dalam memenuhi jadual pembinaan yang ditetapkan, aspek kualiti dan keselamatan dija­min tidak akan diabaikan sama sekali.

    "Apa yang saya nak tekankan bahawa LRT3 mesti mencecah standard pembinaan kelas dunia.

    "Ia mesti juga mencapai kualiti dan bukan sahaja kualiti, tetapi standard keselamatan mesti tidak sesekali diambil mudah," katanya ketika berucap melancarkan projek LRT3 di sini hari ini.

    Yang turut hadir ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali serta Pengerusi Kum­pulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam.

    Sehubungan itu, beliau berha­rap projek LRT3 dapat disiap­kan mengikut jadual iaitu pada 31 Ogos 2020.

    Menurutnya, laluan LRT3 sepanjang 37 kilometer dengan 26 buah stesen antara Klang dan Bandar Utama bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di kawasan koridor barat Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

    Perdana Menteri menjelaskan, dengan adanya LRT3 di bawah Pelan Pembangunan Rel Bandar, beliau yakin sistem pengangkutan awam yang berdaya saing, efisien, bersepadu dan berkekalan dapat diwujudkan sekali gus mampu meningkatkan tahap sosioekonomi serta menyediakan kualiti kehidupan lebih baik kepada rakyat.

    Read more ...

    Tentang DYSON PURE COOL LINK Yang Anda Patut Tahu

    Sekarang ni serba serbi nak nampak perfect, nak sempurna dalam kehidupan seharian. Paling penting dalam hidup ni, kita kena ada pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan menjaga berat badan. Tapi Budiey kira, ramai yang tidak prihatin dan tak peka untuk mendapatkan udara yang bersih. Malah, ada yang suka menambahkan lagi pencemaran udara dengan merokok dan ada juga yang bakar sampah di tempat terbuka. Hmmm… Budiey pun naik hairan.

    DYSON PURE COOL LINK

    Tahukah anda, asap kenderaan, rokok, habuk bangunan dan debu jalanan yang dihadapi setiap hari tidak ketinggalan menjadi ancaman pada tahap kesihatan diri tanpa disedari. Setiap minit kita menyedut sekurang-kurangnya 10 liter udara yang akan memberi impak secara langsung kepada paru-paru kita.Selain itu, kita juga terdedah secara langsung kepada pencemaran disebabkan asap rokok, asap ketika memasak, asap lilin wangi, penggunaan bahan semburan, penggunaan hampagas, bau cat dinding dan sebagainya.

    Sikit info kepada pembaca, kita memerlukan 15kg udara setiap hari dalam hidup kita. Haaa, dalam pada kita jaga keperluan asasi yang lain jangan pula kita lupa perihal udara yang bersih pun penting. Lebih-lebih lagi jika jerebu melanda negara, pergh, nak duk dalam bilik pun rimas ye dok?

    Bertepatan dengan masalah pencemaran udara yang makin meningkat, Dyson sebuah syarikat pengeluar teknologi global nampaknya mendahului yang lain dalam menngeluarkan Dyson Pure Cool Link!

    Advertorial Dyson Pure Cool Link

    Negara kita sentiasa dilanda masalah jerebu yang mengundang kepada macam-macam penyakit. Ramai yang tak tahu, udara dalam rumah tercemar 5 kali lebih teruk dari udara kat luar tu. Jadi, nak tak nak kena jaga udara dalam rumah sebab kita menghabiskn 90% dari masa seharian dalam rumah.

    Masalahnya, penapis udara yang sedia ada ni masih lagi tak dapat menghilangkan partikel yang merbahaya. Lagi pun, kita manalah nak nampak udara tercemar tu kan. Dengan mata kasar memang tak dapat lihat.

    DYSON PURE COOL LINK

    Jadi, baru-baru ini, Budiey dapat telah menjumpai Dyson Pure Cool Link yang memberikan udara yang bersih. Dengan teknologi termaju & terkini, kita dapat menghirup udara yang segar yang bebas dari pencemaran.

    Apa yang membuatkan produk ini superb ialah ia dapat menghilangkan 99.95% partikel yg sekecil 0.1 mikro. Kira paling kecil dan mata pun memang tak nampak. Ia sangat halus ya. Jadi dengan usaha yang dibuat oleh pakar dan engineer dari Dyson ni, produk ini dapat mengelakkan partikel halus ini masuk ke dalam paru-paru kita bila kita bernafas.

    Tengok pada analisis doktor, mengataka ada partikel bersaiz 2.5 mikron yang telah berkumpul dalam selaput paru-paru dan dikaitkan dengan masalah serangan jantung, strok serta penuaan pramatang.

    Kalau nak tahu, partikel lebih halus, 0.1 mikron ini sangat bahaya sebab ianya boleh bergerak lebih jauh ke dalam sistem tubuh hingga boleh menembusi aliran darah sebelum berkumpul di bahagian bronkus paru-paru. Menakutkan je!

    Yelah, bayangkan partikel tu masuk dalam badan dan kita tak sedar pun ia akan menganggu kesihatan kita. Sedar-sedar dah sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital setelah dikatakan ada masalah serangan jantung dan strok. Bunyi tu macam menakutkan tetapi ramai tak kisah dengan apa yang ada dalam udara yang kita sedut ini, kan?

    Sudah tiba kita memerlukan satu alat penapisan udara yang berusaha membantu memerangkap segala bahan halus dalam udara, sekali gus menjadikan udara lebih bersih, segar dan sihat untuk dihela.

    Setiap partikel halus dapat diperangkap dan ditapis, lalu menjadikan udara di dalam rumah lebih segar serta bersih.

    Terima kasih kepada Dyson Pure Cool Link yang mendahului dengan teknologi penapis udara yang cukup berkesan, ada sensor dan lengkap dengan aplikasi connectivity. Produk ini adalah sebuah kipas angin yang dilengkapi dengan sistem pembersih udara. Paling senang nak bawa ke mana-mana sebab ianya sangat ringan. Nak pasang pun semudah ABC. Budiey tak sabar nak tengok kesannya..

    Dyson Pure Cool Link juga mempunyai gaya ultra moden tanpa bilah kipas, yang selamat digunakan dan tanpa bimbang dengan ancaman pada kanak-kanak..

    Dyson adalah jenama yang boleh dipercayai dan pelopor yang cukup sukses dalam memberikan untuk menjaga kebersihan udara. Sebelum ini, Dyson ada mengeluarkan produk kipas kini ia menggabungkan penapis air bersama kipas. Ternyata, kedua-dua produk ini kini mendapat sambutan dari pengguna.

    Dyson

    1. Penapisan Udara Yang Sempurna Di rumah Budiey sekarang dah pun guna Dyson Pure Cool Link 24 jam dan sangat berpuas hati kerana ia dapat menghilangkan 99.95% partikel yg sekecil 0.1 mikron.

    Pasti ramai yang bertanyakan kepada Budiey, bagaimana penapis ini berfungsi? Untuk info pembaca, Dyson dipatenkan dengan penapis 360 ° Glass HEPA yang mengandungi 1.1 juta meter persegi microfibers. Penapis Dyson Pure Cool ™ Link boleh memerangkap 99.95% zarah – termasuk debunga, bakteria, virus dan zarah halus.

    Selain itu, Budiey diberitahu, lapisan carbon granules, diaktifkan untuk memerangkap bau dan toksin yang berbahaya.

    Dyson

    Udara yang melalui penapis 360 ° Glass HEPA ini ditapis dengan begitu cepat. Udara yang mengelilingi gelung bulatan pada halaju yang tinggi dan disalurkan dengan anjakan berbentuk aerofoil akan mewujudkan aliran udara yang begitu lancar.

    Menurut apa yang Budiey baca dalam internet, jurutera Dyson telah mendapati bahawa HEPA dan penapis karbon yang diaktifkan ini adalah kombinasi yang terbaik untuk menapis udara menjadikan udara yang kita hirup itu sangat bersih.

    Filter Cutaway

    Untuk info, penggunaan penapis kaca 360 darjah Kecekapan Tinggi Partikel Udara (HEPA) yang dibangunkan secara unik oleh Dyson berupaya memerangkap serta menapis sehingga 99.95 peratus partikel halus. Dengan kemampuan menyedut keseluruhan udara pada radius 360 darjah di dalam rumah, Dyson Cool Link membantu memastikan partikel yang terperangkap tidak terlepas kembali ke udara.

    0.1 microns 1 micron 2 microns 2.5 microns 5 microns 10 microns Ultrafine particles Odours Industrial emissions Industrial emissions Bacteria Pollen Carbon dust Toxic fumes Insecticide dust Insecticide dust Mould Allergens Coal fuel gases Cooking oil smoke Liquid bacteria Liquid bacteria Cement dust Fertiliser Tobacco smoke Asbestos Paint pigments Paint pigment Coal dust Spores Radon gas Insulation fibreglass Antiperspirant Textile fibres

    Patutlah Budiey rasa udara yang keluar tu sangat sejuk walaupun dalam bilik yg panas. Lagi pun, ianya ditapis dgn cara yang sangat terperinci untuk menguraikan udara yang sangat asli.

    Dalam cuaca yg sejuk pula, Budiey set 1-3 untuk mengitar semula udara yang lebih bersih dalam bilik.

    Dengan teknologi Air Multiplier udara yang tercemar akan melalui penapis kaca 360° Kecekapan Tinggi Partikel Udara (HEPA).

    Dyson

    2. Produk Yang Pintar (Aplikasi, Sensor & Boleh Berhubung) Bagi memudahkan kawalannya, Dyson Link iaitu aplikasi yang boleh dimuat turun melalui iTunes dan Google Play diperkenalkan.

    Ia memberi kelebihan kepada pengguna mengawal dan memantau mesin Dyson dari jauh dengan penggunaan telefon pintar atau tablet di rumah mahupun ketika di luar.

    Ia membantu memantau kualiti udara dalam dan luar rumah, mengawal kelajuan kitaran angin, penentu masa rehat dan kitaran.

    Aplikasi ini juga memudahkan pengguna melihat data kualiti udara terdahulu setiap hari untuk melihat bagaimana dan bila mesin melakukan pembersihan.

    Dyson

    Kat atas ni Budiey screenshot kasi kat korang tengok bagaimana kita boleh guna hujung jari je untuk kawal produk ini. So, kita ada pilihan samada nak guna remote control atau telefon pintar. Bukan itu sahaja, Budiey juga dapat memantau sejauh mana mutu atau kualiti udara dalam rumah kita. Sejauh mana produk ini berkesan untuk menjadikan udara yang kita hirup seharian tu lebih baik.

    Apa yang istimewanya, Budiey memilih untuk mode AUTOMATIC sebab produk ni ada sensor yang dapat mengesan sejauh mana kualiti udara. Kalau udara berhabuk atau kotor dia akan bekerja keras dan berfungsi menghilangkan segala habuk secara automatic. Nasib baiklah Budiey tak merokok, kalau merokok macamana la kualiti udara ya?

    3. Rekabentuk Stylish & Senang Digunakan Budiey nak berterus terang kat sini, Budiey tak pernah lihat produk seperti ini di pasaran. Fizikalnya sangat stylish… memang ada style. Lagi pun, ia tak menggunakan ruang yang besar di mana ia cukup minimal. Jadi, jika bilik korang sempit, ia takde masalah untuk letak kat mana-mana ruang atau sudut.

    Lebih dari itu, ia satu kombinasi yang menarik apabila menggabungkan kipas dan penapis udara. Produk ini senang dikendalikan dan juga mudah je nak dipasang. Ia cukup ringan. Boleh tonton sendiri video unboxing yang Budiey rakam ini: https://youtu.be/Rz53rO9VhF8

    Kalau kita lihat, dalam hidup seharian, kita sebenarnya terdedah dengan bakteria, habuk, mite allergen, pollen, car emission dan jerebu. Kesemua ini memberikan impak dan kesan yang negatif kepada kesihatan. Ini bermakna penapis udara perlu sesuatu yang lebih, bukan sekadar air purifier semata-mata. Budiey juga menggunakan ketika tidur di mana kita boleh set untuk night-time mode. Bunyinya pun taklah bising sangat. Memang senyap je macam baby.

    Dyson

    Okaylah, dengan cuaca kat luar ni yang berjerebu dan tak menentu ni… Budiey rasa pembaca semua mendapatkan produk ini. Dyson Pure Cool Link tersedia dalam 2 pilihan model dan dua pilihan warna.

    Korang pun kena dapatkan satu Dyson Pure Cool Link.

    Untuk info lanjut tentang produk ini, sila klik SINI. www.dyson.my

    Dyson

    Related

    Komen via Facebook

    Komen

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *