Recent Post

Thursday, July 28, 2016

Penjelasan mengenai isu Perlis sokong penanaman pokok ketum - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 28 Julai 2016 By DATUK SERI AZLAN MAN

Saya kesal dengan imej daun ketum dan muka saya yang dimuatkan di dalam berita online BH dan Utusan Malaysia berhubung kenyataan saya mengenai daun ketum pada 27 Julai 2016.

Saya juga kesal dengan tajuk berita yang dimuatkan seolah-olah saya menggalakkan penanaman pokok ketum pada masa ini. Imej-imej dan tajuk tersebut secara sengaja cuba menggambarkan bahawa saya menyokong penanaman pokok ketum di Perlis pada masa ini.

Seperti mana pendirian saya sebelum ini, ingin saya ulangi dan tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak menyokong penanaman pokok ketum di Perlis atau di mana-mana sahaja pada masa ini kerana masalah penyalahgunaan dan penagihan air ketum yang serius dan memudaratkan peminumnya.

Di dalam kenyataan akhbar pada 27 Julai 2016, saya telah menyatakan terdapat dua aspek penting mengenai daun ketum, iaitu negatif (buruk) dan positif (baik). Di segi negatif, saya menekankan tentang bahaya dan kemudaratan penyalahgunaan daun ketum dan penagihan air ketum di Perlis.

Saya menekankan bahawa masalah penagihan air ketum di Perlis berada di tahap serius. Penagih air ketum bukan hanya di kalangan orang dewasa tetapi juga pelajar-pelajar sekolah termasuk dilaporkan sebilangan remaja yang berumur 12 tahun.

Kajian rambang yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Perlis ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah mendapati terdapat sebilangan pelajar yang menyalahgunakan air ketum. Dapatan kajian tersebut menunjukkan perkaitan secara tidak langsung di antara penyalahgunaan dan penagihan air ketum denan kes ponteng sekolah dan kemunduran pencapaian prestasi akademik mereka.

Oleh itu masalah penyalahgunaan dan penagihan air ketum harus dibendung dan diatasi segera supaya ia tidak menjadi satu andemic. Penanaman pokok ketum juga harus dibenteras segera.

Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan ke arah itu dengan mengenakan syarat mengharamkan penanaman pokok ketum di dalam geran-geran hakmilik tanah yang baru diluluskan. Pemilik-pemilik tanah ini yang didapati melanggar syarat ini, maka hakmilik mereka akan dibatalkan.

Di segi positif pula, saya mentatakan daun ketum secara tradisi digunakan oleh generasi terdahulu untuk mengubati sesuatu penyakit dengan berkesan seperti cirit birit dan sebagainya.

Saya juga menyatakan bahawa sehingga kini saya tidak menemui sebarang dokumen (mungkin telah ada) mengenai dapatan kajian saintifik ke atas nilai perubatan daun ketum yang telah dikeluarkan di dalam mana-mana buku atau jurnal perubatan.

Saya juga menyatakan bahawa, setakat yang diketahui, tidak ada maklumat berhubung permintaan ke atas daun ketum oleh syarikat-syarikat farmasi di luar (atau dalam negara). Yang ada hanyalah penyeludupan ke Thailand.

SEKIRANYA telah ada bukti kajian saintifik bahawa daun ketum mempunyai nilai perubatan, maka pokok ketum boleh ditanam secara komersial until memenuhi permintaan oleh syarikat-syarikat farmasi (jika ada), secara terkawal untuk mengelak penyalahgunaannya.

Saya juga telah menyebut bahawa Kerajaan Negeri telah memberikan kebenaran khas kepada UNIMAP untuk menanam pokok ketum di dalam kawasan kampus fakulti pertaniannya secara terkawal untuk tujuan penyelidikan.-28/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *