Recent Post

Saturday, July 09, 2016

Keris buat report polis Nga Kor Ming hina sambutan Aidilfitri - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 08 Julai 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Kecewa dengan penghinaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming terhadap sambutan Aidilfitri, NGO Kelab Warisan Malaysia (Keris) membuat laporan polis mendesak pemimpin DAP itu meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kepala Batas, pagi Jumaat.

Setiausaha Agung Keris, Azman Hassan (gambar) berkata, pihaknya kesal kerana tokoh politik berkenaan mengaitkan pemberian duit raya sama seperti memberi dedak dan rasuah.

Katanya, adalah tidak wajar menyamakan pemberian duit raya seperti memberi rasuah kerana ia amalan umat Islam sejak dulu menjelang hari lebaran.

"Amalan memberi duit raya tidak boleh disamakan dengan rasuah sebaliknya ia sedekah untuk menceriakan kanak-kanak ketika sambutan Aidilfitri.

"Kami rasa terhina dengan kenyataan beliau dan menggesa dia meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan," katanya.

Sementara itu, BNBBC.my melaporkan semakan di facebook Nga Kor Ming pada Jumaat mendapat beliau sudah membuang ucapan hari raya Aidilfitri berlatar-belakang gambar bendera Amerika Syarikat itu.

Ucapan hari raya yang dimuat-naik pada 5 Julai tersebut sudah tidak lagi kelihatan di akaun Facebooknya apabila ia mula viral dan menerima kecaman daripada orang ramai.

Gambar yang dimuat-naik Kor Ming tersebut diambil daripada laman web seorang mubaligh konservatif Kristian di America, Dr James Dobson, yang dapat dilhat dengan jelas bawah kiri gambar.

Dalam gambar akaun Facebook Kor Ming itu, beliau menyampaikan mesej : "We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!"

Rata-rata pengguna Facebook menghentam Kor Ming dengan menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak sensitif dan bodoh kerana tidak tahu membezakan antara bendera Amerika dengan Malaysia.

Seorang pengguna Facebook dengan nama, Ganesan Subramaniam membidas Kor Ming dengan menulis komen diruang gambar berkata : "Hey YB get out of Malaysia and go to America! Are you just plain stupid or you don't know how our flag looks like (Hey YB sila keluar Malaysia dan pergi ke Amerika! Adakah kamu cuba buat bodoh atau kamu tidak tahu bagaimana bentuk bendera kita)."

Lagi seorang pengguna Facebook, Eka Hasnan pula berkata tindakan biadap Kor Ming tersebut menjadi punca mengapa parti DAP ditolak majoriti penganut Muslim dan juga orang Melayu.

Pengguna Facebook, Tama Saravanan Panisevam pula mengingatkan Kor Ming supaya tidak lupa asal usulnya dan menghormati perasaan pengundinya.

"You are (a) MP from Taiping. Not from Texas. Respect your voters feelings first (Kamu MP Taiping. Bukan Texas. Hormat perasaan pengundi kamu dahulu)."

Malah, terdapat juga pengguna Facebook menyamakan Kor Ming dengan calon presiden Amerika kontroversi, Donald Trump yang sering menghina Islam.

"Nga Kor Ming dan Donald Trump berpisah tiada!" kata pengguna Facebook, Wen Huey Kelly Fong.

Tindakan Kor Ming yang sering menghina ini bukan kali pertama dilakukannya, malah beliau juga sebelum ini disaman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sehingga beliau terpaksa meminta maaf ke atas tulisan di akaun Facebooknya kerana membuat tuduhan tidak berasas kepada pemimpin utama negara.-8/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *