Recent Post

Thursday, July 21, 2016

Kos hidup tinggi, pendapatan rendah punca rakyat berhutang - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kos hidup tinggi, pendapatan rendah punca rakyat berhutang

21/07/2016 12:55pm

Berhutang untuk membeli keperluan hidup yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan, rumah dan kelengkapan lain.

KUALA LUMPUR - Peningkatan kos hidup berbanding pendapatan isi rumah yang masih rendah memaksa sesetengah rakyat Malaysia berhutang, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr. Barjoyai Bardai berkata, selain itu mereka juga terpaksa berhutang untuk membeli keperluan hidup yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan, rumah dan kelengkapan lain.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat juga dalam kalangan rakyat yang terpaksa berhutang kerana gemar berbelanja melebihi pendapatan.

Prof Barjoyai berkata, walaupun hutang akan meningkatkan kuasa beli rakyat seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara, namun dalam jangka masa panjang ia memberi kesan negatif kepada rakyat.

"Hutang terkumpul akan menyebabkan satu masa nanti generasi tidak mampu membayar hutang mereka.

"Ini kerana komitmen terhadap hutang tanpa disedari mereka telah membelanjakan pendapatan mereka 15 hingga 20 tahun akan datang," katanya ketika dihubungi dalam satu tinjauan di sini hari ini.

Sebelum ini Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata, pada masa ini paras hutang isi rumah negara adalah 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), antara yang tertinggi di Asia. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *