Recent Post

Sunday, July 31, 2016

Gangguan bekalan air jejas 10000 pengguna - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menasihatkan kira-kira 10,000 pengguna di daerah ini berjimat menggunakan bekalan air dan menyimpan bekalan mencukupi berikutan gangguan bekalan selama dua hari bermula Selasa ini.

Kawasan yang terbabit dengan gangguan itu adalah di seluruh kawasan Kampung Jawa, Sri Teruntum, Jalan Haji Junid, Jalan Bukit Ubi, Jalan Gambut, Jalan  Mahkota hingga ke Hotel Sri Malaysia dan kawasan sekitarnya.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat PAIP, Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata gangguan itu bermula jam 10 malam hingga jam 5 pagi keesokannya.

Katanya, ia berlaku disebabkan kerja penyambungan paip di tapak projek jejambat di Jalan Bukit Ubi, dekat sini.

"Kerja penyambungan paip dijangka memberi kesan kepada kira-kira 10,000 pengguna dan kami menasihatkan penduduk yang berada di kawasan terbabit menyimpan bekalan  air secukupnya sepanjang tempoh gangguan bekalan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 095739999, selain boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan gangguan bekalan air di laman sosial rasmi iaitu Facebook PAIP.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *