Recent Post

Wednesday, July 13, 2016

Pembunuhan di Nilai : Lelaki Mengaku Belasah Isteri Bersama 3 Rakan Lain Guna Helmet, Kayu Mop dan Payung Hingga Mati


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

NILAI, 12 Julai - Pada mulanya dia memberitahu polis bahawa dia menemui isterinya tidak bernyawa di ruang tamu rumah dalam keadaan lebam.

Memainkan watak suami yang kesedihan, dia kemudian membuat laporan polis mengenai kematian isterinya itu.

Namun polis tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh lelaki itu.

Selepas disoal siasat oleh pihak polis, lelaki berkenaan kemudian ternyata mengaku memukul isterinya bersama tiga rakan lain - dua lelaki, seorang wanita - sehingga mati.

‎Dalam kejadian di rumah sewa di Flat Taman Semarak pada 4 Julai lalu itu, isteri mangsa berusia 25 tahun itu ditemui terbaring tidak bernyawa di ruang tamu rumah yang baru disewa dua bulan bersama tiga yang lain.

‎Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul dengan objek tumpul berikutan terdapat kesan luka dan darah di belakang kepala mangsa.

"Kita telah menahan suami mangsa berusia 22 tahun dan rakan nya berusia 25 tahun sejurus kejadian. ‎"Hasil siasatan awal kedua-dua mereka mengaku memukul mangsa bersama dua lagi lelaki dan seorang perempuan yang dikenali,"katanya.

‎Menurutnya, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan helmet, kayu mop, kayu bulat dan payung.

"Suspek telah membuang barang-barang tersebut ke dalam Sungai Mahang bagi menghapuskan bukti. ‎"Suspek kemudiannya membuat report di balai polis dengan mendakwa isterinya ditemui tidak bernyawa selepas tiga hari dia tidak pulang ke rumah,"katanya.

‎Zaldino berkata, polis telah merampas barang-barang yang digunakan suspek yang ditemui ditepi dan dalam Sungai Mahang.

‎"Antara barang yang dirampas ialah dua batang cerut, satu kayu bulat, satu kayu mop, dua helmet, plastik hitam, payung, tuala putih dan tali pinggang.

‎"Semua barang ini dijadikan senjata memukul mangsa dan tuala digunakan untuk cuci dan lap darah mangsa ditempat kejadian,"katanya.

‎Menurutnya, dua la gi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 20-an telah ditahan di Selangor semalam, bagi membantu siasatan.

‎"Motif kejadian dipercayai cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sumber : Sinar Online




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *