Recent Post

Thursday, July 21, 2016

Hasil Siasatan Lanjut Kes 3 Beranak Di Samarahan, Kes Diklasifikasikan Sebagai kes bunuh, Bukan Lagi Bunuh Diri


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUCHING: Hasil siasatan lanjut terhadap kes tiga beranak yang dipercayai membunuh diri dan ditemui di dalam rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan, malam tadi, pihak polis kini klasifikasikan ia adalah kes bunuh, lapor Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, berdasarkan perkembangan terbaru ini pihak polis kini menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bukannya kes kematian mengejut (SDR) seperti laporan awal.

Menurut beliau, polis kini sedang meneliti laporan awal perubatan bagi membantu siasatan kes berkenaan termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak kini mengambil alih siasatan kes berkenaan, dengan siasatan turut menjurus kepada perlakuan jenayah dalam kes penemuan mayat tiga sekeluarga ini," katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian malam tadi, mayat si ibu ditemui tergan tung dalam tandas di rumah berkenaan, manakala kedua-dua anak lelakinya, ditemui dalam bilik tidur, dengan keadaan bibir kehitaman dan hasil awal menemui botol cecair peluntur di sisi mayat dua kanak-kanak lelaki itu di mana polis tidak menolak kemungkinan kes bunuh diri.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern telah menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kes ini kerana gagal menemui tanda-tanda pergelutan. - Siakapkeli.my

Laporan Awal: Akibat Kesempitan Hidup, Ibu Dipercayai Beri 2 Orang Anak Minum Cecair Peluntur Sebelum Gantung Diri




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *