Recent Post

Tuesday, July 05, 2016

Nelayan Thailand hanyut 48 jam diselamatkan APMM - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Nelayan Thailand hanyut 48 jam diselamatkan APMM

05/07/2016 11:25am

GEORGE TOWN - Sekumpulan empat nelayan warga Thailand terpaksa berdepan detik mencemaskan hampir 48 jam apabila bot yang mereka naiki mengalami kerosakan pada bahagian enjin sejak 29 Jun lalu menyebabkan mereka dihanyutkan ombak sehingga ke perairan negeri ini Isnin lalu.

Mereka terdiri seorang tekong dan tiga awak-awak berusia antara 46 hingga 67 tahun itu akhirnya berjaya diselamatkan pasukan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan 30.7 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi di sini kira-kira pukul 5 petang hari sama.

Ketua Pengarah Maritim, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan dalam satu kenyataan akhbarnya sebentar tadi berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan mengenai kejadian berlaku daripada pasukan Tentera Laut Diraja Thailand pada 1 Julai lalu.

"Pihak APMM dengan segera mengerahkan sebuah kapal yang terlibat dalam Ops Khas Pagar Laut ke lokasi yang dilaporkan untuk mencari nelayan-nelayan terbabit bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.

"Pasukan kita berjaya menemui mereka dalam keadaan selamat dan segera memberi bantuan keperluan harian seperti makanan, air dan minyak urut," katanya. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *